Date: Tue, 26 Jun 2001 10:27:07 +0800
Pindaan perlembagaan Kelantan:
10 tahun saya menelan pahit dan bisa karenah pentadbiran negeri - Nik Aziz
Oleh Mazlan Jusoh
KOTA BHARU, 25 Jun (Hrkh) - Suasana Dewan Undangan Negeri menjadi sepi
seketika apabila Menteri Besar, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat,
tidak dapat menahan sebaknya semasa mengenangkan kerenah yang membabitkan
pentadbiran kerajaan negeri.
"Saya telah menelan pahit hempedu bersekali dengan bisa-bisanya dan saya
tidak merungut kepada sesiapa," katanya dalam keadaan tidak dapat menahan
sebaknya seketika.
Sehubungan itu, katanya, beliau berdoa kepada Allah SWT seperti doa Nabi
Yaakub yang dianiayai oleh anak-anak sendiri selama 40 tahun, yang
bermaksud, 'sesungguhnya saya luahkan duka nestapa saya kepada Allah.'
Menurutnya, tanpa melakukan pindaan wujud kekaburan dan kesamaran yang
menyebabkan pihak istana dilihat kerap kali melanggar sempadan hak kuasa
es!
ekutif kerajaan yang dipilih oleh rakyat secara sah.
Kata beliau, secara sengaja atau tidak, perkara itu telah menimbulkan
gangguan-gangguan, ketegangan-ketegangan dan krisis yang tidak
menguntungkan.
"Ada ketikanya kenaikan dan penurunan pangkat pegawai tidak langsung
diketahui oleh kerajaan negeri. Pernah berlaku pegawai di bawah dagu seorang
ketua kerajaan pun ditukar tanpa makluman sepatah ayat," katanya.
"Hatta sampai padang dan Dewan orang ramai pun pernah dihalang daripada
digunakan oleh Menteri Besar dan lain-lain pemimpin kerajaan negeri,"
katanya ketika membentang enakmen pindaan undang-undang tubuh kerajaan
negeri pada persidangan Dun hari ini.
Menurutnya lagi, adalah mustahil sekiranya seorang pemimpin negeri tidak
menyedari tentang wujudnya peralihan dan pemesongan kiblat jentera kerajaan
yang sedemikian rupa.
Beliau berkata, sekiranya ketua pegawai kerajaan yang nombor satu dan dua
mula mengeluarkan kenyataan akhb!
ar yang secara terbuka menuduh dan menghina
kerajaan sebagai tidak jujur atau berasa terkilan di atas keputusan kerajaan
untuk meminda perlembagaan, maka apakah ada lagi harapan untuk memulihkan
keadaan.
"Sesungguhnya hampir seluruh jentera pentadbiran kerajaan kini kalau
dibiarkan, khususnya di peringkat atasan, maka ia akan mengalami sindrom
jangkitan virus dan seolah-olah berada dalam suasana berkarat," katanya.
Beliau berkata, kerajaan negeri pimpinannya berani bertegas bahawa mana-mana
pakar pengurusan sekalipun pasti akan berkata, bahawa terdapat sesuatu yang
tidak kena dengan sistem pentadbiran negeri yang seolah-olah ditaja beberapa
kerat pegawai atasan yang berkepentingan.
Menteri Besar itu juga menyelar sikap Suruhanjaya Perkhidmatan Negeri (SPN)
yang masih berterusan mendabik dada dengan seronok dan tidak henti-henti
mendakwa bahawa ia adalah sebuah badan bebas.
"Ini menggambarkan seolah-olah kerajaan negeri tidak ada ke!
na mengena dengan
SPN. Tidakkah ini mewujudkan a state within a state?," soal beliau.
"Jika demikian, maka bagaimana pula kedudukan SPN yang saban tahun meminta
peruntukan dan diluluskan oleh kerajaan negeri di dewan yang mulia ini,"
tanyanya lagi.
Menurut beliau, SPN ternyata masih tidak mengiraukan ketawa masyarakat
terhadapnya.
"Dia masih gah dan mungkin melihat kesempatan untuk memperlekeh dan
memperlecehkan kerajaaan yang sabar tetapi dikasihi rakyat," katanya.
Sehubungan itu, Tuan Guru Nik Abdul Aziz juga berkata, adalah menjadi satu
kemestian penyelarasan undang-undang di peringkat negeri dan Pusat itu
dilakukan.
Kata beliau, walaupun kerajaan Kelantan terlewat hampir 10 tahun kerana
terlalu berhemah, berjimat dan berhati-hati, namun ia kini telah dimatangkan
oleh usia dan didewasakan oleh pengalaman dan penghalusan di sepanjang
tempoh penangguhan itu.
"Pindaan ini kini telah menjadi ranum untuk dipetik," tambah beli!
au.
Menurutnya juga, pindaan itu bertujuan untuk tujuan penyelarasan dan
mengelak daripada berlakunya percanggahan antara peruntukan yang ada dalam
Undang-Undang Tubuh Negeri dengan Perlembagaan Persekutuan.
Perkara 75, Perlembagaan Persekutuan menyebut, 'mana-mana undang-undang
negeri berlawanan dengan sesuatu undang-undang persekutuan, maka
undang-undang negeri itu hendaklah terbatal setakat mana ia berlawanan.'
Menteri Besar juga berkata, pindaan itu dibuat sebagai satu usaha untuk
mempermodenkan institusi raja supaya masih relevan, dinamik dan sentiasa
berubah dengan evolusi pemikiran rakyat."
Pindaan perlembagaan negeri yang dibentang pada persidangan Dewan Undangan
Negeri itu antaranya menyentuh Perkara 15 (1) dan Perkara 39 (2)
Undang-Undang Tubuh Negeri yang memperuntukkan bahawa Sultan hendaklah
memperkenankan undang-undang yang diluluskan oleh Dun dalam tempoh 30 hari
dan bahawa ia akan tetap menjadi undang-undang selepas!
30 hari walaupun
tidak diperkenankan oleh baginda.
Pindaan kedua (Perkara 39(2)) bertujuan menjelaskan peranan Menteri Besar
dan Majlis Mesyuarat Kerajaan sebagai penasihat Sultan, dengan memestikan
baginda menerima nasihat yang diberikan itu, bukan seperti yang berlaku
sekarang apabila Sultan boleh menolak atau membelakangkan nasihat tersebut.
Comments ? E-mail Us
COUNTERBALANCE.ANYWHERE.ANYTIME.ANYBODY.ANYONE.COM
Do You Yahoo!?
Get personalized email addresses from Yahoo! Mail - only $35 a year!
http://personal.mail.yahoo.com/
