Date: Tue, 26 Jun 2001 13:24:41 +0800

Umno Terengganu makin tertekan
DUNGUN, - Parti pembangkang Umno di Terengganu kini semakin tertekan dalam
menghadapi pengaruh PAS dan Barisan Alternatif (BA) yang semakin berkembang
di negeri itu.
Sehubungan itu, para pemimpin Barisan Nasional (BN) Terengganu terpaksa
menggunakan helah 'perang saraf' kononnya berlaku penghijrahan ahli serta
penyokong PAS ke dalam Umno di negeri ini.
Tinjauan Harakah mendapati keadaan sebaliknya berlaku di mana-mana dengan
ahli serta penyokong Umno bertindak keluar parti secara beramai-ramai dan
menyertai PAS atau parti komponen BA yang lain.
Fenomena ini terbukti dalam majlis penyerahan borang keahlian serta
penubuhan PAS Cawangan Taman Permint Indah di Dewan Undangan Negeri (Dun)
Rantau Abang, Dungun malam kelmarin serta beberapa majlis lain seumpamanya
di tempat-tempat lain sebelum ini.
Pengerusi Penaja Cawangan tersebut, Ahmad Taufiq Mansur, 41, ber! kata PAS
kini semakin mendapat tempat di hati rakyat.
"Sikap tidak profesional Umno/BN Terengganu dalam isu hak royalti petroleum
membuka minda rakyat di semua peringkat," jelasnya.
Menurutnya lagi, royalti minyak akan tetap menjadi hak rakyat Terengganu
walau siapa pun yang menguasai kerajaan negeri.
Beliau melahirkan rasa syukur dengan penubuhan PAS Cawangan Taman Permint
Indah yang sebelum ini merupakan kubu Umno.
Katanya, dengan penubuhan cawangan tersebut segala aktiviti dan kegiatan
parti dapat dilaksanakan dengan lebih baik dan tersusun. Sebanyak 70 borang
keahlian baru PAS telah diserahkan kepada Naib Presiden PAS, Haji Mustaffa
Ali, oleh Ahmad Taufiq Mansur, dalam majlis itu. Turut hadir ialah AJK PAS
Pusat, Haji Mohamad Sabu.
Sumber Harakahdaily



COUNTERBALANCE.ANYWHERE.ANYTIME.ANYBODY.ANYONE.COM



Do You Yahoo!?
Get personalized email addresses from Yahoo! Mail - only $35 a year!
http://personal.mail.yahoo.com/

Kirim email ke