Surat Terbuka SUP MB Kelantan Kepada Rais Yatim
Kuala Lumpur Selasa,26 Jun - Setiausaha Politik Menteri besar Kelantan
,Annual Bakri Haron telah menghantar "surat terbuka" kepada Menteri di
Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr Rais Yatim mempertikaikan kredibilitinya
campurtangan dalam isu pindaan perlembagaan negeri dengan membahasakan
beliau sebagai "awak" sahaja.
Surat terbuka itu yang disiarkan sepenuhnya dalam laman web Harakahdaily.com
antara lain mendakwa kenyataan Rais bahawa Menteri Besar Kelantan Datuk Nik
Aziz Nik Mat perlu merujuk dulu kepada Sultan Kelantan butiran cadangan
pindaan yang diluluskan oleh dewan undangan negeri semalam adalah
bertentangan surat yang diterima dari Peguam Negara pada 5 Jun.
<<...>>
"Peguam Negara yang bernaung di bawah bumbung awak sendiri dalam surat
beliau kepada Menteri Besar Kelantan bertarikh 5 Jun 2001 ,yang mana beliau
bersetuju dengan penjelasan dan pandangan rasmi Pen!
asihat Undang-undang
Negeri Kelantan bahawa pindaan yang dicadangkan ini tidak menyentuh
keistimewaan ,kedudukan dan kedaulatan baginda,"katanya.
Annual membahasakan Rais "awak" dalam surat terbuka berkenaan kerana menteri
itu telah mengunakan istilah sama terhadap Nik Aziz dalam salah satu
komennya mengenai isu pindaan perlembagaan itu baru-baru ini.
Rias yang telah ditegur sendiri oleh Nik Aziz tentang tidak wajarnya beliau
mengunakan perkataan "awak" terhadapnya memberitahu para wartawan di
perhimpunan agung Umno Jumaat lalu bahawa beliau tidak merasa perlu meminta
maaf kerana ia tidak dihalakan sebagai satu hal yang biadap.
Beliau sebaliknya membidas sikap Nik Aziz yang tidak mahu merujuk butiran
pindaan itu kepada Sultan Kelantan.Ini katanya adalah satu tingkah laku yang
lebih tidak wajar.
Dalam surat berkenaan ,Annual juga mempertikaikan dakwaan Rais bahawa
ahli-ahli parlimen Pas tidak menyokong pindaan perlembagaan persekutu!
an yang
dibentangkan di Dewan Rakyat pada 10 Mei 1994.
Katanya "fakta sebenar ialah sementara ahli-ahli parlimen yang awak terajui
ketika itu (Semangat 46) menentang dan bertindak keluar daripada
memnbahaskan Rang Undang-undang Perlembagaan (Pindaan) 1994 di Dewan Rakyat
pada 10 Mei 1994 ,ahli-ahli parlimen parti kami (Pas) menyokong
undang-undang tersebut.
"Berdasarkan kepada hujah-hujah ini,apakah tidak munasabah jika ada
dikalangan kami yang menggangap bahawa awak tidak mempunyai walau secebis
kredibiliti untuk menjadi seorang menteri yang mengurus soal perundangan
negara."
Berikut ialah kandongan penuh surat terbuka itu:
Awak, SEBAGAIMANA awak mengharapkan Menteri Besar Kelantan tidak akan
tersinggung dengan penggunaan ganti nama "awak" kepada diri beliau, saya
juga mengharapkan awak tidak akan tersinggung dengan penggunaan ganti nama
"awak" ini kepada individu yang berjawatan seorang menteri seperti awak.
Tetapi sedarka!
h awak bahawa apabila awak menyatakan yang Menteri Besar
Kelantan perlu menjaga peradaban bangsa Melayu dengan mengadap Sultan
Kelantan bagi memaklumkan mengenai pindaan perlembagaan negeri Kelantan,
awak sebenarnya mungkin telah menghina Perdana Menteri awak sendiri.
Sudahkah awak semak sama ada Perdana Menteri awak telah dengan beradabnya
mengadap Raja-Raja Melayu pada tahun-tahun pindaan perlembagaan 1993 dan
1994 dahulu?
Saya tidak dapat menjangkaui maksud kesungguhan awak untuk
memperbesar-besarkan isu perlunya Menteri Besar Kelantan mengadap Sultan
Kelantan bagi memaklumkan kepada baginda mengenai pindaan perlembagaan
negeri Kelantan kerana awak sendiri menjelaskan bahawa keperluan ini
bukanlah keperluan perundangan (dan ini turut dinyatakan juga oleh Presiden
Majlis Peguam Malaysia), sebaliknya hanyalah bagi menjaga peradaban bangsa
Melayu.
Walaupun begitu, sebagai menghormati Sultan Kelantan, Menteri Besar
sebenarnya tela!
h membekalkan maklumat kepada baginda berhubung pindaan
perlembagaan ini selaras dengan peruntukan Perkara XV(1) Perlembagaan Negeri
Kelantan.
Kenyataan awak bahawa Menteri Besar Kelantan perlu mengemukakan dan memberi
penjelasan kepada Sultan Kelantan mengenai butir-butir pindaan perlembagaan
ini kerana ia menyentuh kebesaran, kedudukan dan kedaulatan baginda pula,
selain daripada bertentangan dengan kenyataan awak di para dua, adalah
bertentangan dengan kenyataan rasmi Peguam Negara yang bernaung di bawah
bumbung awak sendiri di dalam surat beliau kepada Menteri Besar Kelantan
bertarikh 5 Jun 2001, yang mana beliau bersetuju dengan penjelasan dan
pandangan rasmi Penasihat Undang-Undang Negeri Kelantan bahawa pindaan yang
dicadangkan ini tidak menyentuh keistimewaan, kedudukan dan kedaulatan
baginda.
Kenyataan awak bahawa usaha untuk meminda perlembagaan negeri ini akan
menjadi sia-sia sekiranya ia tidak diperkenankan oleh Sultan Ke!
lantan
setelah kelulusan Dewan Undangan Negeri diperolehi juga adalah bertentangan
dengan kenyataan seorang pakar perundangan negara yang bersifat neutral,
iaitu Prof. Shad Faruqi, bahawa: "Under the existing law in Kelantan, no
enactment can be passed unless His Majesty has given assent: Articles 28,
39(1) and 39(3) of Part I of the state constitution. However, the Federal
Constitution, in Section 11(2A) and 11(2B) of the Eighth Schedule, provides
for the Ruler to be bypassed 30 days after the Bill is presented to him if
he fails to sign it within this time. This law was inserted by the
Constitution (Amendment) Act 1994 (Act A885). Its existence could be used by
the Kelantan government to bypass the Sultan in the legislative process as
and when necessary."
Kenyataan awak bahawa ironi tindakan kami ini ialah kami cuba mengurangkan
kuasa Sultan apabila ia sesuai dengan keperluan politik kami, sedangkan
Menteri Besar Kelantan serta raka!
n-rakan beliau merupakan antara golongan
pertama menentang apabila Kerajaan Persekutuan meminda undang-undang
berhubung kuasa Raja-Raja pada tahun 1994 juga adalah bertentangan dengan
fakta kes yang sebenar. Fakta kes yang sebenar ialah sementara Ahli-Ahli
Parlimen dari parti yang awak terajui ketika itu (S46) menentang dengan
bertindak keluar daripada membahaskan Rang Undang-Undang Perlembagaan
(Pindaan) 1994 di Dewan Rakyat pada 10 Mei 1994, Ahli-Ahli Parlimen dari
parti kami (PAS) menyokong Rang Undang-Undang tersebut.
Berdasarkan kepada hujah-hujah ini, apakah tidak munasabah jika ada di
kalangan kami yang menganggap bahawa awak tidak mempunyai walau secebis
kredibiliti untuk menjadi seorang menteri yang menguruskan soal perundangan
negara.
Ini kerana awak jelas tidak mempunyai pengetahuan yang mencukupi tentang
sesuatu isu; mengingkari nasihat dari kakitangan bawahan awak sendiri;
mengingkari duluan Menteri Undang-Undang sebelum!
awak, iaitu Datuk Seri Syed
Hamid Albar, bahawa pindaan perlembagaan asal dahulu tidak menyentuh soal
status, hak dan keistimewaan Raja-Raja di negara ini, sebaliknya ia hanya
menyentuh aspek demokrasi berparlimen dan sistem monarki di negara ini;
malahan, mengingkari pendirian Perdana Menteri awak sendiri di dalam isu
ini.
Beliau berkata: "Jika kerajaan diakui terdiri daripada wakil-wakil yang
dipilih oleh rakyat untuk menentukan rakyat berkuasa, tetapi nasihat
kerajaan berkemungkinan tidak diterima, ini bererti demokrasi berparlimen
tidak wujud dan rakyat tidak berkuasa sepenuhnya."
Bagi memastikan agar awak atau mana-mana pihak pun juga tidak akan
memutarbelitkan pindaan ini bagi menuduh kami cuba menggugat keistimewaan,
kedudukan dan kedaulatan Sultan Kelantan, saya perturunkan di sini kenyataan
Perdana Menteri dan bekas Timbalan Perdana Menteri awak sendiri sewaktu
mereka membentangkan pindaan-pindaan perlembagaan 1993 dan 1994!
dahulu.
Kata Perdana Menteri awak: "Pindaan yang dicadangkan ini bertujuan mengelak
atau menghalang daripada meningkatnya perasaan benci kepada raja yang boleh
membawa kepada tuntutan untuk menghapuskan sistem beraja. Pindaan ini adalah
untuk menyelamatkan raja-raja sendiri dan sistem Raja Berperlembagaan.
" Kata bekas Timbalan Perdana Menteri awak: "Tujuannya (pindaan perlembagaan
ini) ialah sekadar memaktubkan prinsip-prinsip yang disepakati iaitu
kedaulatan rakyat dan kewibawaan institusi legislatif yang mewakili kehendak
rakyat. Kemulian raja-raja akan terus dipertahankan dalam konteks raja
berperlembagaan."
Sememangnya awak tidak perlu memohon maaf, tetapi cukuplah dengan bersifat
"gentleman" untuk sekurang-kurangnya mengakui kesalahan
COUNTERBALANCE.ANYWHERE.ANYTIME.ANYBODY.ANYONE.COM
Do You Yahoo!?
Get personalized email addresses from Yahoo! Mail - only $35 a year!
http://personal.mail.yahoo.com/
