*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
{ Sila lawat Laman Hizbi-Net - http://www.hizbi.net }
{ Hantarkan mesej anda ke: [EMAIL PROTECTED] }
{ Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] }
*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Assalamualaikum wbt.
"Saling memberi peringatan (ingat dan memperingatkan) antara sesama lain
merupakan ciri orang berIman".
"Saling bertolonganlah kamu (dalam ikatan persaudaraan yang utuh) ke arah
Takwa.."
Peringatan, nasehat, bimbingan dan didikan, matlamatnya ke arah kebaikan dan
kebajikan, pendekatan dan olahannya boleh dipelbagaikan. Variasi dan
kepelbagaian ini boleh ditinjau sebagaimana yang dibentangkan Allah dalam
Kitabullah sebagai peringatan kepada semua orang berIman.
Oleh sebab itulah dalam Kitabullah, selain daripada nama-nama yang masyur
seperti Nabi-Nabi, Allah sampaikan berita mengenai perjuaangan, akhlak dan
keteguhan Iman mereka untuk dijadikan contoh dan ikutan. Tetapi disamping itu
nama-nama yang tidak popular untuk dicontohi seperti Firaun, Qarun dan Haman di
zaman Nabi Musa a.s., Namrud di zaman Nabi Ibrahim a.s., turut Allah sebutkan
sebagai peringatan. Agar manusia berIman tidak mengikuti dan bercirikan seperti
mereka.
Berhadapan dengan kehidupan siang malam yang silih berganti, Allah Taala akan
menutupi aib dan kesalahan yang dilakukan secara sembunyi-sembunyi. Tetapi aib
dan kesalahan yang dibuat secara terang-terangan dan nyata hingga diketahui
semua orang, amat dimurkai Allah, dikutuki para malaikat dan sekalian makhluk
yang bernyawa.
Sebagai makhluk yang bernyawa, sunnatullah pasti akan berlaku ke atas kita.
Kejahatan (syirik, pasik, ingkar, zalim, aniaya dan sesat) yang terang-terangan
pasti akan menerima kutukan. Kutukan adalah penentangan berserta kebencian
untuk menghenti, mencegah dan mengurangkan aktiviti kejahatan tersebut.
Mengutuk dengan hati (membenci dalam hati) masih merupakan serendah-rendah
Iman.
Dalam menentukan siapakah diperingatkan atau dikritik atau dikutuk, kekadang
kita pun berada dipihak yang tidak tepat pertimbangan dan kurang penelitiannya.
Orang yang sepatutnya kita peringatkan atau kritik (sasaran yang tepat), kita
tidak bertindak demikian. Sebaliknya orang lain pula yang kita nasehati dan
peringatkan panjang berjela-jela.
Firasat orang mukmin seharusnya mengenal antara kejahatan yang minimum yang
tersembunyi berbeza dengan kejahatan yang jelas, terang dan nyata. Manakah yang
lebih berbahaya dan tinggi risikonya dan merupakan prioriti..
Allah jua yang lebih mengetahui..
Wassalamualaikum.
[EMAIL PROTECTED] wrote:
> *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
> { Sila lawat Laman Hizbi-Net - http://www.hizbi.net }
> { Hantarkan mesej anda ke: [EMAIL PROTECTED] }
> { Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] }
> *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
> PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
> ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
>
> As'kum,
>
> [An-Nahl:125]
> "Serulah kepada jalan Tuhanmu dengan hikmah, dan nasihat-nasihat yang
> baik-baik, dan
> bertukar fikiranlah dengan cara yang lebih baik, sesungguhnya Tuhanmu lebih
> mengetahui
> siapa yang sesat dari jalan-Nya, dan Dialah yang mengetahui siapa yang
> terpimpin."
>
> Berfikirlah secara 'mature', bijaksana dan tidak mengikut perasaan.
> Maaflah,
> kadang-kadang kita suka mengikut rasa hati dan bukan rasa iman. Kalau
> sesuatu
> pandangan yg di beri,ini tidak bermakna dan bermaksud bersekongkol maupun
> ingin
> memulakan perdebatan. Setiap netters yang berbuat demikian ikhlas dan
> beniat baik.
> Usahlah kerana ghairah berpolitik kita harus bercakaran sesama saudara
> Islam
> sendiri, dan berkata nista diantara satu sama lain. Itu bukannya tuntutan
> Islam
> yang bersandarkan Al-Quran dan As-Sunnah . Jagalah imej Islam ini agar
> ianya tidak
> dicemari.
>
> (Ali Imran:142)
> Apakah kamu mengira kamu akan masuk syurga, padahal belum nyata bagi Allah
> orang-orang yang berjihad diantaramu, dan belum nyata orang-orang yang
> sabar.
>
> Maaf..apalah hak kita untuk mengecap si pulan2 tersebut adalah ahli neraka,
> di ambang neraka, sesat, kafir, munafiq dan sebagainya. Itu bukan hak kita.
> Hanya ALLAH SWT yang MAHA MENGETAHUI. Jangan lah diri batin kita dari di
> belenggu
> dengan nafsu dan akal kita yang terhad ini. Perbetulkan diri kita sendiri
> dulu,
> angkatkan maqam kita di sisi ALLAH, tenggalamkan diri kita dalam zat,
> sifat,
> asma' dan af'al ALLAH....baru kita tahu rendah tinggi alam ini. Usahlah
> kita
> menghakimi dan bersangka2an kepada sesuatu yang kita belum tentu
> kesahihannya. Renungilah...dari mana kita datang dan kemana pula kita akan
> tuju apabila "balik" nanti....takut2 terlewat nanti.
>
> Sabda Rasulullah saw yang bermaksud:
>
> "Jauhilah kamu daripada sangkaan kerana ia sedusta-dusta
> bisikan hati,
> janganlah kamu mencari-cari kesalahan dan keaiban orang, janganlah kamu
> mendengar-dengar
> cerita orang, jangan kamu berlumba-lumba untuk menunjukkan kekuatan di
> antara satu
> sama lain, jangan kamu dengki-mendengki, benci-membenci, bermusuh-musuhan
> dan jadilah
> kamu semua hamba Allah yang bersaudara."
>
> (Hadis Riwayat Imam Malik, Bukhari, Muslim dan Abu Daud)
>
> Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.
>
> Q.S.49 (Al Hujuraat): 12.
> Wahai orang-orang yang beriman, jauhilah kebanyakan daripada sangkaan
> (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang), kerana
> sesungguhnya
> sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa dan janganlah kamu mengintip
> atau
> mencari-cari kesalahan dan keaiban orang dan janganlah sesetengah kamu
> mengumpat sesetengah yang lain. Adakah seorang di antara kamu suka
> memakan
> daging saudaranya yang sudah mati? ( Jika demikian keadaan mengumpat,
> maka
> tentulah kamu merasa jijik kepadanya ). Oleh itu patuhilah larangan2
> yang
> tersebut dan bertakwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha
> Penerima
> Taubat lagi Maha Mengasihani.
>
> "Wahai sidang orang yang beriman dengan lidahnya, padahal iman belum lagi
> masuk ke
> dalam hatinya, janganlah kamu mencari-cari keaiban orang Islam.
> Sesungguhnya siapa
> yang berbuat demikian, maka Allah akan membukakan keaiban dalam rumahnya."
>
> (Hadis Riwayat Abu Daud dan lain-lain)
>
> "Janganlah kamu putus silaturahim, jangan kamu bermusuhan,
> berdengkian dan
> jadilah kamu hamba Allah yang bersaudara. Dan tidak halal (haram) seorang
> Muslim tidak bertegur sapa saudaranya lebih daripada tiga hari."
>
> (Hadis Riwayat Tirmizi)
>
> Sama2lah kita renungi madsud ayat2 di atas sedalam2nya.
>
> Mohon maaf seandainya terkasar bahasa.
>
> Wassallam
>
> "zaidah mohd" <[EMAIL PROTECTED]>@hizbi.net on 07/09/2001 02:41:50 PM
>
> Sent by: [EMAIL PROTECTED]
>
> To: [EMAIL PROTECTED]
> cc:
>
> Subject: H-Net* fahami maksud ambang
>
> *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~* { Sila lawat
> Laman Hizbi-Net - http://www.hizbi.net } { Hantarkan mesej anda
> ke: [EMAIL PROTECTED] } { Iklan barangan? Hantarkan ke
> [EMAIL PROTECTED] }
> *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~* PAS : KE ARAH
> PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
> ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
> nampaknya ramai netters yang tak tahu maksud ambang , ambang maksud di
> tepi., belum lagi masuk
>
> dari ulasan suku sakat mahathir mengatakan yang saya mengatakan mahathir
> akan ke neraka , siapa kata mahathir akan keneraka , kita cuma kata
> diambang neraka , yang memberi maksud sekiranya kelakuan sedemikian rupanya
> insyallah neraka lah halatuju nya, tak usahlah ajak saya berdebat ,
> dinasihatkan agar netters yang bersekongkol dengan mahathir tu pergi
> nasihat pada nya agar pulang ke pangkal jalan , mengapa nak ajak kita orang
> berdebat pula.
>
> Cuma selideki akan perangai dan tingkahlakunya , adalah selayaknya beliau
> mendiami neraka.
>
> Memang rasullullah tidak menunding jari siapa yang akan masuk neraka,
> tetapi rasulullah mengatakan sifat sifat orang yang akan keneraka , kalau
> menyerupai sifat sipolan sipolan , kita patut jadikan teladan , jangan tiru
> sifat si polan.
>
> Siapa tak kata firaun akan keneraka........... siapa firaun ..........
>
> kliner <[EMAIL PROTECTED]>@hizbi.net on 07/10/2001 12:29:02 AM
>
> Sent by: [EMAIL PROTECTED]
>
> To: [EMAIL PROTECTED]
> cc:
>
> Subject: Re: H-Net* Mahathir Diambang Neraka
>
> Assalamualaikum Wrt Wbt
>
> Salam bahagia kepada netters sekelian, mohon kemaafan andainya komen saya
> ini membawa satu idea yang kurang enak didengar oleh sebahagian netters.
>
> Komen saya mengenai topic di sini saya rasa perlu ditegur dari sudut
> agama, tidak dari sudut politik, kerana Agama Islam adalah pedoman iaitu
> melalui Al-Quran dan As-Sunnah SAW.
>
> Mengenai perkataaan saudara tersebut saya rasa tidak elok dan tidak wajar
> bagi saudara berkata demikian iaitu "Mahathir Diambang Neraka".
>
> Hujah saya, saudara seolah2 meletakan si pulan tersebut adalah ahli
> neraka, kerana Rasullah SAW sendiri tidak pernah berkata si pulan bin
> pulan adalah ahli neraka. Tetapi Rasullah SAW hanya berkata sesiapa sahaja
> yang melanggar Hukum Allah SWT maka dia adalah ahli neraka, jadi di sini
> Rasullah SAW sendiri tidak mengkhususkan siapa bin siapa,, tetapi saudara
> telah terlajak jauh.
>
> Kita kembali kepada ayat yang dikeluarkan oleh saudara:
>
> Sabda Rasulullah
> Orang orang yang sombong dan bengis(zalim) itu nanti dikumpulkan pada hari
> kiamat dalam bentuk srupa semuat kecil yang dipijak pijak oleh orang ramai
> . Ini adalah kerana mereka mnegambil ringan kepada Allah 'Azza wa jalla"
> Firman Alla Ta'ala
> "Bagi Allah adalah semua yang dilangit dan dibumi agar Allah dapat
> memberikan balasan kepada orang-orang yang berbuat kejahatan sesuai dengan
> amalan-amalan mereka dan memberi balasan orang orang yang berbuat kebaikan
> dengan kebaikan pula."
> S.Najm 31.
>
> Dimanakah letaknya pengkhusussan si pulan bin pulan adalah ahli neraka.
> Jadi di sini tidak baik sama sekali kita meletakkan seseorang itu adalah
> ahli neraka, kerana kita belum tahu siapa yang akan masuk neraka dan siapa
> yang akan masuk syurga.
>
> Walhal Nabi SAW mempunyai satu permintaan yang mana permintaan tersebut
> belum pernah dipinta oleh Rasullah SAW. Cuba kita lihat zaman Nabi Nuh,
> Nabi Luth dll. Mereka telah menggunakan permintaan mereka kerana umat di
> zaman itu telah terlalu terlanjur jauh sesat. Jadi besar kemungkinan
> insyallah di akhirat nanti Rasullah SAW akan menggunakan niat tersebut.
> Wallahu`alam.
>
> Tujuan saya mengutarakan komen di sini bersandarkan Al-Quran dan As-Sunnah
> tidak bersandarkan kepada politik.
>
> Wallahu`alam.
>
> ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
> ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body : SUBSCRIBE HIZB)
> ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body: UNSUBSCRIBE HIZB)
> ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan )
> ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net )
> ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED] )
> ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
>
> Pengirim: [EMAIL PROTECTED]
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body : SUBSCRIBE HIZB)
( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body: UNSUBSCRIBE HIZB)
( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan )
( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net )
( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED] )
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Pengirim: hassan abdullah <[EMAIL PROTECTED]>