*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
{ Sila lawat Laman Hizbi-Net - http://www.hizbi.net }
{ Hantarkan mesej anda ke: [EMAIL PROTECTED] }
{ Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] }
*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
yea ke nie
tak silap ambe laaa...dulu ade band suffocation. band
deth metal / black metal from kelate.....and that was
almost 5-6 yrs ago....
:)
p/s tak masuk bebudak skin lagi
--- "Hassan, Haslim" <[EMAIL PROTECTED]>
wrote:
>
> BLACK METAL TAK SAMPAI KELANTAN
>
> Oleh Torek Sulong
> 23 July 2001
>
> PASIR PUTEH: Majlis Guru Besar (MGB) Kelantan
> mengesahkan murid sekolah
> rendah di negeri ini bebas daripada pengaruh
> kumpulan muzik Black Metal.
> Yang Dipertua MGB, Awang Mohamad, berkata
> perkembangan seumpama itu berjaya
> dikawal berikutan kurangnya pengedaran kaset dan
> cakera padat kumpulan muzik
> itu di pasaran.
> Bagaimanapun, katanya, pihaknya sedia bekerjasama
> dengan polis untuk
> bertindak menangani pengaruh aliran muzik itu di
> kalangan murid sekolah di
> negeri ini sebagai langkah berwaspada.
> Katanya, MGB tidak menafikan terdapat segelintir
> murid yang meminati aliran
> muzik ini sekadar untuk berhibur dan ia juga perlu
> dibendung di peringkat
> awal.
> "Murid sekolah rendah di negeri ini bebas daripada
> pengaruh aliran muzik
> Barat ini, tetapi masih memerlukan tindakan drastik
> semua guru besar, guru
> disiplin dan kaunseling sekolah melaksanakan pelan
> tindakan.
> "Ibu bapa perlu memikul tanggungjawab sepenuhnya
> termasuk memastikan minat
> dan pergaulan anak di luar kawasan sekolah," katanya
> ketika ditemui di
> majlis Mesyuarat Agung MGB Pasir Puteh, di sini,
> semalam.
> Katanya, ibu bapa juga mesti bekerjasama dengan guru
> dalam membentuk sahsiah
> murid dan tidak menafikan laporan sekolah sekiranya
> anak mereka disenaraikan
> sebagai murid bermasalah.
> Awang berkata, guru disiplin juga mesti mengemas
> kini rekod salah laku dan
> maklumat murid baru yang masuk ke sekolah
> masing-masing bagi mengesan
> pengaruh itu tidak dianuti.
> Beliau berkata, kerjasama polis perlu untuk
> menangani salah laku murid
> termasuk membantu meningkatkan penguatkuasaan dan
> pencegahan ponteng
> sekolah, lepak di pasar raya, merokok dan
> sebagainya.
> Katanya, perkembangan negatif membabitkan Black
> Metal berpunca daripada
> pengaruh rakan sebaya yang pada awalnya hanya untuk
> berhibur.
> Beliau berkata, sikap fanatik menyebabkan aliran
> muzik dan kumpulan yang
> diagung-agungkan itu menjadi anutan yang bercanggah
> dengan budaya, adat
> resam serta agama.
> "Adalah lebih baik anak-anak diberi pendedahan
> secara positif termasuk
> memandu mereka meminati aliran muzik yang bersopan,
> berbudaya dan mencintai
> identiti sendiri dengan kekuatan jati diri bangsa
> Melayu yang kukuh,"
> katanya.
>
>
http://www.emedia.com.my/z/Current_News/HM/Monday/National/20010723012507
>
<http://www.emedia.com.my/z/Current_News/HM/Monday/National/20010723012507>
>
>
__________________________________________________
Do You Yahoo!?
Make international calls for as low as $.04/minute with Yahoo! Messenger
http://phonecard.yahoo.com/
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body : SUBSCRIBE HIZB)
( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body: UNSUBSCRIBE HIZB)
( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan )
( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net )
( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED] )
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Pengirim: Azrin Kasman <[EMAIL PROTECTED]>