*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

itulah yg sepatutnya diucapkan oleh seorang diktator.
tahniah mahathir.

--- "Hassan, Haslim" <[EMAIL PROTECTED]>
wrote:
> How ironic?
>  
> Siapa yang sebenarnya mencemarkan imej badan
> kehakiman negara?
> Hakim Datuk Muhammad Kamil Awang atau Datuk Eusoff
> Chin yang menyalahgunakan
> kedudukan/kuasa???
> Atau Mahathir sendiri yang cuba mencorakkan badan
> kehakiman mengikut acuan
> beliau sendiri?
>  
> Kalau Mahathir benar-benar ikhlas untuk membersihkan
> Malaysia, bukankah
> sepatutnya Eusoff Chin yang menjadi sasaran kecaman,
> malahan tindakan
> undang-undang??
>  
> Kenapa Mahathir menyarankan sepatutnya Datuk Kamil
> menarik diri dari
> mengendalikan kes tersebut?
> Adakah Mahathir menyarankan kes ini sepatutnya
> diambil oleh hakim yang
> sanggup mengikut telunjuk seseorang dengan
> membelakangkan undang-undang?
>  
> Bukankah insiden yang menimpa keatas anak-anak
> beliau membayangkan
> unsur-unsur kezaliman, penganiayaan, ugutan cuba
> dilakukan keatas Datuk
> Kamil?
> Ditambah pula dengan salah seorang saksi yang
> dibunuh dan seorang lagi
> diculik!!!
>  
> Kenapa pula Hakim Datuk Kamil harus melapurkan
> kepada PM? Bukankah badan
> kehakiman sepatutnya bebas?
>  
> Antara persoalan lain:
> Apakah kepentingan Eusoff Chin dalam kes pilihanraya
> DUN Likas sedangkan
> kedudukan beliau selaku ketua hakim pada waktu itu
> tidak ada kena mengena
> dengan kepentingan pilihanraya?
> Adakah ini bermakna ada tangan-tangan ghaib yang
> berkepentingan politik yang
> cuba menguasai kehakiman???
>  
> Dan bagi mereka yang membaca Harakah, pasti tahu
> mengapa PM sepatutnya orang
> yang terakhir untuk dimaklumkan...
>  
>  
> 
> Imej kehakiman tercemar -- Pendedahan Hakim Kamil
> mengheret mahkamah ke
> dalam kontroversi - PM
> 
> 
> KUALA LUMPUR 25 Jun - Datuk Seri Dr. Mahathir
> Mohamad berkata, tindakan
> Hakim Datuk Muhammad Kamil Awang mengheret mahkamah
> ke dalam kontroversi
> umum telah mencemarkan imej badan kehakiman negara.
> 
> Tegas Perdana Menteri, hakim berkenaan sepatutnya
> membuat pendedahan lebih
> awal mengenai tekanan melalui telefon yang
> diterimanya daripada hakim lain
> sama ada kepada beliau sendiri atau media, kerana
> insiden itu secara tidak
> langsung merupakan ugutan terhadap kerajaan.
> 
> ``Kerana kalau beliau takutkan ketuanya, beliau
> boleh melapor kepada saya,''
> kata Dr. Mahathir, yang mengulas buat pertama
> kalinya mengenai kontroversi
> yang dicetuskan oleh pendedahan hakim itu dalam
> penghakimannya mengenai
> petisyen-petisyen pilihan raya di Mahkamah Tinggi
> Kota Kinabalu pada 8 Jun
> lepas.
> 
> Dalam hal ini, Perdana Menteri berkata, Muhammad
> Kamil sepatutnya menarik
> diri daripada mengendalikan kes petisyen pilihan
> raya Dewan Undangan Negeri
> (DUN) Likas itu.
> 
> ``Beliau telah mengheret mahkamah ke dalam
> kontroversi umum dengan
> mengatakan hakim lain meminta beliau membuat
> keputusan yang tidak begitu
> betul.
> 
> ``Sekarang ini, kita menghadapi masalah mempercayai
> mahkamah kerana beliau
> telah mencemarkan imej mahkamah,'' katanya kepada
> pemberita selepas
> merasmikan Simposium Al-Baraka Ke-20 Mengenai
> Ekonomi Islam di sini hari
> ini.
> 
> Dr. Mahathir berkata demikian sebagai mengulas
> mengenai penghakiman Muhammad
> Kamil semasa mengisytiharkan pemilihan bekas Ketua
> Menteri Sabah, Datuk Yong
> Teck Lee pada pilihan raya negeri 1999 sebagai batal
> dan tidak sah kerana
> daftar pemilih yang digunakan adalah haram dan Yong
> telah melakukan
> kesalahan mengikut Akta Pilihan Raya. 
> 
> Perdana Menteri berkata, beliau kesal selepas
> membaca apa yang sebenarnya
> berlaku dengan kes Muhammad Kamil kerana buat
> pertama kalinya hakim
> memasukkan unsur kekecewaan peribadinya ke dalam
> penghakiman.
> 
> Muhammad Kamil dalam penghakimannya juga telah
> menyatakan bahawa banyak
> jabatan kerajaan tidak membalas surat-surat yang
> dikirimkan dan memberi dua
> contoh, satu yang melibatkan permohonan anak
> lelakinya bagi mendapatkan
> permit kerja sementara di Sarawak manakala yang
> kedua anak perempuannya
> tidak menerima jawapan mengenai permohonannya
> mendapatkan biasiswa. 
> 
> ``Bagi seorang hakim yang menyatakan bahawa anak
> saya tidak mendapat layanan
> baik daripada kerajaan ini, adalah begitu jelas
> beliau merujuk kepada
> kerajaan ini,'' kata beliau.
> 
> Dr. Mahathir merasakan hakim berkenaan wajar menarik
> diri daripada
> mengendalikan kes tersebut sebaik sahaja menerima
> tekanan daripada pihak
> atasannya.
> 
> ``Beliau sepatutnya menarik diri apabila timbul
> masalah itu. Beliau
> sepatutnya melaporkan serta-merta mengenai kejadian
> panggilan telefon yang
> dibuat oleh ketuanya.
> 
> ``Beliau sepatutnya melaporkan yang beliau terima
> panggilan kerana jika ada
> ugutan dalam panggilan itu, ini bermakna ia juga
> ugutan ke atas kerajaan,''
> katanya.
> 
> Dalam hal ini, Perdana Menteri berkata, Muhammad
> Kamil boleh melaporkan
> kepadanya.
> 
> Mengenai arahan yang menurut hakim itu diterimanya
> menerusi telefon, Perdana
> Menteri berkata: ``Saya tidak pasti kerana perbualan
> telefon bukan mudah
> untuk diperiksa.''
> 
> ``Sama ada beliau sebenarnya diberitahu membuang kes
> itu atau tidak, saya
> tidak tahu tetapi nampaknya, beliau juga tidak dapat
> membuktikannya. Tetapi
> beliau telah berjaya menyeret mahkamah ke dalam satu
> kontroversi umum dengan
> menyatakan bahawa seorang hakim lain telah
> memintanya membuat satu keputusan
> yang tidak berapa betul.'' 
> 
> Ditanya sama ada tindakan hakim itu telah
> mencemarkan imej mahkamah, Perdana
> Menteri berkata: ``Ya, saya fikir begitu.''
> 
> Perdana Menteri terdahulu ditanya kemungkinan isu
> pembelian Nanyang Press
> Holdings Bhd. akan memberi kesan kepada kedudukan
> Barisan Nasional (BN) pada
> pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Likas
> di Sabah.
> 
> ``Tidak. Ia isu berlainan sama sekali,'' katanya.
> 
> Oleh: MARHAINI KAMARUDDIN
> 
> http://www.utusan.com.my/utusan/content.asp?y=2001
>
<http://www.utusan.com.my/utusan/content.asp?y=2001&dt=0626&pub=Utusan_Malay
> sia&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_01.htm>
>
&dt=0626&pub=Utusan_Malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_01.htm
> 
> 


=====
Harun Aminurrashid:
DeNgaN IziN ALLAH BN PasTi TeWAs !!!

__________________________________________________
Do You Yahoo!?
Get personalized email addresses from Yahoo! Mail
http://personal.mail.yahoo.com/

 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: Harun Aminurrashid <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke