*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~


As'kum,

[An-Nahl:125]
"Serulah kepada jalan Tuhanmu dengan hikmah, dan nasihat-nasihat yang
baik-baik, dan
bertukar fikiranlah dengan cara yang lebih baik, sesungguhnya Tuhanmu lebih
mengetahui
siapa yang sesat dari jalan-Nya, dan Dialah yang mengetahui siapa yang
terpimpin."

Berfikirlah secara 'mature', bijaksana dan tidak mengikut perasaan.
Maaflah,
kadang-kadang kita suka mengikut rasa hati dan bukan rasa iman. Kalau
sesuatu
pandangan yg di beri,ini tidak bermakna dan bermaksud bersekongkol maupun
ingin
memulakan perdebatan. Setiap netters yang berbuat demikian ikhlas dan
beniat baik.
Usahlah kerana ghairah berpolitik kita harus bercakaran sesama saudara
Islam sendiri,
dan berkata nista diantara satu sama lain. Itu bukannya tuntutan Islam yang
bersandarkan
Al-Quran dan As-Sunnah . Jagalah imej Islam ini agar ianya tidak dicemari.


(Ali Imran:142)
Apakah kamu mengira kamu akan masuk syurga, padahal belum nyata bagi Allah
orang-orang yang berjihad diantaramu, dan belum nyata orang-orang yang
sabar.


Maaf..apalah hak kita untuk mengecap si pulan2 tersebut adalah ahli neraka,
di ambang neraka, sesat, kafir, munafiq dan sebagainya. Itu bukan hak kita.
Hanya ALLAH SWT yang MAHA MENGETAHUI. Jangan lah diri batin kita dari di
belenggu
dengan nafsu dan akal kita yang terhad ini. Perbetulkan diri kita sendiri
dulu,
angkatkan maqam kita di sisi ALLAH, tenggalamkan diri kita dalam zat,
sifat,
asma' dan af'al ALLAH....baru kita tahu rendah tinggi alam ini. Usahlah
kita
menghakimi dan bersangka2an kepada sesuatu yang kita belum tentu
kesahihannya. Renungilah...dari mana kita datang dan kemana pula kita akan
tuju apabila "balik" nanti....takut2 terlewat nanti.


Sabda Rasulullah saw yang bermaksud:

            "Jauhilah kamu daripada sangkaan kerana ia sedusta-dusta
bisikan hati,
janganlah kamu mencari-cari kesalahan dan keaiban orang, janganlah kamu
mendengar-dengar
cerita orang, jangan kamu berlumba-lumba untuk menunjukkan kekuatan di
antara satu
sama lain, jangan kamu dengki-mendengki, benci-membenci, bermusuh-musuhan
dan jadilah
kamu semua hamba Allah yang bersaudara."

            (Hadis Riwayat Imam Malik, Bukhari, Muslim dan Abu Daud)


Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.


Q.S.49 (Al Hujuraat): 12.
     Wahai orang-orang yang beriman, jauhilah kebanyakan daripada sangkaan
     (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang), kerana
sesungguhnya
     sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa dan janganlah kamu mengintip
atau
     mencari-cari kesalahan dan keaiban orang dan janganlah sesetengah kamu
     mengumpat sesetengah yang lain. Adakah seorang di antara kamu suka
memakan
     daging saudaranya yang sudah mati? ( Jika demikian keadaan mengumpat,
maka
     tentulah kamu merasa jijik kepadanya ). Oleh itu patuhilah larangan2
yang
     tersebut dan bertakwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha
Penerima
     Taubat lagi Maha Mengasihani.


"Wahai sidang orang yang beriman dengan lidahnya, padahal iman belum lagi
masuk ke
 dalam hatinya, janganlah kamu mencari-cari keaiban orang Islam.
Sesungguhnya siapa
 yang berbuat demikian, maka Allah akan membukakan keaiban dalam rumahnya."

            (Hadis Riwayat Abu Daud dan lain-lain)


            "Janganlah kamu putus silaturahim, jangan kamu bermusuhan,
berdengkian dan
jadilah kamu hamba Allah yang bersaudara. Dan tidak halal (haram) seorang
Muslim tidak bertegur sapa saudaranya lebih daripada tiga hari."

            (Hadis Riwayat Tirmizi)


Sama2lah kita renungi madsud ayat2 di atas sedalam2nya.

Mohon maaf seandainya terkasar bahasa.


Wassallam






"zaidah mohd" <[EMAIL PROTECTED]>@hizbi.net on 07/09/2001 02:41:50 PM

Sent by:  [EMAIL PROTECTED]


To:   [EMAIL PROTECTED]
cc:

Subject:  H-Net* fahami maksud ambang


*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~* {  Sila lawat
Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     } {        Hantarkan mesej anda
ke:  [EMAIL PROTECTED]         } {        Iklan barangan? Hantarkan ke
[EMAIL PROTECTED]     }
*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~* PAS : KE ARAH
PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
nampaknya ramai netters yang tak tahu maksud ambang , ambang maksud di
tepi., belum lagi masuk

dari ulasan suku sakat mahathir mengatakan yang saya mengatakan mahathir
akan ke neraka , siapa kata mahathir akan keneraka , kita cuma kata
diambang neraka , yang memberi maksud sekiranya kelakuan sedemikian rupanya
insyallah neraka lah halatuju nya, tak usahlah ajak saya berdebat ,
dinasihatkan agar netters yang bersekongkol dengan mahathir tu pergi
nasihat pada nya agar pulang ke pangkal jalan , mengapa nak ajak kita orang
berdebat pula.

Cuma selideki akan perangai dan tingkahlakunya , adalah selayaknya beliau
mendiami neraka.

Memang rasullullah tidak menunding jari siapa yang akan masuk neraka,
tetapi rasulullah mengatakan sifat sifat orang yang akan keneraka , kalau
menyerupai sifat sipolan sipolan , kita patut jadikan teladan , jangan tiru
sifat si polan.

Siapa tak kata firaun akan keneraka........... siapa firaun ..........




kliner <[EMAIL PROTECTED]>@hizbi.net on 07/10/2001 12:29:02 AM

Sent by:  [EMAIL PROTECTED]


To:   [EMAIL PROTECTED]
cc:

Subject:  Re: H-Net* Mahathir Diambang Neraka



Assalamualaikum Wrt Wbt

Salam bahagia kepada netters sekelian, mohon  kemaafan andainya komen saya
ini membawa satu idea yang kurang enak didengar  oleh sebahagian netters.

Komen saya mengenai topic di sini saya rasa perlu  ditegur dari sudut
agama, tidak dari sudut politik, kerana Agama Islam adalah  pedoman iaitu
melalui Al-Quran dan As-Sunnah SAW.

Mengenai perkataaan saudara tersebut saya rasa  tidak elok dan tidak wajar
bagi saudara berkata demikian iaitu "Mahathir  Diambang Neraka".

Hujah saya, saudara seolah2 meletakan si pulan  tersebut adalah ahli
neraka, kerana Rasullah SAW sendiri tidak pernah berkata si  pulan bin
pulan adalah ahli neraka. Tetapi Rasullah SAW hanya berkata sesiapa  sahaja
yang melanggar Hukum Allah SWT maka dia adalah ahli neraka, jadi di sini
Rasullah SAW sendiri tidak mengkhususkan siapa bin siapa,, tetapi saudara
telah  terlajak jauh.

Kita kembali kepada ayat yang dikeluarkan oleh  saudara:

Sabda Rasulullah
Orang orang yang sombong dan bengis(zalim) itu nanti dikumpulkan pada hari
kiamat dalam bentuk srupa semuat kecil yang dipijak pijak oleh orang ramai
. Ini  adalah kerana mereka mnegambil ringan kepada Allah 'Azza wa jalla"
Firman Alla Ta'ala
"Bagi Allah adalah semua yang dilangit dan dibumi agar Allah dapat
memberikan balasan kepada orang-orang yang berbuat kejahatan sesuai dengan
amalan-amalan mereka dan memberi balasan orang orang yang berbuat kebaikan
dengan kebaikan pula."
S.Najm 31.

Dimanakah letaknya pengkhusussan si pulan bin pulan adalah ahli neraka.
Jadi di sini tidak baik sama sekali kita meletakkan seseorang itu adalah
ahli  neraka, kerana kita belum tahu siapa yang akan masuk neraka dan siapa
yang akan  masuk syurga.

Walhal Nabi SAW mempunyai satu permintaan yang mana permintaan tersebut
belum pernah dipinta oleh Rasullah SAW. Cuba kita lihat zaman Nabi Nuh,
Nabi  Luth dll. Mereka telah menggunakan permintaan mereka kerana umat di
zaman itu  telah terlalu� terlanjur jauh sesat. Jadi besar kemungkinan
insyallah di  akhirat nanti Rasullah SAW akan menggunakan niat tersebut.
Wallahu`alam.

Tujuan saya mengutarakan komen di sini bersandarkan Al-Quran dan As-Sunnah
tidak bersandarkan kepada politik.

Wallahu`alam.





 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: [EMAIL PROTECTED]

Kirim email ke