*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
angguk lagi.....

<cut>
Jadi maksud tuan, pemimpin buat bissnes punca utama
orang melayu islam murtad..
<cut>

Ni apa cerita ni sheikh???..hujah apa ni..apa yag aku
tanya Pemerintah tak masuk book ka dalam bab nak
megatasi masalah riddah yg berlaku ni ..

sebab hang cuma menyalahkan "Keluarga, Ustaz,
pendakwah dan guru agama"..dimana letaknya tanggung
jawab pemerintah???..sedangkan pemerintah islam itu
mempunyai tanggung jawab yang cukup berat..

Antara Tanggungjawab Pemerintah. Maksubnya
tanggungjawab di hadapan Allah SWT dan di hadapan
manusia. Pemerintah tidak mempunyai kuasa mutlak sama
ada pemerintahan itu orang perseorangan atau kumpulan.
Mereka hendaklah menjalankan pemerintahan sebagaimana
yang dilaksanakan oleh Rasulullah SAW, yang membawa
unsur-unsur beriman, beribadat dan berakhlak di dalam
politiknya. Mereka juga haruslah menolak pengaruh
kebendaan dan kepentingan duniawi. Allah SWT
menentukan kekuasaan pemerintah sebagai pelaksana dan
wakil yang diberi tanggungjawab oleh Allah SWT. Mereka
juga telah diberi kepercayaan oleh rakyat, maka tiada
di dalam Islam teori raja tidak melakukan kesalahan.
Pemerintah juga diamanahkan oleh rakyat untuk
menyelesaikan masalah dalam urusan mereka.

Firman Allah SWt yang bermaksud:

"Sesungguhnya Allah menyuruh kamu menyampaikan amanat
kepada orang yang berhak kepadanya dan menyuruh kamu
apabila menetapkan hukum di antara manusia supaya kamu
menetapkan dengan adil. Sesungguhnya Allah memberi
pengajaran yang sebaik-baiknya kepada kamu,
sesungguhnya Allah Maha mendengar lagi Maha Melihat"


Perhatikanlah pula ucapan Omar bin Abdul Aziz, seorang
Khalifah yang memerintah selepas zaman Nabi dan zaman
para sahabat sebagai bukti kewujudan pemerintahan
Islam yang berjaya selepas generasi pertama. Di
antaranya beliau berkata yang bermaksud:

"Adapun selepas itu, maka sesungguhnya tiada lagi Nabi
selepas Nabi kamu Muhammad SAW dan tiada lagi kitab
selepas Kitab (al-Quran) yang diturunkan kepadanya."

" Ingatlah, sesungguhnya apa yang dihalalkan oleh
Allah Azzawajalla tetap halal hingga ke hari kiamat
dan apa yang diharamkan oleh Allah tetap haram hingga
ke hari kiamat."

" Ingatlah sesungguhnya tidak harus bagi seseorang itu
taat dalam perkara derhakakan Allah Azzawajalla." 

"Ingatlah, sesungguhnya aku bukanlah orang yang paling
baik di kalangan kamu, tetapi Allah telah menjadikan
aku orang yang paling berat memikul tugas."


sekian, aku mengaji sekolah atap jer..:-))





__________________________________________________
Do You Yahoo!?
Get personalized email addresses from Yahoo! Mail
http://personal.mail.yahoo.com/

 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: Cik Pak <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke