Cik Mawar tak teringin ke nak apply keje commentator.
-----Original Message-----
From: "mawar berduri" <[EMAIL PROTECTED]>
Date: Tue, 24 Jul 2001 03:44:51
To: [EMAIL PROTECTED]
Subject: H-Net* NTV7 dan Manchester United
>
> *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
> { Sila lawat Laman Hizbi-Net - <A HREF="http://www.hizbi.net"
>TARGET="_new"><FONT COLOR="BLUE">http://www.hizbi.net</FONT></A> }
> { Hantarkan mesej anda ke: [EMAIL PROTECTED] }
> { Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] }
> *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
> PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
> ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
> Asslamu'alaikum,
>
> Malam minggu lepas, Mawar sempat jugak tengok bebudak Malaysia
> lawan Manchester United. Bukan pi stadium, kat TV jer.
> Mawar bukanlah minat dan tau sangat bab-bab bola ni.
> Tapi sebab masa tu, Mawar pi rumah sedara dgn adik (yang minat
> bola), mau tak mau terpaksa juga tunggu sampai nam kosong baru
> balik. Kita ni menumpang adik, tak kan nak balik naik LRT atau
> Komuter pulak. Nak tak nak, kena tunggu.
>
> Mawar taknaklah komen pasai bebudak kita bawak balik enam biji
> telur tu. MU memang bukan tandingan kita. Mereka dah taraf
> dunia dah. Cuma yang Mawar tak puas hati ialah dengan cara NTV7
> menyiarkan perlawanan ini lebih-lebih lagi pengulasnya.
>
> Si pengulas berlagak macam tukang karut asyik bercerita.
> Nasib baik ada Hj. Rahman Ibrahim dapat cover kelemahannya.
> Satu ketika bila Chow Chee Weng dibentes David Beckham, dia
> seolah-olah bercakap dgn Chow Chee Weng yang tengah tergolek
> tu dgn kata-kata " Tak mengapa Chow Chee Weng, org yg membentes
> anda ialah David Beckham. Bukan senang nak dapat beraksi dengan
> David Beckham". Inilah mentaliti orang-rang kita, kalau orang
> putih buat atau pijak kepalapun tak apa. Pijaklah. Lanyaklah.
> Takeklah.
>
> Bila masuk second-half, MU dapat score sebijik lagi awal-awal
> lagi. Mulalah pengulas membebel kununnya, "saya baru saja
> meniupkan semangat kepada pemain-pemain Malaysia, tup-tup dah
> kena sebijik lagi". Untuk apa nak tiupkan semangat kepada
> bebudak di tengah padang tu? Bukannya boleh dengar.
>
> Patutnya pengulas NTV7 belajar dan tengok macam mana Shaukei
> Kahar ke, Hj. Zainal Abidin Rauf ke, Jasni Shafie ke buat
> ulasan. Bukan cakap ikut sedap mulut. Kalau nak sangat tiup
> semangat, tiuplah kepada penonton atau adik-adik di rumah
> dan nasihatkan supaya belajar dan tiru mcm mana MU main.
>
> Satu perkataan yg kerap si pengulas ulang-ulang dua tiga kali
> bila bebudak kita jatuh ialah, "ayuh, bangun si polan-polan".
> Pengulas seolah-olah bercakap dengan pemain yang jatuh.
>
> Kalau Shaukei Kahar, dia akan berkata "kita mengharapkan agar
> si polan-polan dapat bangun dan meneruskan permainan dengan semangat sukan
> yang tinggi".
>
> Satu ketika lagi, si pengulas bertanya kepada Hj. Rahman Ibrahim,
> "macam mana ni Haji, hantar bola tinggi tak boleh, bola rendahpun
> tak boleh. Habis macam mana ni?"
>
> Secara sinis Hj. Rahman jawap, "memanglah, MU bukan calang-calang
> lawan. Tidak-tidaknya bebudak kita dah cuba dan ikut arahan
> jurulatih".
>
> Satu bab lain, masa belum start main lagi, si Arni Isa (?)
> terkinja-kinja atas track masa interview crowd. Tak bole cool
> sikit ke?
>
> Kemdian, masa skrin TV tayang nama-nama pegawai perlawanan
> yg bertugas, terdapat kesilapan istilah. Kalau benar siaran ini
> dipancar ke negara-negara jiran lain, malulah kita.
>
> Perkataan "Substitute Referee" telah digunakan untuk Pegawai
> Keempat yakni pengadil simpanan. 'Substitute' sebenarnya di khas
> kan hanya untuk pemain sahaja. Menurut Laman Web FIFA. www/fifa.com.,
> (Laws of The Game 2001), istilah yg betul dalam bahasa org putih bagi
> pengadil simpanan ialah "Fourth Official" dan bukan Substitute Referee.
>
> Last sekali, yang tak sepatutnya berlaku dan tidak pernah
> dilakukan oleh mana-mana stesyen TV ialah, tidak menghormati
> lagu Negaraku. Masa Agong nak berangkat pulang dan Negaraku
> dimainkan, pengulas wanita menyibuk interview Ferguson.
> Mamat org putih tu seolah-olah tak nak cakap banyak kerana nak
> hormati lagu kebangsaan kita. Tapi org kita?
>
> Kita akui, ini merupakan kali pertama NTV7 diberi peluang
> menyiarkan bola secara live. Tentu banyak kekurangan dan
> kelemahan kerana tiada pengalaman sebelum ini. Kita
> boleh terima kelemahan dan kekurangan itu. Tapi, kalau
> masa Negaraku dimainkan, pengulas di lokasi masih berjalan
> dan bercakap, ini sudah lebih. Tak kan itupun kena ajar?
>
> Banyak lagi kalau nak tulis pasai siaran NTV7 ni. Tapi
> cukuplah. Sebab Mawar tau, ramai yg tak setuju bab-bab
> bola ni diheboh-hebohkan dalam HNet ni. Jadi, Mawar
> mohon kemaafan atas keterlanjuran ini.
>
>
> Wassalam.
>
>
> MAWAR BERDURI
>
>
> _________________________________________________________________
> Get your FREE download of MSN Explorer at <A
>HREF="http://explorer.msn.com/intl.asp" TARGET="_new"><FONT
>COLOR="BLUE">http://explorer.msn.com/intl.asp</FONT></A>
>
>
> ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
> ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body : SUBSCRIBE HIZB)
> ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body: UNSUBSCRIBE HIZB)
> ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan )
> ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net )
> ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED] )
> ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
>
> Pengirim: "mawar berduri" <[EMAIL PROTECTED]>
>
--
__________________________________________________
Get FREE 50 MB email @ http://www.AtoZasia.com
Powered by Outblaze