*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

---------------------- Forwarded by Siti Amanah Abd.Umar/Caradon MK
Electric-Malaysia/CARADON on 07/25/2001 04:27 PM
---------------------------


"Sanusi Awi" <[EMAIL PROTECTED]> on 07/25/2001 08:15:03 AM

To:   <[EMAIL PROTECTED]>, <[EMAIL PROTECTED]>, <putera
      jebat<[EMAIL PROTECTED]>, "Che Hasim Awang" <[EMAIL PROTECTED]>,
      "Mariani Noor Suhud" <[EMAIL PROTECTED]>, "Raja Normawati Raja
      Ayob" <[EMAIL PROTECTED]>, "Raja Zaiton Raja Adam"
      <[EMAIL PROTECTED]>, "Yong Razidah Rashid" <[EMAIL PROTECTED]>,
      <[EMAIL PROTECTED]>
cc:
Subject:  Fwd: Pinggan untuk ayah.......


Received: from pwd.jkr.gov.my by krc00.jkr.gov.my; Tue, 24 Jul 2001
10:56:07 +0800
Received: from [161.142.35.50] by pwd.jkr.gov.my          via smtpd (for
krc00.jkr.gov.my [172.17.0.29]) with SMTP; 24 Jul 2001 02:52:36 UT
Received: from maram01d.mara.gov.my (maram01d [172.16.30.14])     by
mara.gov.my (8.9.3/8.9.3) with ESMTP id KAA12657;  Tue, 24 Jul 2001
10:34:03 -0800 (GMT)
Subject: Pinggan untuk ayah.......
To: [EMAIL PROTECTED], [EMAIL PROTECTED], [EMAIL PROTECTED],
[EMAIL PROTECTED], [EMAIL PROTECTED], [EMAIL PROTECTED],
[EMAIL PROTECTED], [EMAIL PROTECTED], [EMAIL PROTECTED],
[EMAIL PROTECTED], [EMAIL PROTECTED], [EMAIL PROTECTED],
[EMAIL PROTECTED], [EMAIL PROTECTED]
X-Mailer: Lotus Notes Release 5.0.3 (Intl) 21 March 2000
Message-ID: <[EMAIL PROTECTED]>
From: [EMAIL PROTECTED]
Date: Mon, 23 Jul 2001 10:40:47 +0800
X-MIMETrack: Serialize by Router on MARAM01D/S/MARA(Release 5.0.3 (Intl)|21
March 2000) at 24/07/2001 10:40:51 AM
MIME-Version: 1.0
Content-type: text/plain; charset=us-ascii


----- Forwarded by Alimah Bt Paino/PMNWP/MARA on 07/23/01 10:33 AM -----


Seorang lelaki tua yang baru kematian isteri tinggal bersama anak-anaknya.
Arwan
dan menantu perempuannya, Rina serta anak pasangan itu, Viva yang berusia
enam
tahun. Keadaan lelaki tua itu agak uzur, jari-jemarinya sentiasa
menggeletar
dan
pandangan pula semakin hari semakin kabur. Malam pertama berpindah ke rumah

anaknya, mereka makan malam bersama.Lelaki tua
merasa kurang selesa menikmati hidangan di meja makan. Dia merasa amat
canggung
menggunakan sudu dan garpu. Selama ini dia gemar bersila tapi di rumah
anaknya
dia tiada pilihan.
Cukup sukar dirasakannya, sehingga makanan bersepah tanpa dapat dikawal.
Bukan
dia tidak merasa malu berkeadaan begitu di depan anak menantu, tetapi dia
gagal
menahannya.Lantaran kerap benar dijeling menantu, seleranya patah. Dan
tatkala
dia mencapai gelas minuman, pegangannya terlucut.
Prannnnggg....!!! Bertaburan kaca di lantai. Dia bangun cuba mengutip
serpihan
gelas itu, tapi Arwan melarangnya. Rina masam mencuka. Viva pula kesian
melihat
datuknya, tapi dia hanya melihat, kemudian makan semula.
"Esok ayah tak boleh makan bersama kita," Viva mendengar ibunya berkata
pada

ayah, sebaik datuknya menghilangkan diri ke dalam bilik. Arwan hanya
membisu.
Namun sempat anak kecil itu merenung tajam ke dalam mata Arwan.
Sebagai memenuhi tuntutan Rina, Arwan membeli sebuah meja kecil yang
rendah,

lalu diletakkan di suatu sudut bilik makan. Di situlah ayahnya menikmati
hidangan bersendirian, sambil anak menantu makan di meja berhampiran. Viva
pula
dihalang apabila dia merengek mahu makan dengan datuknya.
Air mata lelaki tua meleleh mengenang nasibnya diperlakukan begitu. Ketika
itu
dia teringat kampung halaman yang ditinggalkan. Dia terkenang arwah
isterinya.
Lalu perlahan-lahan dia berbisik: "Miah... buruk benar layanan anak kita
pada
abang."
Sejak itu, lelaki tua merasa tidak selesa tinggal di situ. Hari-hari dia
diherdik kerana menumpahkan sisa makanan. Dia perlakukan seperti hamba.
Pernah
dia terfikir untuk lari dari situ, tetapi mengenangkan cucunya, dia menahan

diri.
Suatu malam, Viva terperanjat melihat datuknya makan menggunakan pinggan
kayu,
begitu juga gelas minuman yang diperbuat daripada buluh. Dia cuba
mengingat-ingat, di manakah dia pernah melihat pinggan seperti itu.
"Oh!Ya..."bisiknya.
Viva teringat semasa berkunjung ke rumah sahabat papanya dia melihat tuan
rumah
itu memberi makan kucing-kucing mereka menggunakan pinggan yang sama.
"Taklah pecah lagi, kalau tak, nanti habis pinggan-mangkuk mama," kata Rina

apabila anaknya bertanya.
Masa terus berlalu. Walaupun makanan berselerak setiap kali waktu makan,
tiada
lagi pinggan atau gelas yang pecah. Apabila Viva merenung datuknya yang
sedang
menyuap makanan, kedua-duanya hanya berbalas senyuman.
Seminggu kemudian, sewaktu pulang dari bekerja, Arwan dan Rina terperanjat
melihat anak mereka sedang bermain dengan kepingan-kepingan kayu.Viva
seperti
sedang membuat sesuatu.Ada penukul, gergaji dan pisau di sisinya.
"Eh, apa sayang buat ni? Berbahaya main benda-benda ni," kata Arwan menegur

manja anaknya. Dia sedikit hairan bagaimana anaknya dapat mengeluarkan
peralatan
itu, sedang ia disimpan di dalam stor.
"Nak buat pinggan, mangkuk dan gelas untuk ayah dan mama. Bila Viva besar
nanti,
taklah susah cari. Kesian ayah, terpaksa ke bandar beli pinggan atuk," kata

Viva.
Gamam mendengar jawapan anaknya, Arwan terkedu. Perasaan Rina
terusik.Jawapan
Viva menusuk seluruh tangkai jantung dirasa seperti dihiris sembilu. Mereka

benar-benar rasa bersalah!
Malam itu Arwan memimpin tangan ayahnya ke meja makan. Rina menyenduk nasi
dan
menuang minuman ke dalam gelas. Nasi yang tumpah tidak dihiraukan. Viva
beberapa
kali memandang ibunya, kemudian ayah dan akhir sekali wajah datuknya.
Dia tidak bertanya, cuma tersenyum bagi menyatakan rasa seronok duduk
bersebelahan datuknya di meja makan. Lelaki tua itu juga tidak tahu kenapa
anak
menantunya tiba-tiba berubah.
"Esok...Viva nak buang pinggan kayu tu, kalau simpan pun nak buat apa?"
kata

Viva pada ayahnya selepas makan. Arwan hanya mengangguk, tetapi dadanya
terus
sebak.

Petikan dari Mastika






















***************************************************************************
THIS E-MAIL AND ANY ATTACHED FILES ARE CONFIDENTIAL, PROTECTED BY COPYRIGHT
AND MAY BE LEGALLY PRIVILEGED.  If you are not the intended addressee or
have received the e-mail in error, any use of this e-mail or any copying,
distribution or other dissemination of it is strictly prohibited. If you
have received this transmission in error, please notify the sender
immediately and then delete the e-mail. E-mail cannot be guaranteed to be
secure, error free or free from viruses. Neither the sending company nor
its group of companies accepts any liability whatsoever for any loss or
damage which may be caused as a result of the transmission of this message
by e-mail. If verification is required, please request a hard copy version.
***************************************************************************


 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: [EMAIL PROTECTED]

Kirim email ke