*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
{ Sila lawat Laman Hizbi-Net - http://www.hizbi.net }
{ Hantarkan mesej anda ke: [EMAIL PROTECTED] }
{ Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] }
*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
kalau saya, saya tak bahasakan si rais tu "awak". Saya
lebih suka panggil dia "biawak" sebab lidahnya yg
bercabang-cabang. gelaran Dr pun dah lucut sebab
thesis dia dah jadi toilet tissue.
--- Horoscopes <[EMAIL PROTECTED]> wrote:
>
> Surat Terbuka SUP MB Kelantan Kepada Rais Yatim
>
> Kuala Lumpur Selasa,26 Jun - Setiausaha Politik
> Menteri besar Kelantan
> ,Annual Bakri Haron telah menghantar "surat terbuka"
> kepada Menteri di
> Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr Rais Yatim
> mempertikaikan kredibilitinya
> campurtangan dalam isu pindaan perlembagaan negeri
> dengan membahasakan
> beliau sebagai "awak" sahaja.
> Surat terbuka itu yang disiarkan sepenuhnya dalam
> laman web Harakahdaily.com
> antara lain mendakwa kenyataan Rais bahawa Menteri
> Besar Kelantan Datuk Nik
> Aziz Nik Mat perlu merujuk dulu kepada Sultan
> Kelantan butiran cadangan
> pindaan yang diluluskan oleh dewan undangan negeri
> semalam adalah
> bertentangan surat yang diterima dari Peguam Negara
> pada 5 Jun.
> <<...>>
> "Peguam Negara yang bernaung di bawah bumbung awak
> sendiri dalam surat
> beliau kepada Menteri Besar Kelantan bertarikh 5 Jun
> 2001 ,yang mana beliau
> bersetuju dengan penjelasan dan pandangan rasmi
> Penasihat Undang-undang
> Negeri Kelantan bahawa pindaan yang dicadangkan ini
> tidak menyentuh
> keistimewaan ,kedudukan dan kedaulatan
> baginda,"katanya.
> Annual membahasakan Rais "awak" dalam surat terbuka
> berkenaan kerana menteri
> itu telah mengunakan istilah sama terhadap Nik Aziz
> dalam salah satu
> komennya mengenai isu pindaan perlembagaan itu
> baru-baru ini.
> Rias yang telah ditegur sendiri oleh Nik Aziz
> tentang tidak wajarnya beliau
> mengunakan perkataan "awak" terhadapnya memberitahu
> para wartawan di
> perhimpunan agung Umno Jumaat lalu bahawa beliau
> tidak merasa perlu meminta
> maaf kerana ia tidak dihalakan sebagai satu hal yang
> biadap.
> Beliau sebaliknya membidas sikap Nik Aziz yang tidak
> mahu merujuk butiran
> pindaan itu kepada Sultan Kelantan.Ini katanya
> adalah satu tingkah laku yang
> lebih tidak wajar.
> Dalam surat berkenaan ,Annual juga mempertikaikan
> dakwaan Rais bahawa
> ahli-ahli parlimen Pas tidak menyokong pindaan
> perlembagaan persekutuan yang
> dibentangkan di Dewan Rakyat pada 10 Mei 1994.
> Katanya "fakta sebenar ialah sementara ahli-ahli
> parlimen yang awak terajui
> ketika itu (Semangat 46) menentang dan bertindak
> keluar daripada
> memnbahaskan Rang Undang-undang Perlembagaan
> (Pindaan) 1994 di Dewan Rakyat
> pada 10 Mei 1994 ,ahli-ahli parlimen parti kami
> (Pas) menyokong
> undang-undang tersebut.
> "Berdasarkan kepada hujah-hujah ini,apakah tidak
> munasabah jika ada
> dikalangan kami yang menggangap bahawa awak tidak
> mempunyai walau secebis
> kredibiliti untuk menjadi seorang menteri yang
> mengurus soal perundangan
> negara."
> Berikut ialah kandongan penuh surat terbuka itu:
> Awak, SEBAGAIMANA awak mengharapkan Menteri Besar
> Kelantan tidak akan
> tersinggung dengan penggunaan ganti nama "awak"
> kepada diri beliau, saya
> juga mengharapkan awak tidak akan tersinggung dengan
> penggunaan ganti nama
> "awak" ini kepada individu yang berjawatan seorang
> menteri seperti awak.
> Tetapi sedarkah awak bahawa apabila awak menyatakan
> yang Menteri Besar
> Kelantan perlu menjaga peradaban bangsa Melayu
> dengan mengadap Sultan
> Kelantan bagi memaklumkan mengenai pindaan
> perlembagaan negeri Kelantan,
> awak sebenarnya mungkin telah menghina Perdana
> Menteri awak sendiri.
> Sudahkah awak semak sama ada Perdana Menteri awak
> telah dengan beradabnya
> mengadap Raja-Raja Melayu pada tahun-tahun pindaan
> perlembagaan 1993 dan
> 1994 dahulu?
> Saya tidak dapat menjangkaui maksud kesungguhan awak
> untuk
> memperbesar-besarkan isu perlunya Menteri Besar
> Kelantan mengadap Sultan
> Kelantan bagi memaklumkan kepada baginda mengenai
> pindaan perlembagaan
> negeri Kelantan kerana awak sendiri menjelaskan
> bahawa keperluan ini
> bukanlah keperluan perundangan (dan ini turut
> dinyatakan juga oleh Presiden
> Majlis Peguam Malaysia), sebaliknya hanyalah bagi
> menjaga peradaban bangsa
> Melayu.
> Walaupun begitu, sebagai menghormati Sultan
> Kelantan, Menteri Besar
> sebenarnya telah membekalkan maklumat kepada baginda
> berhubung pindaan
> perlembagaan ini selaras dengan peruntukan Perkara
> XV(1) Perlembagaan Negeri
> Kelantan.
> Kenyataan awak bahawa Menteri Besar Kelantan perlu
> mengemukakan dan memberi
> penjelasan kepada Sultan Kelantan mengenai
> butir-butir pindaan perlembagaan
> ini kerana ia menyentuh kebesaran, kedudukan dan
> kedaulatan baginda pula,
> selain daripada bertentangan dengan kenyataan awak
> di para dua, adalah
> bertentangan dengan kenyataan rasmi Peguam Negara
> yang bernaung di bawah
> bumbung awak sendiri di dalam surat beliau kepada
> Menteri Besar Kelantan
> bertarikh 5 Jun 2001, yang mana beliau bersetuju
> dengan penjelasan dan
> pandangan rasmi Penasihat Undang-Undang Negeri
> Kelantan bahawa pindaan yang
> dicadangkan ini tidak menyentuh keistimewaan,
> kedudukan dan kedaulatan
> baginda.
> Kenyataan awak bahawa usaha untuk meminda
> perlembagaan negeri ini akan
> menjadi sia-sia sekiranya ia tidak diperkenankan
> oleh Sultan Kelantan
> setelah kelulusan Dewan Undangan Negeri diperolehi
> juga adalah bertentangan
> dengan kenyataan seorang pakar perundangan negara
> yang bersifat neutral,
> iaitu Prof. Shad Faruqi, bahawa: "Under the existing
> law in Kelantan, no
> enactment can be passed unless His Majesty has given
> assent: Articles 28,
> 39(1) and 39(3) of Part I of the state constitution.
> However, the Federal
> Constitution, in Section 11(2A) and 11(2B) of the
> Eighth Schedule, provides
> for the Ruler to be bypassed 30 days after the Bill
> is presented to him if
> he fails to sign it within this time. This law was
> inserted by the
> Constitution (Amendment) Act 1994 (Act A885). Its
> existence could be used by
> the Kelantan government to bypass the Sultan in the
> legislative process as
> and when necessary."
> Kenyataan awak bahawa ironi tindakan kami ini ialah
> kami cuba mengurangkan
> kuasa Sultan apabila ia sesuai dengan keperluan
> politik kami, sedangkan
> Menteri Besar Kelantan serta rakan-rakan beliau
> merupakan antara golongan
> pertama menentang apabila Kerajaan Persekutuan
> meminda undang-undang
> berhubung kuasa Raja-Raja pada tahun 1994 juga
> adalah bertentangan dengan
> fakta kes yang sebenar. Fakta kes yang sebenar ialah
> sementara Ahli-Ahli
> Parlimen dari parti yang awak terajui ketika itu
> (S46) menentang dengan
> bertindak keluar daripada membahaskan Rang
> Undang-Undang Perlembagaan
> (Pindaan) 1994 di Dewan Rakyat pada 10 Mei 1994,
> Ahli-Ahli Parlimen dari
> parti kami (PAS) menyokong Rang Undang-Undang
> tersebut.
> Berdasarkan kepada hujah-hujah ini, apakah tidak
> munasabah jika ada di
> kalangan kami yang menganggap bahawa awak tidak
> mempunyai walau secebis
> kredibiliti untuk menjadi seorang menteri yang
> menguruskan soal perundangan
> negara.
> Ini kerana awak jelas tidak mempunyai pengetahuan
> yang mencukupi tentang
> sesuatu isu; mengingkari nasihat dari kakitangan
> bawahan awak sendiri;
> mengingkari duluan Menteri Undang-Undang sebelum
> awak, iaitu Datuk Seri Syed
> Hamid Albar, bahawa pindaan perlembagaan asal dahulu
> tidak menyentuh soal
> status, hak dan keistimewaan Raja-Raja di negara
> ini, sebaliknya ia hanya
> menyentuh aspek demokrasi berparlimen dan sistem
> monarki di negara ini;
> malahan, mengingkari pendirian Perdana Menteri awak
> sendiri di dalam isu
> ini.
>
=== message truncated ===
=====
Harun Aminurrashid:
DeNgaN IziN ALLAH BN PasTi TeWAs !!!
__________________________________________________
Do You Yahoo!?
Get personalized email addresses from Yahoo! Mail
http://personal.mail.yahoo.com/
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body : SUBSCRIBE HIZB)
( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body: UNSUBSCRIBE HIZB)
( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan )
( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net )
( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED] )
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Pengirim: Harun Aminurrashid <[EMAIL PROTECTED]>