*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
assalamualaikum,
dalam soal murtad ni, semua pihak bertanggung
jawab.ustaz dan ustazah, ibu bapa, guru-guru dan
pemerintah ada role masing-masing.yang mengajar dan
mendidik ialah ustaz, ustazah, ibu bapa,
guru-guru,jiran-jiran dan sebagainya.

tetapi yang menyediakan environment untuk budak-budak
sehinggalah mereka dewasa- diluar rumah dan sekolah
ialah pemerintah. 

siapa yang membenarkan & melesenkan video arcade,
kasino, pub, kelab karoke, night club, dan
sebagainya?. 

siapa yang memudahkan pembelian arak, tiket loteri,
rokok,video lucah, majallah lucah dan sebagainya?. 

siapa yang memudahkan pergaulan muda mudi, rock
concert, budaya lepak, budaya barat sehingga ketahap
sekarang ini?.

kalau pemerintah mengunakan masyarakat majmuk
berbilang bangsa sebagai alasan untuk tidak mengawal
environment yang disebut diatas, itu adalah satu
alasan yang sangat lemah sekali dan hanya boleh
diterima kalau ketua negara ini adalah seorang kafir
atau penduduk negara ini majoritinya kafir.kalau
pemerintah mengawal environment yang sesuai untuk muda
mudi bolehkah keruntuhan moral terjadi sebagaimana
yang ada sekarang ini? pikir-pikirlah bersama.

wassalam.
--- hassan abdullah <[EMAIL PROTECTED]> wrote:
> 
> 
>
*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
>  {  Sila lawat Laman Hizbi-Net - 
> http://www.hizbi.net     }
>  {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]  
>       }
>  {        Iklan barangan? Hantarkan ke
> [EMAIL PROTECTED]     }
> 
>
*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
>           PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
> 
>
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
> "Sebenar-benar din ialah di sisi Allah iaitu Islam
> (berserah diri kepadaNya)"
> terjemahan Ayat.
> 
> Allah SWTlah yang memberikan petunjuk kepada sesiapa
> yang dikehendakiNya, dan
> menyesatkan sesiapa yang dimurkaiNya.
> 
> Di zaman Nabi SAW, para Sahabat merupakan angkatan
> atau barisan paling hadapan
> menterjemahkan Firman Allah dan Hadis Nabi SAW dalam
> penghayatan aktiviti
> kehidupan mereka. Justeru itu selayaknyalah mereka
> diperkenan dan diperangkat
> Allah dengan beberapa martabat. Antaranya :
> 
> "Kamu adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan di
> kalangan manusia (Lantaran)
> kamu mengajak manusia kepada kebaikan dan kebajikan
> dan mencegah manusia
> daripada kemungkaran dan (bersungguh-sungguh)
> berIman kepada Allah". terjemahan
> Ayat.
> 
> Apabila manusia berIman meninggalkan tugas dan lari
> dari maksud mereka
> dilahirkan, maka tunggulah balasan kemurkaan Allah.
> 
> "Din itu adalah nasehat". Terjemahan Hadis.
> 
> Dalam sehari berapa lama jangka masa yang kita
> menfaatkan menasehatkan diri
> kita. Anak-anak kita. Adik beradik kita. Sahabat,
> teman, rakan dan orang-orang
> yang kerap kita temui. Jika usaha kita kurang
> daripada sejam, bermakna masih
> sangat lemah dan masih boleh diperbaiki. Sehari
> semalam ialah 24 jam, usaha
> sejam masih di bawah aras nilai kritikal ambang.
> 1/24 masih bernilai kurang
> daripada 10 peratus.
> 
> Ramai di kalangan kita sedar, tanggungjawab dalam
> dakwah, bukan semata-mata
> dibebankan kepada orang agama, seperti ustaz, Imam,
> guru agama, mubaligh agama
> atau ahli dan pakar agama. Semua orang berIman
> adalah bertanggungjawab dan
> dibebani dengan tugas tersebut. Setiap orang berIman
> adalah bertanggungjawab ke
> atas diri sendiri, keluarganya, isi rumahnya, jiran
> tetanggnya dan ahli kariah
> (kampong, taman atau kawasan penempatan perumahan
> disekitar rumahnya). Tetapi
> berapa kerat yang menjalankan tugas dan
> tanggungjawab tersebut. Mungkin ada yang
> menjalankan dan sudah pun memikulnya. Tetapi
> sebahagian besarnya, membiarkannya,
> menyepikan diri dan mengharapkan orang lain
> mengambil tugas dan
> tanggungjawabnya. Lebih malang lagi, masih ramai di
> kalangan kita berpendapat
> dan merasakan tidak perlu, malahan mencegah orang
> lain yang berbuat dakwah dan
> kebajikan...
> 
> Golongan ini merasa selamat dan terjamin sementara
> dalam rumahnya belum ada yang
> terang-terang terjerumus mengaku murtad. Tetapi
> sebaik sahaja, berlaku perkara
> yang tidak diingini itu ke atas salah seorang ahli
> anggota keluarganya atau isi
> rumahnya, mereka menuding jari kepada orang lain di
> luar sana.
> 
> Hari ini paling ramai di kalangan kita masih menaruh
> harapan kepada kerajaan
> untuk menangani isu murtad. Tetapi dalam masa dan
> tempoh yang sama, kerajaan
> itulah juga yang dihentam sekular, tidak Islamik,
> menyeleweng dan sebagainya.
> Kalau sudah kenal sangat dengan kerajaan itu,
> kenapakah diletakkan pengharapan
> yang begitu tinggi.
> 
> Setelah kerajaan yang diharapkan itu dilihat serba
> tidak kena, mulalah kita
> beralih pengharapan kita kepada ustaz. Sebagaimana
> yang kita tahu, para ustaz
> berceramah, bersyarah dan berkhutbah di
> tempat-tempat yang orang ramai datang
> itu memang datang dengan sukarela untuk menjadi
> baik. Tempat-tempat itu seperti
> surau, musolla, masjid dan bilik atau dewan
> syarahan. Tetapi golongan yang hadir
> itu masih kurang jika dibandingkan dengan yang tidak
> hadir. Golongan yang tidak
> hadir  yang lebih ramai itulah yang menjadi isu dan
> masalah yang perlu
> ditangani.
> 
> Tetapi dimanakah kita dapat lihat golongan yang
> ramai ini bertumpu dan
> menghabiskan sebahagian besar masa mereka. Golongan
> muda dimana? Golongan tua
> dimana? Dan golongan dewasa dimana?
> Nak harapkan para ustaz turun padang ke tempat lumba
> motor haram setiap malam
> hujung minggu?  Atau ke tempat peleseran di tepian
> pantai, taman bunga dan
> sebagainya? Atau di kompleks gedung membeli belah?
> Berapa kerat ustaz yang
> sanggup turun padang?
> 
> Terdapat salah tafsiran pada sebahagian besar
> daripada kita yang masih
> beranggapan, bahawa cukuplah dan memadailah bagi
> aku, aku sudah menjadi baik
> sekiranya dapat solat lima waktu di masjid/surau dan
> dua tiga kali dapat
> seminggu dapat mengikuti kelas/kuliah agama. Aku
> tidak perlu menoleh ke kiri dan
> kanan jiranku. Menoleh ke kiri dan kanan sepanjang
> perjalananku ke masjid/surau.
> Aku tidak peduli hal orang lain atau kesahkan orang
> lain.
> 
> Orang lain hanya akan diajak apabila surau dan
> masjid mengadakan jamuan
> kenduri/berbuka puasa/ more. Pasal nak adakan jamuan
> perlu kutip
> duit/derma/tenaga/ sumbangan dan lain-lain yang
> memerlukan kos yang tinggi.
> Boleh pulak?
> 
> Jadi ajakan dan seruan memang boleh dianjurkan dan
> dilakukan sepanjang masa.
> Menyeru manusia ke arah kebaikan merupakan
> tanggungjawab setiap manusia berIman.
> Dalam din Islam, tiada ditentukan golongan tertentu
> sahaja yang dibebani dengan
> tanggungjawab menjaga dan memelihara agama. Tiada
> juga ahli agama. Yang ada
> adalah setiap orang yang beragama wajib menjaga
> agamanya, untuk dirinya,
> keluarganya, isi rumahnya dan jiran tetangganya.
> 
> Allah jua yang lebih mengetahui.
> 
> pretender my wrote:
> 
> > 
>
*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
> >  {  Sila lawat Laman Hizbi-Net - 
> http://www.hizbi.net     }
> >  {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]
>         }
> >  {        Iklan barangan? Hantarkan ke
> [EMAIL PROTECTED]     }
> > 
>
*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
> >           PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG
> ADIL
> > 
>
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
> > saya rasa you diantara yang boleh diklasifikasikan
> antara sebagai murid yang
> > bijak masa kat sekolah dulu.. bermakna antara yang
> mudah memahami sesuatu
> > dan berfikir.. tak ramai yang macam ini...
> tambahan pula orang melayu.. kita
> > tak kata semua orang tak memahami sesuatu dengan
> seadanya.. tapi kita selama
> > ini masih diberi anugrah untuk mendahuli orang
> lain dalam menggunakan daya
> > berfikir dalam pelbagai bidang..
> > saya pun kadang-kadang terfikir bila jumpa kawan
> lama yang begitu lantang
> > dalam politik ini, macam dalam hizbi ini.. macam
> la dia orang ini sangat
> > faham dan sangat arif.. dia saja yang betul...
> sedangkan kat sekolah dulu
> > tak pandai pun.. subjek agama tak juga baik.. saya
> senjap je la macam orang
> > bodo.. walaupun tak sependapat... saya pasti dan
> tak pasti yang saya lebih
> > faham dari dia atau tak.. walaupun kalau dulu kita
> pelajar 
=== message truncated ===


__________________________________________________
Do You Yahoo!?
Get personalized email addresses from Yahoo! Mail
http://personal.mail.yahoo.com/

 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: durian botak <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke