Maaf kerana email ada virus semalam dan saya telah scan & clean the virus. 
 
Assalamu'alaikum wbth
 
Di sini saya ini ketengahkan mengenai akhlak remaja yang dikatakan melayu islam yang amat mencemarkan di sekitar bangunan kebanggaan negara KLCC. (mungkinkah mereka adik kita, anak kita, anak pemimpin kerajaan, anak pegawai kerajaan etc).
 
Pada petang tadi setelah saya habis meeting di KLCC, di dalam perjalanan pulang sempat saya melalui di sekitar kawasan restoran Dome di KLCC dan didapati ramai remaja melayu berkumpul di kawasan itu dan didapati kebanyakannya masih bersekolah, ada yang berpakaian ala punk...black metal...hip hop sexy (buruk sangat kelakuannya) dll lagi..percampuran remaja lelaki dan perempuan tanpa segan silu dan berpelukan...... amat ketara sambil menghisap rokok tanpa menghirau orang lalu lalang di sekitarnya. Saya amat terkejut dengan keadaan ini.  Saya ingin bertanya adakah undang-undang sivil (sebab undang-undang Islam tidak/belum dilaksanakan lagi) yang melarang keadaan ini dan siapakah yang patut mengambil tindakan...??? Kerana saya dapati security guard hanya lihat dan tiada kuasa untuk buat apa-apa.  Ini berlaku di waktu week days iaitu hari persekolahan...kalau hujung minggu mungkin lagi teruk...
 
Di dalam suasana usaha hangat kerajaan memerangi black metal......atau adakah ini hanya hangat-hangat tahi ayam atau hanya untuk political mileage atau memang nak merosakkan akhlak remaja melayu....jika tiada enforcement yang menyeluruh tiada perubahan akan berlaku dan akhlak remaja kita yang akan menjadi pemimpin di masa hadapan semakin tercemar dengan masalah sosial yang dahsyat ini.
 
Ini ditambah dengan konsert "Scorpion" yang dibenarkan (adakah disebabkan Norman KRU adalah orang kuat pemuda sebuah pertubuhan politik maka ianya dibenarkan)....walaupun lagunya didapati bersih daripada unsur-unsur pemujaan, syaitan etc tetapi ia menjurus ke arah menambahkan permasalahan akhlak remaja khususnya melayu islam.  Ini biasa berlaku di konsert-konsert yang lepas seperti pakaian tidak sopan (sexy), percampuran bebas, seks bebas selepas konsert, arak selepas konsert dan budaya yang di bawa oleh kumpulan "Scorpion" itu sendiri.  Adakah kita hanya mementingkan keuntungan wang ringgit dan politikal mileage yang sementara di dunia ini sahaja ....dengan menggadaikan prinsip Islam, maruah ketimuran, maruah bagi yang mewar-warkan Malaysia sebagai negara Islam dll.  Ini ditambah dengan promosi di radio dan tv yg bersubahat (menjawablah enkorang di akhirat nanti). 
 
Di manakah peranan pihak Kerajaan yang memerintah (kalau hanya setakat memberi kenyataan di akhbar dan TV tanpa perlaksanaan tak guna jugak), JAKIM, IKIM, JAWI, Kem. Belia, Polis (yg dikatakan antara yang terbaik di dunia) dan pihak-pihak lain yang terlibat di dalam membanteras gejala sosial ini dari terus menular.  Dan bagi pihak yang melaksanakan enforcement/penguatkuasaan atau hanya setakat kaunseling sahaja tiada mencukupi.        
 
Melihat keadaan ini, timbul pula perasaan takut ianya akan terjadi kepada anak-anak kita sendiri...sebab itu tadi, kawan saya yang berbangsa cina pun mengatakan hendak menghantar anak belajar ke sekolah di kampong.. takut dengan keadaan di sini. (paling memalukan tadi, ramai remaja melayu  dari bangsa lain - melayu boleh)..
 
Berbuatlah sesuatu yang terdaya untuk memerangi gejala ini sebagai seorang hamba yang taat kepadaNya.  Janganlah diharapkan orang yg mementingkan diri sendiri, mementingkan politikal mileage, materialistik, kesenangan sementara, pangkat/kedudukan dll.
 
Ingatlah...pastikan keluarga kita tidak terjebak dengan gejala ini dan konsert yang melalaikan itu...pastikan anak-anak anda berada di rumah atau di tempat yang selamat semasa konsert tersebut.  Jika tidak... menjawablah kita di hadapan Rabbul Jalil (Allah SWT) kerana membenarkan diri kita, keluarga kita terjebak dengan perkara yg dimurkai Allah SWT.  Dan ingatlah NIAT TIDAK MENGHALALKAN CARA....
 
Wassalam.       
Ibnu Sholeh

Kirim email ke