*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
angguk juga...

Tujuan Islam wujud bukan hanya untuk melahirkan semua orang menjadi pemimpin 
teratas dunia Islam ( Negara Islam ), bukan semua akan berpeluang menjadi 
pemimpin teratas... berbanding dengan rakyat yang berjuta-juta... dan bukan 
semua orang islam akan mempunyai pemimpin yang berugama Islam.. kerana 
jumlah mereka yang kecil.. tak mungkin dapat pemimpin macam apa yang kita 
nak... tetapi jati diri Islam mereka masih utuh.. walaupun tidak pernah 
berada dalam negara islam sejak berkurun-kurun lamanya.. tetapi ada 
setengahnya tidak sabar untuk memiliki negara sendiri dengan kuantiti mereka 
yang kecil.. dengan tidak merasakan islam mereka sempurna jika tidak 
memiliki kerajaan sediri.. terbentuk puak-puak menggunakkan kekerasan untuk 
mencapai hajat kesempurnaan mereka... kelemahan mereka diguna oleh kafir 
yang ramai untuk menghapuskan etnik mereka, kanak-kanak, wanita dirogol dan 
dibunuh.. dan apabila kejadian ini meninggkat maka ramai lagi akan bangun 
untuk berjihat... dan ramai lagi akan dibunuh.. sedangkan jika mereka 
bersabar dan memperbanyakan bilangan.. dengan izin Allah akan tercapai 
juga... walaupun mengambil masa yang lama..

saya juga bercita-cita dan menyokong untuk mendapat pemimpin dan dipimpin 
oleh orang yang berkebolehan dan setanding kurang sikit dari para sahabat.. 
dengan terlaksanalah apa yang kita impikan..
tetapi mereka apa yang dikatakan tidak disukai itu masih berada disitu.. 
memang mereka juga bertanggung jawab, tanggung jawab mereka lebih besar... 
adakah kita hanya mengharapkan mereka bertindak.. atau sehigga terbentuknya 
sebuah negara Islam itu tercapai.. contohnya isu murtad.. sementara itu kita 
berdiam diri.. dan menunding jari pada mereka... atau kita biarkannya kerana 
ia boleh jadikan isu ini satu kelebihan sebagai modal politik kita.. makin 
ramai orang murtad makin untung sokongan kita..

ini juga tugas dan tangungjawap kita juga, orang-orang kita ada.. ramai... 
kalau mereka tidak boleh diharapkan lagi... kita boleh bertindak sendiri.. 
kita tubuhkan pusat pemulihan / biro pencegahan murtad dan lain-lain ... 
orang-orang kita pandai-pandai belaka... pensyarah-pensyarah kita 
hebat-hebat belaka.. mereka insyaallah akan berjaya memujuk kepangkal 
jalan..
jika ini berjaya berduyun-duyun lagi orang sebelah sana akan menyokong 
kita.. tak ada isu-isu murtad ni.. atau akan berkurangan..

tugas kepimpinan yang bukan terletak pada apa yang dikata "PM" dan kroni2nya 
sahaja tetapi kepada semua para Ustaz, guru agama ,ketua keluarga dan 
individu (pemerintah diri sendiri)..

kita selalu berkata kepada mereka supaya tidak ambil Quran sekerat-sekerat.. 
hak yang depa tak ambil yang sekerat tu.. kita ambil... dan tekankan hanya 
dan selalu hak sekerat yang depa tak ambil tu juga... sampaikan kita 
terlebih arif tentang tu.. tapi yang lain tu macam mana.. tak sama penting 
juga kah dengan hak sekerat tu ka... so adakah kita pun macam depa juga?..


>From: Cik Pak <[EMAIL PROTECTED]>
>To: pretender my <[EMAIL PROTECTED]>, [EMAIL PROTECTED],  
>[EMAIL PROTECTED]
>CC: [EMAIL PROTECTED]
>Subject: Re: H-Net* Kepala angguk sungguh
>Date: Wed, 11 Jul 2001 02:42:33 -0700 (PDT)
>
>angguk lagi.....
>
><cut>
>Jadi maksud tuan, pemimpin buat bissnes punca utama
>orang melayu islam murtad..
><cut>
>
>Ni apa cerita ni sheikh???..hujah apa ni..apa yag aku
>tanya Pemerintah tak masuk book ka dalam bab nak
>megatasi masalah riddah yg berlaku ni ..
>
>sebab hang cuma menyalahkan "Keluarga, Ustaz,
>pendakwah dan guru agama"..dimana letaknya tanggung
>jawab pemerintah???..sedangkan pemerintah islam itu
>mempunyai tanggung jawab yang cukup berat..
>
>Antara Tanggungjawab Pemerintah. Maksubnya
>tanggungjawab di hadapan Allah SWT dan di hadapan
>manusia. Pemerintah tidak mempunyai kuasa mutlak sama
>ada pemerintahan itu orang perseorangan atau kumpulan.
>Mereka hendaklah menjalankan pemerintahan sebagaimana
>yang dilaksanakan oleh Rasulullah SAW, yang membawa
>unsur-unsur beriman, beribadat dan berakhlak di dalam
>politiknya. Mereka juga haruslah menolak pengaruh
>kebendaan dan kepentingan duniawi. Allah SWT
>menentukan kekuasaan pemerintah sebagai pelaksana dan
>wakil yang diberi tanggungjawab oleh Allah SWT. Mereka
>juga telah diberi kepercayaan oleh rakyat, maka tiada
>di dalam Islam teori raja tidak melakukan kesalahan.
>Pemerintah juga diamanahkan oleh rakyat untuk
>menyelesaikan masalah dalam urusan mereka.
>
>Firman Allah SWt yang bermaksud:
>
>"Sesungguhnya Allah menyuruh kamu menyampaikan amanat
>kepada orang yang berhak kepadanya dan menyuruh kamu
>apabila menetapkan hukum di antara manusia supaya kamu
>menetapkan dengan adil. Sesungguhnya Allah memberi
>pengajaran yang sebaik-baiknya kepada kamu,
>sesungguhnya Allah Maha mendengar lagi Maha Melihat"
>
>
>Perhatikanlah pula ucapan Omar bin Abdul Aziz, seorang
>Khalifah yang memerintah selepas zaman Nabi dan zaman
>para sahabat sebagai bukti kewujudan pemerintahan
>Islam yang berjaya selepas generasi pertama. Di
>antaranya beliau berkata yang bermaksud:
>
>"Adapun selepas itu, maka sesungguhnya tiada lagi Nabi
>selepas Nabi kamu Muhammad SAW dan tiada lagi kitab
>selepas Kitab (al-Quran) yang diturunkan kepadanya."
>
>" Ingatlah, sesungguhnya apa yang dihalalkan oleh
>Allah Azzawajalla tetap halal hingga ke hari kiamat
>dan apa yang diharamkan oleh Allah tetap haram hingga
>ke hari kiamat."
>
>" Ingatlah sesungguhnya tidak harus bagi seseorang itu
>taat dalam perkara derhakakan Allah Azzawajalla."
>
>"Ingatlah, sesungguhnya aku bukanlah orang yang paling
>baik di kalangan kamu, tetapi Allah telah menjadikan
>aku orang yang paling berat memikul tugas."
>
>
>sekian, aku mengaji sekolah atap jer..:-))
>
>
>
>
>
>__________________________________________________
>Do You Yahoo!?
>Get personalized email addresses from Yahoo! Mail
>http://personal.mail.yahoo.com/

_________________________________________________________________________
Get Your Private, Free E-mail from MSN Hotmail at http://www.hotmail.com.


 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: "pretender my" <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke