Pindaan Kelantan berasas pindaan Perlembagaan 1994, bukan 1993
Oleh Wan Abd Aziz Mahmud
KOTA BHARU, 9 Julai (Hrkh) - Menteri Besar, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz
Nik Mat, menegaskan tidak ada perbezaan antara niat pindaan Perlembagaan
Undang-Undang Tubuh Negeri Kelantan dengan pindaan yang dibuat oleh kerajaan
persekutuan pada 1994 dulu.
Setiausaha politik beliau, Haji Anual Bakri Haron berkata, pindaan yang
diluluskan oleh Dun Kelantan 25 Jun lepas, adalah berasaskan pindaan
perlembagaan 1994, bukannya pindaan 1993.
Sehubungan itu katanya, tidak timbul masalah kononnya niat pindaan yang
dibuat kerajaan Kelantan berbeza dengan niat pindaan peringkat persekutuan
pada 1994.
"Asas pindaan ini adalah pindaan 1994 yang memperincikan maksud sebenar
ungkapan 'act in accordance with advice' (bertindak menurut nasihat) dan
yang memperuntukkan bahawa sesebuah rang undang-undang menjadi undang-undang
setelah berakhir tempoh 30 hari ia!
diluluskan oleh dewan undangan negeri
atau parlimen.
"Pindaan ini bukannya berasaskan kepada pindaan 1993 yang bertujuan
mengehadkan kekebalan raja-raja," katanya.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas komen Perdana Menteri, Dato' Seri
Dr Mahathir Mohamad, Jumaat lepas yang menyatakan keengganan Sultan Kelantan
memperkenan pindaan Undang-Undang Tubuh Kerajaan Kelantan bukannya kerana
desakan mana-mana parti politik.
Dr Mahathir turut dipetik sebagai berkata, semasa pindaan Perlembagaan untuk
mengurangkan kuasa raja-raja pada 1993, Sultan Kedah dan Johor pun tidak
menandatanganinya.
Anual berkata, pindaan Undang-Undang Tubuh Negeri Kelantan tidak ada kaitan
dengan pindaan peringkat persekutuan pada 1993 itu, kerana apa yang dibuat
di Kelantan adalah penyelarasan terhadap pindaan Perlemabagaan 1994
berhubung fungsi raja, bukannya kekebalan raja-raja.
Justeru itu katanya, Menteri Besar enggan mengulas komen Perdana Menteri
!
berhubung isu mengapa pihak istana enggan memperkenankan rang undang-undang
yang diluluskan oleh Dun Kelantan itu.
"Ini kerana beliau tidak akan memperakui sebarang pengumuman tentang
penolakannya selagi jawapan hitam putih belum diberikan oleh wakil rasmi
pihak istana dalam jangka masa yang diperuntukkan.
"Sedangkan proses pengesahan atau penolakan rang undang-undang ini ada
prosedurnya yang tertentu, maka takkanlah pihak istana akan menolak rang
undang-undang ini tanpa menelitinya terlebih dahulu, sedangkan ia kini belum
pun lagi dihantar kepadanya," jelas beliau.
Comments ? E-mail Us
COUNTERBALANCE.ANYWHERE.ANYTIME.ANYBODY.ANYONE.COM
Do You Yahoo!?
Get personalized email addresses from Yahoo! Mail - only $35 a year!
http://personal.mail.yahoo.com/
