*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Asslamu'alaikum,

Malam minggu lepas, Mawar sempat jugak tengok bebudak Malaysia
lawan Manchester United.  Bukan pi stadium, kat TV jer.
Mawar bukanlah minat dan tau sangat bab-bab bola ni.
Tapi sebab masa tu, Mawar pi rumah sedara dgn adik (yang minat
bola), mau tak mau terpaksa juga tunggu sampai nam kosong baru
balik. Kita ni menumpang adik, tak kan nak balik naik LRT atau
Komuter pulak.  Nak tak nak, kena tunggu.

Mawar taknaklah komen pasai bebudak kita bawak balik enam biji
telur tu. MU memang bukan tandingan kita.  Mereka dah taraf
dunia dah. Cuma yang Mawar tak puas hati ialah dengan cara NTV7
menyiarkan perlawanan ini lebih-lebih lagi pengulasnya.

Si pengulas berlagak macam tukang karut asyik bercerita.
Nasib baik ada Hj. Rahman Ibrahim dapat cover kelemahannya.
Satu ketika bila Chow Chee Weng dibentes David Beckham, dia
seolah-olah bercakap dgn Chow Chee Weng yang tengah tergolek
tu dgn kata-kata " Tak mengapa Chow Chee Weng, org yg membentes
anda ialah David Beckham.  Bukan senang nak dapat beraksi dengan
David Beckham".  Inilah mentaliti orang-rang kita, kalau orang
putih buat atau pijak kepalapun tak apa. Pijaklah. Lanyaklah.
Takeklah.

Bila masuk second-half, MU dapat score sebijik lagi awal-awal
lagi.  Mulalah pengulas membebel kununnya, "saya baru saja
meniupkan semangat kepada pemain-pemain Malaysia, tup-tup dah
kena sebijik lagi".  Untuk apa nak tiupkan semangat kepada
bebudak di tengah padang tu? Bukannya boleh dengar.

Patutnya pengulas NTV7 belajar dan tengok macam mana Shaukei
Kahar ke, Hj. Zainal Abidin Rauf ke, Jasni Shafie ke buat
ulasan. Bukan cakap ikut sedap mulut.  Kalau nak sangat tiup
semangat, tiuplah kepada penonton atau adik-adik di rumah
dan nasihatkan supaya belajar dan tiru mcm mana MU main.

Satu perkataan yg kerap si pengulas ulang-ulang dua tiga kali
bila bebudak kita jatuh ialah, "ayuh, bangun si polan-polan".
Pengulas seolah-olah bercakap dengan pemain yang jatuh.

Kalau Shaukei Kahar, dia akan berkata "kita mengharapkan agar
si polan-polan dapat bangun dan meneruskan permainan dengan semangat sukan 
yang tinggi".

Satu ketika lagi, si pengulas bertanya kepada Hj. Rahman Ibrahim,
"macam mana ni Haji, hantar bola tinggi tak boleh, bola rendahpun
tak boleh.  Habis macam mana ni?"

Secara sinis Hj. Rahman jawap, "memanglah, MU bukan calang-calang
lawan. Tidak-tidaknya bebudak kita dah cuba dan ikut arahan
jurulatih".

Satu bab lain, masa belum start main lagi, si Arni Isa (?)
terkinja-kinja atas track masa interview crowd. Tak bole cool
sikit ke?

Kemdian, masa skrin TV  tayang nama-nama pegawai perlawanan
yg bertugas, terdapat kesilapan istilah. Kalau benar siaran ini
dipancar ke negara-negara jiran lain, malulah kita.

Perkataan "Substitute Referee" telah digunakan untuk Pegawai
Keempat yakni pengadil simpanan.  'Substitute' sebenarnya di khas
kan hanya untuk pemain sahaja.  Menurut Laman Web FIFA. www/fifa.com.,
(Laws of The Game 2001), istilah yg betul dalam bahasa org putih bagi 
pengadil simpanan ialah "Fourth Official" dan bukan Substitute Referee.

Last sekali, yang tak sepatutnya berlaku dan tidak pernah
dilakukan oleh mana-mana stesyen TV ialah, tidak menghormati
lagu Negaraku.  Masa Agong nak berangkat pulang dan Negaraku
dimainkan, pengulas wanita menyibuk interview Ferguson.
Mamat org putih tu seolah-olah tak nak cakap banyak kerana nak
hormati lagu kebangsaan kita. Tapi org kita?

Kita akui, ini merupakan kali pertama NTV7 diberi peluang
menyiarkan bola secara live. Tentu banyak kekurangan dan
kelemahan kerana tiada pengalaman sebelum ini. Kita
boleh terima kelemahan dan kekurangan itu.  Tapi, kalau
masa Negaraku dimainkan, pengulas di lokasi masih berjalan
dan bercakap, ini sudah lebih.  Tak kan itupun kena ajar?

Banyak lagi kalau nak tulis pasai siaran NTV7 ni.  Tapi
cukuplah. Sebab Mawar tau, ramai yg tak setuju bab-bab
bola ni diheboh-hebohkan dalam HNet ni.  Jadi, Mawar
mohon kemaafan atas keterlanjuran ini.


Wassalam.


MAWAR BERDURI


_________________________________________________________________
Get your FREE download of MSN Explorer at http://explorer.msn.com/intl.asp


 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: "mawar berduri" <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke