Date: Mon, 25 Jun 2001 17:30:13 +0800

Serang Reformasi Bukti Kekuatan Anwar - Guardian

Susunan ABU BAKAR RASHID AgendaDaily
KUALA LUMPUR, Isnin 25 Jun - Sesiapa yang memikirkan Datuk Sri Anwar Ibrahim
telah menjadi sejarah,hanya perlu mendengar ucapan Perdana Menteri, Datuk
Sri Dr Mahathir Mohamad pada Perhimpunan Agung Umno baru-baru ini untuk
menilai sendiri betapa berpengaruhnya beliau sebagai pencatur politik,
walaupun dari belakang jerejak penjara, kata akhbar Britain, Guardian, dalam
sorotannya terhadap ucapan Dr Mahathir itu.
Walaupun Dr Mahathir tidak menyebut nama orang yang pernah
dibising-bisingkannya sebagai pengganti beliau dan cuba menyamarkan serangan
tajamnya dengan menghalakannya kepada apa yang berlaku di Indonesia, tetapi
apa yang dimaksudkan oleh beliau sangat jelas, akhbar itu merumuskan.
<<...>>
"Autokrat yang berusia 75 tahun itu menghabiskan bahagian pertama ucapan 90
minitnya deng! an menyerang "reformasi", satu gerakan yang dicetuskan
berikutan pemecatan Anwar pada September 1998..." kata Guardian dalam
laporan komentarnya.
Dengan judul "From prisoner to prime minister" (Dari banduan kepada perdana
menteri), akhbar tersebut mengulas alasan Dr Mahathir bahawa demonstrasi
para penyokong Anwar merugikan para peniaga terutama peniaga kecil, sebagai
"lupa bahawa peniaga-peniaga tersebut menanggung penderitaan yang berat
akibat dari polisinya sendiri apabila kadar pertumbuhan Malaysia dijangka
merudum dari lapan peratus tahun lalu kepada dua peratus tahun ini."
Akhbar itu turut membangkitkan tuduhan Dr Mahathir bahawa rakyat yang
menyokong Anwar adalah orang-orang bodoh yang terpedaya dan juga tindakan Dr
Mahathir memetik kata-kata di dalam bahasa Inggeris, "Those who live by the
sword,shall die by the sword," sebagai amaran kepada penentang-penentangnya.

Para penganalisa yakin, kata akhbar itu, bahawa jumlah masa ! yang diambil
oleh Dr Mahathir untuk menyerang Anwar membuktikan betapa bimbangnya
pemimpin yang dimakan usia itu kepada nemesis politiknya sekarang.
"Beliau tidak akan menghabiskan 30 minit untuk menyerang Anwar jika beliau
(Anwar) bukan suatu kekuatan yang diambilkira," Guardian memetik pensyarah
Universiti Malaya, Terence Gomez sebagai berkata.
Apa yang hanya merupakan gelombang simpati terhadap Anwar tiga tahun dahulu
kini menjadi gerakan politik yang berterusan dan masih berkembang, kata
akhbar itu yang menyifatkan Anwar sebagai 'icon' atau simbol reformasi.
"Anwar adalah salah seorang daripada beberapa pemimpin parti memerintah yang
membina pengkalan politiknya dari pelbagai kumpulan dan golongan dalam
masyarakat," akhbar itu memetik peguam Sivarasa Rasiah.
"Di sinilah Mahathir tersilap perhitungan," kata peguam itu lagi.
Mengulas ucapan Dr Mahathir yang menyerang reformasi dan hampir sesiapa
sahaja itu, Perbadanan Penyiaran ! British (BBC) dalam laporannya semalam (24
Jun) melaporkan para penganalisa menyatakan generasi muda Melayu akan
semakin menjauhkan diripada Umno akibat nada serangan terbaru Dr Mahathir
itu.
Dan apa yang lebih membimbangkan, menurut sesetengah pemerhati, di sebalik
rayuan yang kini semakin lumrah ke arah perpaduan, disiplin dan pembersihan
dari rasuah, tidak terdapat penawar kepada cabaran yang semakin sengit
kepada kedudukan Umno sebagai pamerintah, lapor BBC.
Perhimpunan itu, kata BBC, mengharapkan isyarat dari Dr Mahathir tentang
rancangannya untuk bersara dan strateginya untuk menguatkan parti yang
cengkaman kuasanya menghadapi ancaman paling besar sekarang.
Kegagalan Dr Mahathir untuk membentangkan rancangan pemulihan Umno itu
mungkin mendorong sesetangah perwakilan, seperti yang dilapor oleh
BBC,menyatakan secara tertutup bahawa pengunduran Dr Mahathir akan
memberikan peluang terbaik kepada Umno untuk mendapatkan semula penga! ruhnya.

Apa yang berlaku, Dr Mahathir bukan sahaja tidak menyatakan rancangannya
untuk berundur malah perhimpunan itu digunakan untuk mengukuhkan
kedudukannya.
Akhbar Singapura, The Straits Times semalam memberikan ilustrasi yang sangat
menarik mengenai perkara itu.
"Dan jika pada dua hari yang pertama, beliau mengisyaratkan bahawa beliau
sememangnya tidak bersedia untuk berundur, semalam beliau menunjukkan kepada
mereka mengapa beliau perlu berada di atas untuk memimpin," kata akhbar itu
lagi.
Menghadapi hakikat itu, ST melaporkan ahli-ahli Umno kelihatan berbelah-bagi
tentang bagaimanakah respon orang-orang Melayu terhadap penerusan kepimpinan
Dr Mahathir, yang disimpulkan oleh akhbar itu sebagai paradoks Umno.
Orang-orang Melayu di luar Umno, lapor akhbar itu, merasakan masanya sudah
sampai bagi Dr Mahathir untuk berundur dan memberi peluang kepada orang yang
lebih muda, yang bercakap dengan nada generasi baru untuk menga! mbil alih
pemerintahan negara.
Bagaimanapun, kata ST, kebanyakan ahli Umno kelihatan menerima hakikat
bahawa Dr Mahathir akan menerajui mereka menghadapi pilihanraya umum
nanti,melainkan berlaku sesuatu yang mengejutkan dalam beberapa tahun akan
datang.
"Tetapi dapat dirasakan bahawa mereka tidaklah begitu bersemangat dengan
prospek itu," kata ST lagi.
[ Kembali Ke Laman Utama ]



COUNTERBALANCE.ANYWHERE.ANYTIME.ANYBODY.ANYONE.COM



Do You Yahoo!?
Get personalized email addresses from Yahoo! Mail - only $35 a year!
http://personal.mail.yahoo.com/

Kirim email ke