*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
a'kum

sekadar menyampuk...

tu sebab namanya Me"layu". Jangan terperanjat tu le
namanya evolusi macam gak teori darwin .... sapa kate
orang melayu takut...tak boleh buat itu ini..Haaa tu
lee buktinya....bukan takat tu aje....banyakkk lagi yg
kita tak nampak....kalau dulu orang melayu malu nak
beromen kat khalayak ramai...laa nie lain plak
ceritanyaaa. yg duduk sekedudukan pun ramai dah...tak
malu plak tu kat pakcik makcik jiran kat sebelah
rumah.

buat ape nak ukum. mendidik kan lagi bagus....biar
bagi paham mana baik mane buruk.....kalau setakat
menghukum...bukannya tambah baik tambah MENTAL lagi
ade leee

p/s setau saya le bebudak Black MENTAL nie tak tau nak

    lelepak kat tetempat exclusive cam kat Dome KLCC 
    tu

--- Ahmad Khairi <[EMAIL PROTECTED]> wrote:
> Maaf kerana email ada virus semalam dan saya telah
> scan & clean the virus.  
> 
> Assalamu'alaikum wbth
>  
> Di sini saya ini ketengahkan mengenai akhlak remaja
> yang dikatakan melayu islam yang amat mencemarkan di
> sekitar bangunan kebanggaan negara KLCC. (mungkinkah
> mereka adik kita, anak kita, anak pemimpin kerajaan,
> anak pegawai kerajaan etc).
>  
> Pada petang tadi setelah saya habis meeting di KLCC,
> di dalam perjalanan pulang sempat saya melalui di
> sekitar kawasan restoran Dome di KLCC dan didapati
> ramai remaja melayu berkumpul di kawasan itu dan
> didapati kebanyakannya masih bersekolah, ada yang
> berpakaian ala punk...black metal...hip hop sexy
> (buruk sangat kelakuannya) dll lagi..percampuran
> remaja lelaki dan perempuan tanpa segan silu dan
> berpelukan...... amat ketara sambil menghisap rokok
> tanpa menghirau orang lalu lalang di sekitarnya.
> Saya amat terkejut dengan keadaan ini.  Saya ingin
> bertanya adakah undang-undang sivil (sebab
> undang-undang Islam tidak/belum dilaksanakan lagi)
> yang melarang keadaan ini dan siapakah yang patut
> mengambil tindakan...??? Kerana saya dapati security
> guard hanya lihat dan tiada kuasa untuk buat
> apa-apa.  Ini berlaku di waktu week days iaitu hari
> persekolahan...kalau hujung minggu mungkin lagi
> teruk...
>  
> Di dalam suasana usaha hangat kerajaan memerangi
> black metal......atau adakah ini hanya hangat-hangat
> tahi ayam atau hanya untuk political mileage atau
> memang nak merosakkan akhlak remaja melayu....jika
> tiada enforcement yang menyeluruh tiada perubahan
> akan berlaku dan akhlak remaja kita yang akan
> menjadi pemimpin di masa hadapan semakin tercemar
> dengan masalah sosial yang dahsyat ini.
>  
> Ini ditambah dengan konsert "Scorpion" yang
> dibenarkan (adakah disebabkan Norman KRU adalah
> orang kuat pemuda sebuah pertubuhan politik maka
> ianya dibenarkan)....walaupun lagunya didapati
> bersih daripada unsur-unsur pemujaan, syaitan etc
> tetapi ia menjurus ke arah menambahkan permasalahan
> akhlak remaja khususnya melayu islam.  Ini biasa
> berlaku di konsert-konsert yang lepas seperti
> pakaian tidak sopan (sexy), percampuran bebas, seks
> bebas selepas konsert, arak selepas konsert dan
> budaya yang di bawa oleh kumpulan "Scorpion" itu
> sendiri.  Adakah kita hanya mementingkan keuntungan
> wang ringgit dan politikal mileage yang sementara di
> dunia ini sahaja ....dengan menggadaikan prinsip
> Islam, maruah ketimuran, maruah bagi yang
> mewar-warkan Malaysia sebagai negara Islam dll.  Ini
> ditambah dengan promosi di radio dan tv yg
> bersubahat (menjawablah enkorang di akhirat nanti). 
>  
> Di manakah peranan pihak Kerajaan yang memerintah
> (kalau hanya setakat memberi kenyataan di akhbar dan
> TV tanpa perlaksanaan tak guna jugak), JAKIM, IKIM,
> JAWI, Kem. Belia, Polis (yg dikatakan antara yang
> terbaik di dunia) dan pihak-pihak lain yang terlibat
> di dalam membanteras gejala sosial ini dari terus
> menular.  Dan bagi pihak yang melaksanakan
> enforcement/penguatkuasaan atau hanya setakat
> kaunseling sahaja tiada mencukupi.        
>  
> Melihat keadaan ini, timbul pula perasaan takut
> ianya akan terjadi kepada anak-anak kita
> sendiri...sebab itu tadi, kawan saya yang berbangsa
> cina pun mengatakan hendak menghantar anak belajar
> ke sekolah di kampong.. takut dengan keadaan di
> sini. (paling memalukan tadi, ramai remaja melayu 
> dari bangsa lain - melayu boleh)..
>  
> Berbuatlah sesuatu yang terdaya untuk memerangi
> gejala ini sebagai seorang hamba yang taat
> kepadaNya.  Janganlah diharapkan orang yg
> mementingkan diri sendiri, mementingkan politikal
> mileage, materialistik, kesenangan sementara,
> pangkat/kedudukan dll.
>  
> Ingatlah...pastikan keluarga kita tidak terjebak
> dengan gejala ini dan konsert yang melalaikan
> itu...pastikan anak-anak anda berada di rumah atau
> di tempat yang selamat semasa konsert tersebut. 
> Jika tidak... menjawablah kita di hadapan Rabbul
> Jalil (Allah SWT) kerana membenarkan diri kita,
> keluarga kita terjebak dengan perkara yg dimurkai
> Allah SWT.  Dan ingatlah NIAT TIDAK MENGHALALKAN
> CARA....
>  
> Wassalam.        
> Ibnu Sholeh
> 


__________________________________________________
Do You Yahoo!?
Make international calls for as low as $.04/minute with Yahoo! Messenger
http://phonecard.yahoo.com/

 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: Azrin Kasman <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke