*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
{ Sila lawat Laman Hizbi-Net - http://www.hizbi.net }
{ Hantarkan mesej anda ke: [EMAIL PROTECTED] }
{ Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] }
*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Surah An-Nuur:
[24.47] Dan (di antara orang-orang yang tidak dikehendakiNya ke jalan yang
lurus ialah) mereka yang berkata: "Kami beriman kepada Allah dan kepada
RasulNya serta kami taat"; kemudian sepuak dari mereka berpaling
(membelakangkan perintah Allah dan Rasul) sesudah pengakuan itu, dan (kerana
berpalingnya) tidaklah mereka itu menjadi orang-orang yang sebenarnya
beriman.
[24.48] Dan (bukti berpalingnya mereka ialah) apabila mereka diajak kepada
Kitab Allah dan Sunnah RasulNya supaya menjadi hakim memutuskan sesuatu di
antara mereka, maka dengan serta-merta sepuak dari mereka berpaling ingkar
(menolak ajakan itu jika keputusan tidak menguntungkan mereka).
[24.49] Dan (sebaliknya) jika keputusan itu memberi hak kepada mereka,
mereka segera datang kepadanya dengan tunduk taat (menerima hukumnya).
[24.50] (Mengapa mereka bersikap demikian), adakah kerana hati mereka
mengandungi penyakit (kufur), atau kerana mereka ragu-ragu (terhadap
kebenaran hukuman), ataupun kerana mereka takut bahawa Allah dan RasulNya
akan berlaku zalim kepada mereka? (Allah dan RasulNya tidak sekali-kali akan
berlaku zalim) bahkan merekalah sendiri orang-orang yang zalim (disebabkan
keraguan dan kekufuran mereka).
Surah Al-Maa'idah:
[5.49] Dan hendaklah engkau menjalankan hukum di antara mereka dengan apa
yang telah diturunkan oleh Allah dan janganlah engkau menurut kehendak hawa
nafsu mereka, dan berjaga-jagalah supaya mereka tidak memesongkanmu dari
sesuatu hukum yang telah diturunkan oleh Allah kepadamu. Kemudian jika
mereka berpaling (enggan menerima hukum Allah itu), maka ketahuilah,
hanyasanya Allah mahu menyeksa mereka dengan sebab setengah dari dosa-dosa
mereka; dan sesungguhnya kebanyakan dari umat manusia itu adalah orang-orang
yang fasik.
[5.50] Sesudah itu, patutkah mereka berkehendak lagi kepada hukum-hukum
jahiliyah? Padahal - kepada orang-orang yang penuh keyakinan - tidak ada
sesiapa yang boleh membuat hukum yang lebih pada daripada Allah.
Surah An-Nisaa':
[4.61] Dan apabila dikatakan kepada mereka: "Marilah berhakim kepada hukum
Al-Quran yang telah diturunkan oleh Allah dan kepada hukum Rasulullah,"
nescaya engkau melihat orang-orang munafik itu berpaling serta menghalang
(manusia) dengan bersungguh-sungguh daripada menghampirimu.
Surah Al-Jaathiyah:
[45.18] Kesudahannya Kami jadikan engkau (wahai Muhammad dan utuskan engkau)
menjalankan satu Syariat (yang cukup lengkap) dari hukum-hukum ugama; maka
turutlah Syariat itu, dan janganlah engkau menurut hawa nafsu orang-orang
yang tidak mengetahui (perkara yang benar).
[45.35] "(Balasan buruk) yang demikian ini ialah kerana kamu telah
menjadikan ayat-ayat keterangan Allah sebagai ejek-ejekan, dan kerana kamu
telah membiarkan diri kamu diperdayakan oleh kehidupan dunia". Maka pada
hari itu mereka tidak akan dikeluarkan dari neraka, dan mereka tidak diberi
peluang untuk bertaubat (memperbaiki kesalahannya).
VERSUS>>>>
"Apabila hukum rejam batu sampai mati kepada penzina dan potong tangan
kepada pencuri, nescaya ramailah rakyat Islam yang mati dan kudung tangan.
Ini sangat memalukan ummat Islam, kerana orang bukan Islam akan sempurna
sifatnya dan boleh meneruskan kerja."
( Dr. Mahathir Mohamad, temubualnya dengan media massa, 14 Julai 1992)
"Hudud tidak boleh dilaksanakan kerana sukar mendapat saksi yang tidak
fasik."
(Dr. Mahathir Mohamad, ucapannya di Pusat Bahasa Nilam Puri, Kelantan, 3 Mac
1994)
"Sukar dilaksanakan hukum syarak kerana masyarakat Malaysia bukan seratus
peratus Islam".
(Dr. Mahathir Mohamad, ucapannya di Pasir Mas, Kelantan, 14 Ogos 1994)
"Melaksanakan hukum hudud sehingga melemahkan orang Islam sehingga menjadi
masyarakat kucar kacir dan ditindas oleh orang lain tidaklah secucuk dengan
ajaran Islam."
(Dr. Mahathir Mohamad, ucapannya di Pasir Mas, Kelantan, 14 Ogos 1994)
"Bukan kerana dengan melaksanakan hukum hudud saja kita boleh menjadi Islam.
Kita tengok banyak negara Islam yang tidak melaksanakan hukum hudud, tetapi
tidak bermakna mereka tidak Islam."
(Dr. Mahathir Mohamad, kenyataannya kepada wartawan, 30 April 1992)
"Perlaksanaaan hukum hudud boleh menyebabkan umat Islam menjadi mundur
kerana tidak boleh bersaing dengan orang bukan Islam apabila orang Islam
dipotong tangannya dan dilakukan hukum hudud yang lain, sedangkan orang
bukan Islam tidak dikenakan.
(Dr. Mahathir Mohamad, temubualnya dengan wartawan, 18 Ogos 1991)
"Bagaimana kita boleh maju kalau orang Islam sudah tidak ada tangan dan
kaki? Bagaimana mereka mahu bersaing dengan bangsa-bangsa lain, kalau
sifatnya sudah tidak cukup? Hukum hudud tidak sesuai dilaksanakan di negara
ini yang mempunyai rakyat berbilang kaum dan agama."
(Dr. Mahathir Mohamad, ucapannya di Papar, Sabah, 2 Mei 1992)
Mahathir ada wawasan 2020;
mana wawasan negara Islam? Bila, 2030, 2050??
Nak tunggu populasi 100% Islam??
Kalau sekalipun populasi mencecah 100% Islam,
bukankah hudud akan memalukan umat Islam kerana tidak sempurna sifat,
sukar untuk mendapat saksi yang tidak fasiq,
melemahkan orang Islam dan negara kucar-kacir,
umat Islam akan mundur???
Berdasarkan ucapan-ucapan keramat Mahathir, Malaysia will never be an
Islamic state!
Again:
Adakah Malaysia adalah negara Islam berdasarkan pengiktirafan negara lain,
berdasarkan pengiktirafan orang kafir,
berdasarkan pengiktirafan penjajah-penjajah kafir?
Atau adakah Malaysia adalah negara Islam berpandukan al-Quran dan Hadis???
-----Original Message-----
From: Ahmad Shariman Mohamed Garip [mailto:[EMAIL PROTECTED]]
Sent: Monday, June 25, 2001 12:55 PM
To: Hassan, Haslim; [EMAIL PROTECTED]
Cc: 'Ahmad Albakree Mohd Razalli'; 'Aminuddin Alias'; 'Hasni Abu'; 'mior
badri'; [EMAIL PROTECTED]; '"Zahri Yunos"'; [EMAIL PROTECTED];
'Suhaimi Taha'; 'Suhardy'; [EMAIL PROTECTED]
Subject: Re: How Ironic?
Malaysia adalah sebuah Negara Islam, cuma tahap keisalamannya belum optimal.
Terus membangun.
----- Original Message -----
From: "Hassan, Haslim" <[EMAIL PROTECTED]>
To: <[EMAIL PROTECTED]>
Cc: "'Ahmad Albakree Mohd Razalli'" <[EMAIL PROTECTED]>; "'Ahmad Shariman
Mohamed Garip'" <[EMAIL PROTECTED]>; "'Aminuddin Alias'"
<[EMAIL PROTECTED]>; "'Hasni Abu'" <[EMAIL PROTECTED]>; "'mior badri'"
<[EMAIL PROTECTED]>; <[EMAIL PROTECTED]>; "'"Zahri Yunos"'"
<[EMAIL PROTECTED]>; <[EMAIL PROTECTED]>; "'Suhaimi Taha'"
<[EMAIL PROTECTED]>; "'Suhardy'" <[EMAIL PROTECTED]>;
<[EMAIL PROTECTED]>
Sent: Sunday, June 24, 2001 6:20 PM
Subject: How Ironic?
>
> Di petik dari Utusan bertarikh 24-Jun-2001:
>
> Menurut Dr. Mahathir, Pas menganggap Malaysia negara sekular sedangkan ia
> diiktiraf negara Islam cemerlang oleh negara Islam lain di seluruh dunia.
> .
> .
> Dalam petikan itu Hadi menjawab bahawa sumber dan panduan negara Islam
bukan
> daripada negara Arab termasuk Arab Saudi tetapi al-Quran dan hadis.
>
> ``Suasana negara berkenaan dan karektor masyarakatnya adalah berbeza. kita
> kena menyedari semua itu ditambah pula populasi di sana hampir 100 peratus
> beragama Islam, kita di Malaysia ada bukan Islam,'' katanya.
>
> Kata Dr. Mahathir, petikan itu adalah contoh penipuan Pas yang dahulu
hendak
> menubuhkan negara Islam dan melaksanakan hukum hudud tanpa mahu mengambil
> kira kepentingan orang Cina dan India.
>
> >>>
>
> Pada permulaan Mahathir cuba membuktikan bahawa Malaysia adalah negara
Islam
> olehkerana diiktiraf oleh negara Islam lain.
>
> Kemudiannya Mahathir seolah-olah memberi alasan/excuse yang Malaysia tidak
> boleh menjadi negara Islam yang berpandukan al-Quran dan Hadis disebabkan
> populasi Malaysia yang ramai bukan Islam.
>
> So what is he trying to tell?
> Malaysia negara Islam atau tidak?
> Adakah Malaysia adalah negara Islam berdasarkan pengiktirafan negara lain?
> Atau adakah Malaysia adalah negara Islam berpandukan al-Quran dan Hadis???
>
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body : SUBSCRIBE HIZB)
( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body: UNSUBSCRIBE HIZB)
( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan )
( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net )
( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED] )
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Pengirim: "Hassan, Haslim" <[EMAIL PROTECTED]>