*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Kepada:

BANK NEGARA MALAYSIA
d/a [EMAIL PROTECTED]

Tuan/Puan,

Baru-baru ini saya mendapat maklumat daripada seorang saudara saya yang 
bekerja di cawangan sebuah syarikat Finance Kereta mengatakan bahawa kerja 
mereka semakin kurang berbanding sebelum ini kerana kebanyakan permohonan 
untuk mendapatkan finance di cawangan mereka itu telah direducekan jumlahnya 
oleh pihak HQ mereka di Kuala Lumpur.

Baru-baru ini pula, saya mendapat maklumat daripada seorang sahabat yg ingin 
membuat finance kereta di syarikat yg sama tetapi di cawangan yang lain 
mengatakan bahawa beliau hanya layak mendapatkan pinjaman tersebut jika 
beliau dapat mencari penjamin yg bekerja dengan kerajaan; kononnya penjamin 
SWASTA walau berapa ribu pun gajinya tidak layak kerana masalah ekonomi 
semasa.

Kemusykilan:

Adakah ini adalah arahan dari BNM....kurangkan jumlah # pembiayaan dan 
meletakkan syarat penjamin mestilah kakitangan kerajaan?

Apakah tujuan arahan ini dikeluarkan? adakah untuk menyukarkan rakyat 
mendapat pembiayaan pinjaman kereta atau pun ada sebab musabab lain kenapa 
ia dilakukan?

Jika benar, maka ini adalah merupakan satu petaka kepada perkembangan 
institusi kewangan di Malaysia secara am dan satu bala kepada perkembangan 
ekonomi Malaysia seluruhnya.

Jika beginilah nasib mereka yg bekerja di syarikat swasta, maka malang dan 
bodoh sungguhlah mereka-mereka di atas sana yang pernah berucap lantang di 
sini sana kononnya PENGSWASTAAN adalah peneraju utama ekonomi negara!!

Hari ini, tanpa disangka, belum pun negara mencapai tahun 2020, 
mereka-mereka yang bekerja di sektor swasta tiba-tiba sudah turun pangkat 
menjadi warganegara Malaysia kelas-2!!!

Yang Benar,
Rakyat Marhain Pekerja Kilang.
Pulau Pinang.
_________________________________________________________________________
Get Your Private, Free E-mail from MSN Hotmail at http://www.hotmail.com.


 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: "B M" <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke