*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
{ Sila lawat Laman Hizbi-Net - http://www.hizbi.net }
{ Hantarkan mesej anda ke: [EMAIL PROTECTED] }
{ Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] }
*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Salam,
Lebih baik tersungkur dlm menegakkan keadilan dari
menang dlm menegakkan kemungkaran.
----- Original Message -----
From: Charles Rundi
To: [EMAIL PROTECTED] ; [EMAIL PROTECTED]
Cc: [EMAIL PROTECTED] ; [EMAIL PROTECTED]
Sent: Sunday, July 29, 2001 9:01 PM
Subject: Re: H-Net* tersungkur nya keadilan dilikas
Assalamu'alaikum.
He he, rilex la brader. Apa yang berlaku di Likas cuma satu kemenangan yang tertunda.
Apapun, terimakasih atas komen anda. Kalau nak cerita bab calun ni, panjang citernya.
Daripada bab kompromi, sampai ke bab strategi, saya rasa perkara gopoh tidak timbul,
kerana nama calon keadilan itu berada di tangga keempat pada senarai awal calon� yang
dipertimbangkan. So, kalau nak citer, panjang la.....
Tapi yang amat ketara, kita kekurangan jentera dan kewangan. Kita tidak mempunyai
cawangan di Likas. Kita asing di bumi Likas. Kita mendapat bantuan rakan� dari parti
PAS, tapi masih tak cukup untuk menang. Tapi harus diingat, kita bukan saja melawan
jentera barisan nasional, malah kita juga melawan jentera� kerajaan. Dalam kekurangan
dan keterasingan itu, kita gempur jugak seluruh pelusuk bumi Likas. Lontaran batu
pemuda� Umno tidak pernah melunturkan semangat manusia� bersemangat Jebat. Barisan FRU
di ceramah� keadilan tidak pernah menakutkan ribuan yang hadir. Malah bumi Likas terus
dihidang laungan keramat "Reformasi"
Yang malangnya, malam 20hb, turun pulak hujan ringgit di bumi Likas. Esok pagi, hari
mengundi, turun lagi hujan ringgit. Kami sudah melakukan apa yang terdaya kami. Kalau
kami kalah, itu yang terbaik menurut ilmu Allah. Tapi kalau Allah sudah mahu
menggubah, pemimpin mana yang mampu menghalang kuasa Allah?!!!
Saya pergi ke universiti, orang hairan, macam mana KeAdilan boleh kalah? Saya tanya
kenapa. Dia kata, "Dah cantik dah!, Aku tengok BN mesti kalah!!". Yang lain
berkata "Macam mana dia boleh dapat 1724 undi? PBS dah lama dah di Sabah ni,
dapat 2 ribu lebih skit jer. KeAdilan baru berapa hari, dapat 1724 undi. Ingat dia
testing jer ni, 2004 BN mesti kalah". Demi Allah, saya tak tipu. Saya jumpa satu
lecturer, dia kata, "Wan, ini bohong semua ni. Semua tipu, pakai duit ni."
Saya tanya, "habis uztazah pilih mana?" Dia kata "Kita mesti tegakkan
KeAdilan" Ha...tu dia. Malam setelah diistiharkan keputusan, Yong Teck Lee pun
berkata "Sepanjang karier saya, saya tidak pernah mendapat tentangan sehebat
ini" He he, tidak keterlaluan kalau saya katakan, kepala dia tambah botak dengan
serangan parti keAdilan, tak boleh tidur malam ......
So, rilex la brader erk. Bab bab merajuk ni, budak hingusan punya citer la. Kita tak
main bab merajuk ni. Kalau nak merajuk, balik duduk rumah la. Sekalipun kita kalah,
kita bangga. Kita berusaha sehabis daya, tanpa mengharap wang ringgit, tanpa perlu
membeli undi. Kalah hari ini, esok kita lawan lagi, tak bulan ini, bulan depan, tak
tahun ini, tahun depan. Begitulah seterusnya, selagi ada bulan dan matahari, kita
lawan tetap lawan!
So, jangan marah erk. He he he he, semoga Allah panjang umur kita. Kita sama sama
tengok, 2004.....dari Perlis sampai ke Sabah, kita robah satu negara!
Salam Reformasi
Ketua Pemuda, Parti Keadilan Nasional, Libaran, Sabah.
--
_______________________________________________
FREE Personalized E-mail at Mail.com
http://www.mail.com/?sr=signup
Talk More, Pay Less with Net2Phone Direct(R), up to 1500 minutes free!
http://www.net2phone.com/cgi-bin/link.cgi?143
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body : SUBSCRIBE HIZB)
( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body: UNSUBSCRIBE HIZB)
( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan )
( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net )
( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED] )
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Pengirim: "apa nama" <[EMAIL PROTECTED]>