Siapa Penyebab
Gejala Ajaran Sesat & Sosial?
Dalam Berita
Harian hari ini (25-Julai-2001):
>>>>>>
“Malangnya, kita dapati ramai juga guru yang tidak
peduli langsung mengenai pelajaran agama, sebaliknya menumpu kepada politik
khususnya mengembangkan politik Pas, menimbulkan kebencian terhadap kerajaan, di
kalangan pelajar.
“Dengan itu, penuntut sudah jadi keliru. Mereka tidak tahu apa yang dilarang oleh agama.
Apabila datang ajaran yang bertentangan dengan agama, mereka terbawa-bawa umpamanya dalam gerakan yang ada unsur Kristian,” katanya.
Beliau berkata, dengan menggunakan perkataan anti-Crist dalam gerakan Black Metal, menyebabkan pelajar terpengaruh terutama jika mereka anti-Kristian yang sesuai dengan jiwa mereka.
“Saya dengar ada juga wanita yang pakai tudung, tetapi mengantungkan rantai yang ada salib, tapi salib terbalik. Jadi ini yang menyebabkan tuduhan kononnya ada usaha oleh orang Kristian untuk mengkristiankan budak-budak ini.
“Sebenarnya, mereka bukan hasil usaha orang Kristian, sebaliknya hasil pembawa ajaran sesat berkaitan dengan Islam sehingga mereka sanggup koyak al-Quran,” katanya.
“Dengan itu, penuntut sudah jadi keliru. Mereka tidak tahu apa yang dilarang oleh agama.
Apabila datang ajaran yang bertentangan dengan agama, mereka terbawa-bawa umpamanya dalam gerakan yang ada unsur Kristian,” katanya.
Beliau berkata, dengan menggunakan perkataan anti-Crist dalam gerakan Black Metal, menyebabkan pelajar terpengaruh terutama jika mereka anti-Kristian yang sesuai dengan jiwa mereka.
“Saya dengar ada juga wanita yang pakai tudung, tetapi mengantungkan rantai yang ada salib, tapi salib terbalik. Jadi ini yang menyebabkan tuduhan kononnya ada usaha oleh orang Kristian untuk mengkristiankan budak-budak ini.
“Sebenarnya, mereka bukan hasil usaha orang Kristian, sebaliknya hasil pembawa ajaran sesat berkaitan dengan Islam sehingga mereka sanggup koyak al-Quran,” katanya.
>>>>>>>
Laa... ke situ pulak
nya perginya!!!
Putar punya putar,
belit punya belit, akhirnya guru-guru agama jadi penyebab gejala ajaran
sesat/sosial!!!
Begitu-lah bijak
Mahathir main putar-belit...
Kesimpulannya,
Mahathir meletakkan kesalahan kepada guru-guru agama sebagai penyebab
pelajar-pelajar terjebak kedalam gejala Black Metal, anti-kristian,
dsb-nya.
Kenyataan-kenyataan
yang sasau yang memperlihatkan pemikiran Mahathir yang semakin
nyanyuk.
Sedangkan pengaruh
suasana persekitaran serta sumber-sumber media dan maklumat yang melambai-lambai
dan memanggil-manggil kearah budaya negatif melambak-lambak tidak
terkawal.
Takkan tak nampak
media-media hiburan, majalah-majalah yang melambak yang mengagungkan gaya
kehidupan barat, filem-filem barat yang mempamirkan beranika budaya kuning di
kaca tv dan juga pawagam termasuk juga iklan-iklan di kaca tv (iklan di TV
Malaysia - negara Islam, dah tak ada beza dengan iklan di negara-negara barat) ,
begitu juga akhbar-akhbar media perdana spt BH, Utusan yang begitu bersemangat
mengagung-agungkan artis-artis dan hiburan luar negara dan tempatan (ruangan
untuk hiburan dalam Utusan sendiri jauh lebih banyak muka surat daripada ruangan
agama!).
Dan siapa pulak yang
benarkan konsert-konsert rock samada artis tempatan atau pun barat diadakan di
Malaysia?
Siapa pula yang dok
benarkan pesta arak/liar sempena menyambut Millenium 2000
dulu?
Dalam Utusan
31-Disember-1999:
>>>>>>>
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad
Badawi berkata, kerajaan juga tidak boleh mengharamkan atau membatalkan
serta-merta pesta yang dijadualkan akan diadakan pada sebelah malam Jumaat itu
kerana bimbang akan timbul masalah lain pula.
''Kita nak halang macam mana. Nak batalkannya?
''Ada orang yang dah bayar duit awal-awal lagi.
Kalau kita halang mungkin jadi lebih buruk lagi dan mereka tentu tidak endah,''
katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Kabinet
Mengenai Barang-Barang Perlu di sini hari ini.
>>>>>>>
Dalam Utusan
bertarikh 17-April-2001, Mahathir ada
berkata:
>>>>>>
``Umpamanya, kita dapati di sekolah-sekolah,
penekanan dibuat tentang soal-soal agama yang menyebabkan orang-orang bukan
Islam tidak berminat untuk pergi ke sekolah kebangsaan.
Didalam artikel yang
sama:
Mac lalu, Dr. Mahathir menjelaskan orang Cina dan
India tidak berminat untuk ke sekolah kebangsaan kerana suasananya yang kurang
menarik serta bimbang anak-anak mereka akan didorong menerima adat resam orang
Melayu dan Islam.
>>>>>>
Bukankah Mahathir
sendiri yang tidak bersetuju penekanan pendidikan agama disekolah-sekolah
kebangsaan kerana memikirkan kepentingan masyarakat Cina dan India yang tidak
berminat menghantar anak-anak mereka ke sekolah
kebangsaan???
Bukankah Mahathir
sendiri yang berjaya meracuni pemikiran rakyat agar meragui dan membenci
para-para ulamak dan guru-guru agama???
Bukankah Mahathir
sendiri yang bertubi-tubi menyerang kedudukan para-para ulamak dan guru-guru
agama???
Bukankah Mahathir
sendiri yang berjaya menghilangkan kepercayaan dan mengelirukan rakyat (termasuk
pelajar) terhadap para-para ulamak dan guru agama???
Dalam Utusan
26-Mei-1999, Mahathir cuba menimbulkan kekeliruan dan
menghilangkan kepercayaan terhadap golongan ulamak:
>>>>>
''Hingga ke hari ini adalah sukar untuk mengenal
pasti ulama, tapi di Malaysia, semua orang mengaku sebagai ulama dan tafsiran
mereka bukan mengikut ajaran Islam sebaliknya, agenda politik mereka
sendiri.
''Saya yakin para ulama adalah waris kepada nabi
tapi mereka bukan maksum, bebas daripada dosa dan bukan sempurna,''
katanya.
Dr. Mahathir berkata, semua harus menerima hakikat
bahawa mereka juga membuat kesalahan termasuklah seperti ulama besar Imam
Bukhari yang mempelajari sunah rasul.
>>>>>>
