*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
{ Sila lawat Laman Hizbi-Net - http://www.hizbi.net }
{ Hantarkan mesej anda ke: [EMAIL PROTECTED] }
{ Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] }
*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
"Sebenar-benar din ialah di sisi Allah iaitu Islam (berserah diri kepadaNya)"
terjemahan Ayat.
Allah SWTlah yang memberikan petunjuk kepada sesiapa yang dikehendakiNya, dan
menyesatkan sesiapa yang dimurkaiNya.
Di zaman Nabi SAW, para Sahabat merupakan angkatan atau barisan paling hadapan
menterjemahkan Firman Allah dan Hadis Nabi SAW dalam penghayatan aktiviti
kehidupan mereka. Justeru itu selayaknyalah mereka diperkenan dan diperangkat
Allah dengan beberapa martabat. Antaranya :
"Kamu adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan di kalangan manusia (Lantaran)
kamu mengajak manusia kepada kebaikan dan kebajikan dan mencegah manusia
daripada kemungkaran dan (bersungguh-sungguh) berIman kepada Allah". terjemahan
Ayat.
Apabila manusia berIman meninggalkan tugas dan lari dari maksud mereka
dilahirkan, maka tunggulah balasan kemurkaan Allah.
"Din itu adalah nasehat". Terjemahan Hadis.
Dalam sehari berapa lama jangka masa yang kita menfaatkan menasehatkan diri
kita. Anak-anak kita. Adik beradik kita. Sahabat, teman, rakan dan orang-orang
yang kerap kita temui. Jika usaha kita kurang daripada sejam, bermakna masih
sangat lemah dan masih boleh diperbaiki. Sehari semalam ialah 24 jam, usaha
sejam masih di bawah aras nilai kritikal ambang. 1/24 masih bernilai kurang
daripada 10 peratus.
Ramai di kalangan kita sedar, tanggungjawab dalam dakwah, bukan semata-mata
dibebankan kepada orang agama, seperti ustaz, Imam, guru agama, mubaligh agama
atau ahli dan pakar agama. Semua orang berIman adalah bertanggungjawab dan
dibebani dengan tugas tersebut. Setiap orang berIman adalah bertanggungjawab ke
atas diri sendiri, keluarganya, isi rumahnya, jiran tetanggnya dan ahli kariah
(kampong, taman atau kawasan penempatan perumahan disekitar rumahnya). Tetapi
berapa kerat yang menjalankan tugas dan tanggungjawab tersebut. Mungkin ada yang
menjalankan dan sudah pun memikulnya. Tetapi sebahagian besarnya, membiarkannya,
menyepikan diri dan mengharapkan orang lain mengambil tugas dan
tanggungjawabnya. Lebih malang lagi, masih ramai di kalangan kita berpendapat
dan merasakan tidak perlu, malahan mencegah orang lain yang berbuat dakwah dan
kebajikan...
Golongan ini merasa selamat dan terjamin sementara dalam rumahnya belum ada yang
terang-terang terjerumus mengaku murtad. Tetapi sebaik sahaja, berlaku perkara
yang tidak diingini itu ke atas salah seorang ahli anggota keluarganya atau isi
rumahnya, mereka menuding jari kepada orang lain di luar sana.
Hari ini paling ramai di kalangan kita masih menaruh harapan kepada kerajaan
untuk menangani isu murtad. Tetapi dalam masa dan tempoh yang sama, kerajaan
itulah juga yang dihentam sekular, tidak Islamik, menyeleweng dan sebagainya.
Kalau sudah kenal sangat dengan kerajaan itu, kenapakah diletakkan pengharapan
yang begitu tinggi.
Setelah kerajaan yang diharapkan itu dilihat serba tidak kena, mulalah kita
beralih pengharapan kita kepada ustaz. Sebagaimana yang kita tahu, para ustaz
berceramah, bersyarah dan berkhutbah di tempat-tempat yang orang ramai datang
itu memang datang dengan sukarela untuk menjadi baik. Tempat-tempat itu seperti
surau, musolla, masjid dan bilik atau dewan syarahan. Tetapi golongan yang hadir
itu masih kurang jika dibandingkan dengan yang tidak hadir. Golongan yang tidak
hadir yang lebih ramai itulah yang menjadi isu dan masalah yang perlu
ditangani.
Tetapi dimanakah kita dapat lihat golongan yang ramai ini bertumpu dan
menghabiskan sebahagian besar masa mereka. Golongan muda dimana? Golongan tua
dimana? Dan golongan dewasa dimana?
Nak harapkan para ustaz turun padang ke tempat lumba motor haram setiap malam
hujung minggu? Atau ke tempat peleseran di tepian pantai, taman bunga dan
sebagainya? Atau di kompleks gedung membeli belah? Berapa kerat ustaz yang
sanggup turun padang?
Terdapat salah tafsiran pada sebahagian besar daripada kita yang masih
beranggapan, bahawa cukuplah dan memadailah bagi aku, aku sudah menjadi baik
sekiranya dapat solat lima waktu di masjid/surau dan dua tiga kali dapat
seminggu dapat mengikuti kelas/kuliah agama. Aku tidak perlu menoleh ke kiri dan
kanan jiranku. Menoleh ke kiri dan kanan sepanjang perjalananku ke masjid/surau.
Aku tidak peduli hal orang lain atau kesahkan orang lain.
Orang lain hanya akan diajak apabila surau dan masjid mengadakan jamuan
kenduri/berbuka puasa/ more. Pasal nak adakan jamuan perlu kutip
duit/derma/tenaga/ sumbangan dan lain-lain yang memerlukan kos yang tinggi.
Boleh pulak?
Jadi ajakan dan seruan memang boleh dianjurkan dan dilakukan sepanjang masa.
Menyeru manusia ke arah kebaikan merupakan tanggungjawab setiap manusia berIman.
Dalam din Islam, tiada ditentukan golongan tertentu sahaja yang dibebani dengan
tanggungjawab menjaga dan memelihara agama. Tiada juga ahli agama. Yang ada
adalah setiap orang yang beragama wajib menjaga agamanya, untuk dirinya,
keluarganya, isi rumahnya dan jiran tetangganya.
Allah jua yang lebih mengetahui.
pretender my wrote:
> *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
> { Sila lawat Laman Hizbi-Net - http://www.hizbi.net }
> { Hantarkan mesej anda ke: [EMAIL PROTECTED] }
> { Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] }
> *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
> PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
> ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
> saya rasa you diantara yang boleh diklasifikasikan antara sebagai murid yang
> bijak masa kat sekolah dulu.. bermakna antara yang mudah memahami sesuatu
> dan berfikir.. tak ramai yang macam ini... tambahan pula orang melayu.. kita
> tak kata semua orang tak memahami sesuatu dengan seadanya.. tapi kita selama
> ini masih diberi anugrah untuk mendahuli orang lain dalam menggunakan daya
> berfikir dalam pelbagai bidang..
> saya pun kadang-kadang terfikir bila jumpa kawan lama yang begitu lantang
> dalam politik ini, macam dalam hizbi ini.. macam la dia orang ini sangat
> faham dan sangat arif.. dia saja yang betul... sedangkan kat sekolah dulu
> tak pandai pun.. subjek agama tak juga baik.. saya senjap je la macam orang
> bodo.. walaupun tak sependapat... saya pasti dan tak pasti yang saya lebih
> faham dari dia atau tak.. walaupun kalau dulu kita pelajar terbaik kat
> sekolah dulu.. tak mahu la bedebat... harmat kawan...
> saya rasa kat hizbi ni pun sama... level pemahaman masing-masing tak sama...
> kalau kat sekolah ada yang A,B,C,D,E,F....
>
> dalam bab murtad ini kita boleh bagi A kat Padri dan F kat Uztaz..
> melayu islam yang bijak-bijak telah terhumban ke bidang sains.. ramai kawan
> sekampung yang tak lepas sekolah kerajaan masuk sekolah agama dan pondok dan
> sekarang ramai yang bergelar uztaz dan imam.. bagaimana uztaz ini nak lawan
> padri yang mempunyai ijazah ini... pendekatan uztaz sekarang menjauhkan umat
> islam sendiri dari ugama, sedangkan si padri menarik mereka... dengar kutbah
> jumaat sekarang (dari dulu lagi) sudah cukup menjauhkan anak-anak muda dan
> remaja islam (yang hadir) untuk menjauhkan islam... saya biasa dengar kutbah
> ini " lihatlah umat islam sekarang telah meniggalkan islam, sudah tidak lagi
> mengikut Quran dan Hadis... anak-anak muda sekarang... generasi sekarang...
> teruk dll... " ini khatib selalu confirm tiap-tiap minggu.. mungkin ramai
> tak sedar yang hadir di situ juga ada remaja.. ada anak muda... mereka akan
> menerima ini sebagai reality.. mereka teruk... ustaz confirm.. ustaz
> salahkan mereka... mereka memang macam tu.. semua dia orang macam tu..
> ini menyebabkan ramai remaja tidak kemasjid.. sebab kalau pergi.. kat sana
> nanti dia orang kena kutuk.. tak sedap hati...
> cara Ustaz yang tak membawa berita gembira pada mereka ini.. diguna oleh si
> Padri inilah... jiwa remaja dan anak muda yang kosong, dinafikan kebaikan
> mereka dan memberontak.. dengan cara yang lemah lembut si Padri membelai
> mereka.. digereja mereka merasa mereka dialukan.. keaman dirasai.. hati
> naluri ingin berdamping dengan sifat ketuhanan yang kosong dan dinafikan
> terisi.. Si padri tidak kutuk mengutuk macam ustaz.. Mereka mengajak kepada
> kebaikan dan menghormati orang lain.. Padri mereka tidak berpolitik.. jadi
> mereka tidak merendahkan naluri semulajadi pendapat politik yang berbeza..
> jadi bila kegereja mereka tidak merasakan mereka duduk bersebelahan dengan
> musuh politik mereka.. atau terpaksa berada dalam Gereja Musuh politik
> mereka.. keamanan dan perpaduan dalam gereja tidak berteraskan politik..
> tetapi berteraskan keharmonian..
>
> Melayu Islam jadi murtad adalah bukti kelemahan Keluarga, Uztaz, pendakwah
> dan guru agama..
>
> saya masih ingat ada ustaz yang kata akhir zamam masjid akan tercemar
> sehigga apabila katib sedang berkutbah akan akan ada orang akan bangun
> menegur dan orang itu adalah Imam Mahadi.. bermakna kutbah boleh diguna
> untuk menghancurkan Islam itu sendiri.. kalau tidak tidak dikawal oleh Ustaz
> yang A ..
>
> kemulian dan kehancuran Islam bergantung kepada mereka yang bergelar
> Uztaz(gelaran di Malaysia) ini.
>
> Kalau nak hukum mereka yang murtad hukum para Ustaz dulu.. Ustaz telah
> menjauhkan mereka dari agama.. memisahkan mereka dari Islam..
>
> >From: [EMAIL PROTECTED]
> >To: "Lori Hantu" <[EMAIL PROTECTED]>
> >CC: [EMAIL PROTECTED]
> >Subject: Re: H-Net* Fw: FW: GEREJA MELAYU DI KL - Apa dah jadi.... (
> >Date: Wed, 11 Jul 2001 08:12:33 +0800
> >
> >
> > *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
> > { Sila lawat Laman Hizbi-Net - http://www.hizbi.net }
> > { Hantarkan mesej anda ke: [EMAIL PROTECTED] }
> > { Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] }
> > *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
> > PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
> > ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
> > Buat ape suruh mahadir jawab, apa tanggungjawab kamu lak..
> >lihat aje
> > Jangan asyik kait sesuatu peristiwa dengan mahadir sahaja.
> >Bukankah negara kita membenarkan kebebasan agama so mana
> >tanggungjawab emak bapa mereka, masyarakat sekeliling mereka
> >dan mana kamu pulak utk memastikan masyarakat kita tidak
> >bertambah murtad lagi.
> > Kalau emak bapak pun tak jalan takkan kerajaan nak robohkan
> >gereja lak.. itu bukan jalan yang terbaik... cuba kamu rasa
> >perasaan kamu bila masjid dan surau tempat kamu dirobohkan
> >oleh org bukan islam mesti kamu marah kan. Mereka pun ada
> >perasaan jugak mereka bukan robot.
> > Kita umat ISLAM yg bodoh. Lihat bagaimana Persatuan2
> >Kristian menjalankan aktiviti2 begitu tersusun baik segi kewangan
> >dan juga kebajikan umat mereka. MANA persatuan2 ISLAM kita,
> >Baitul Mal ada berjuta2 ringgit. Kenapa kita tidak boleh meniru
> >mereka. Kita asyik berbalah dan asyik salah menyalahkan antara
> >satu sama lain. Kita asyik berangan nak ujudkan negara ISLAM
> >aje tetapi kenapa pentadbiran kita masih tak tersusun lagi.
> >Macam mana org agama lain nak hormat dan percaya akan
> >kebaikan dan kebajikan agama ISLAM sebagai ad-din dan tunjang
> >pemerintahan kita.
> > Entah ler aku malas nak coret lagi, Aku macam fobia bila
> >cakap pasai murtad nie sebab mak saudara aku pun pernah
> >murtad tetapi alhamdulilah mak saudara aku dah kembali masuk
> >Islam bersama suami dan anak2 mereka. Malahan beliau juga
> >sudah mengislamkan seorang lagi baru2 nie. Berapa banyak kita
> >mengislamkan org lain dan berapa banyak kita menyelamatkan
> >umat kita daripada murtad... kita asyik cakap... cakap.... cakap
> >dan cakap tetapi tiada tindakan macam NATO ( No action Talk
> >Only) atau OIC (OOOO I See).
> >
> >On 10 Jul 2001, at 9:18, Lori Hantu wrote:
> >
> >Pengirim: [EMAIL PROTECTED]
>
> _________________________________________________________________________
> Get Your Private, Free E-mail from MSN Hotmail at http://www.hotmail.com.
>
> ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
> ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body : SUBSCRIBE HIZB)
> ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body: UNSUBSCRIBE HIZB)
> ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan )
> ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net )
> ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED] )
> ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
>
> Pengirim: "pretender my" <[EMAIL PROTECTED]>
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body : SUBSCRIBE HIZB)
( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body: UNSUBSCRIBE HIZB)
( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan )
( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net )
( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED] )
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Pengirim: hassan abdullah <[EMAIL PROTECTED]>