*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Assalamualaikum,

Malam tadi (2/8/01) saya mendengar Dr Mahathir berkhutbah mengenai perlunya kita 
bersikap toleransi atau pun bertolak ansur demi menjaga keharmonian perpaduan kaum di 
Malaysia. Saya setuju dengan cakap beliau itu; lagi pun selama ini memang banyak pun 
benda yang orang2 Melayu telah lakukan demi mengekalkan sikap toleransi yang 
diperkatakan itu. Saya sendiri secara individu walau pun kadang2 ada rasa marah bila 
orang mempermainkan anak-anak bangsas aya, tapi demi keharmonian negara, jarang saya 
luahkan secara terbuka.

Malangnya, setelah hampir berdekad lamanya saya menyimpan rasa itu, minggu ini saya 
tidak tertahan lagi; membaca berita demi berita mengenai penghapusan sistem quota 
kemasukan bumiputera ke bangku Universiti membuatkan jiwa saya jadi panas, mendidih 
membara. Sebagai seorang individu bumiputera berbangsa Melayu, saya jadi cukup marah, 
cukup terkilan dan rasa benar-benar dikhianati oleh pemimpin bangsa saya sendiri.

Dr Mahathir memberikan alasan berikut apabila ditanya kenapa beliau tergamak 
memperkenalkan sistem Meritokrasi yang dalam bahasa Malaysianya bermakna "Penghapusan 
Sistem Quota"  untuk anak-anak bumiputera masuk ke Universiti::

"Menurut Perdana Menteri, menerusi dasar itu diharap mereka dapat  menumpukan kepada 
pelajaran dan mencapai kelulusan lebih baik. ``Kita perlu ambil tindakan untuk 
memperingati bahawa kalau mereka tidak                    berusaha, tidak ada tempat 
bagi mereka,'' katanya. [Utusan Malaysia 3/8/01]

PIIRAHH!!! - DULU PUN MASA NAK HAPUSKAN BIASISWA UNTUK DIGANTIKAN DENGAN PINJAMAN 
PENDIDIKAN, ALASAN YANG SAMA JUGA DEPA BERIKAN!!

Dulu, depa kata budak-budak Melayu lemah sebab diberikan biasiswa secara percuma. Bila 
dah dapat biasiswa secara percuma, budak-budak Melayu tak appreciate ataupun tak 
menghargai pemberian tersebut; jadi mereka yang empunya kuasa pun menukarkan biasiswa  
menjadi pinjaman.  Alasan yang diberikan kepada kami ketika itu lebih kurang serupa 
sahaja dengan alasan Dr Mahathir di atas:

"Menerusi dasar itu diharap mereka dapat  menumpukan kepada pelajaran dan mencapai 
kelulusan lebih baik"

Untuk menyedapkan hati kami ketika itu, mereka menyatakan bahawa Pinjaman itu boleh 
ubah jadi biasiswa jika mendapat kelulusan yang cemerlang seperti mendapat CGPA above 
3.25 misalnya; tapi
lama kelamaan bila Melayu sudah lupa sejarah, pinjaman itu bukan lagi ditukar jadi 
biasiwa, tapi ditokok tambah pula menjadi sistem RIBA 4% serba satu!!!

SEKARANG PULAK DEPA NAK BUAT BENDA YANG SAMA KEPADA SISTEM QUOTA; KONONNYA SUPAYA 
PELAJAR MELAYU PULUN BELAJAR - TAPI, PERCAYALAH TUAN-TUAN DAN PUAN PUAN, SAMA SAJA 
SEPERTI CERITA BIASISWA DI ATAS, AKHIRNYA SISTEM QUOTA INI AKAN TERHAPUS BUAT 
SELAMA-LAMANYA. 

Maka, Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu versi asal akan tinggal menjadi bahan 
sajarah di Muzium Negara - untuk renungan seluruh anak bangsa dan cucu cicit kita 
mendatang.

Oh ya, untuk  pengetahuan adik-adik yang masih di bangku sekolah atau pun 
mereka-mereka yang jahil tentang sejarah; ingin dinyatakan di sini bahawa Hak Istimewa 
Orang Melayu ini adalah hasil perjanjian Pemimpin-Pemimpin Melayu yang terdahulu 
dengan Pemimpin-Pemimpin Masyarakat Bukan Melayu semasa perjanjian untuk mencapai 
kemerdekaan tempoh hari. Dalam Perjanjian tersebut, orang-orang Melayu bersetuju 
memberi taraf kerakyatan kepada orang-orang bukan Melayu dengan syarat anak-anak 
Melayu turun temurun akan diberi hak Istimewa yang kemudian dicatat dalam Perlembagaan 
sebagai Hak-Hak Istimewa Orang Melayu. Antara hak-hak istimewa tersebut ialah Hak 
Untuk Anak-Anak Melayu Mendapat pendidikan di Univerisit-Universiti seperti pemberian 
biasiswa (bukan pinjaman!!!) dan quota untuk masuk ke Intitut Pengajian Tinggi.

JIKA HAK-HAK ISTIMEWA BANGSA MELAYU INI NAK DIHAPUSKAN, MAKA SEBAGAI ANAK MELAYU 
GENERASI BARU, KITA CADANGKAN - BERDASARKAN PERJANJIAN KEMERDEKAAN TERSEBUT - TARAF 
KERAKYATAN UNTUK  ORANG2 CINA DAN INDIA JUGA TURUT DIHAPUSKAN!!

Sayugia juga dicatatkan di sini bahawa saya adalah salah seorang individu yang sempat 
merasai nikmat biasiswa sebagai hak istimewa orang Melayu sebelum ianya dihapuskan dan 
ditukarkan kepada pinjaman pendidikan.

Secara ikhlas, saya benar-benar keciwa kerana biasiswa yang menjadi milik serata 
bangsa Melayu telah dihapuskan dan diganti dengan pinjaman pendidikan. Alasan yang 
diberikan pada mulanya dapat diterima akal; tetapi setelah hampir 2 dekad kita 
kehilangan hak istimewa itu; saya mula dapat melihat bahawa menghapuskan biasiswa dan 
digantikan dengan pinjaman, dengan alasan kononnya untuk meningkatkan pencapaian 
akademik pelajar2 Melayu adalah pembohong semata-mata.

Kerana itu, apabila alasan yang sama mereka berikan untuk menghapuskan quota kemasukan 
ke Universiti ini; kononnya supaya pelajar-pelajar Melayu lebih berusaha untuk 
meningkan pencapaian akademik untuk berebut masuk dengan kaum lain ke Universiti, 
dalam apa yang dikatakan sebagai sistem Meritokrasi, maka saya sebagai seorang insan 
yang mengalami sendiri zaman peralihan biasiswa kepada pinjaman pendidikan; aci potong 
jari saya katakan - berdasarkan kes penghapusan biasiswa itu tadi, pencapaian akademik 
budak-budak Melayu masih akan tetap di tahap itu.

YANG PASTINYA -  MENGHAPUSKAN QUOTA BUMIPUTERA KE UNIVERSITI ADALAH SATU MALA PETAKA 
BESAR BUAT ANAK-ANAK MELAYU DAN GENERASI MENDATANG!!

Yang beruntungnya ialah orang-orang Cina; dalam minggu ini juga di kala kita sedang 
bergelut dengan isu penghapusan quota anak-anak Melayu, orang-orang Cina melalui MCA 
pula sedang sibuk dengan penubuhan Universiti Cina yang pertama di Malaya iaitu UTAR 
(Universiti Tunku Abdul Rahman).  Di kala pemimpin-pemimpin politik Melayu melalui 
UMNO sedang bergelut memikirkan cara bagaimana hendak merealisasikan sistem 
Meritokrasi (No Quota) ini, pemimpin2 Cina melalui MCA pula sedang sibuk menguruskan 
kepulangan cendiakawan-cendiakawan rakyat Malaysia berbangsa Cina di luar negeri untuk 
pulang menyumbang khidmat di UTAR. Buktinya, lihatlah sendiri petikan kenyataan Ling 
Leong Sik di bawah:

"To a question, he said several lecturers working abroad had made  enquiries as to 
whether their services were needed at Utar. "We are happy with the enquiries and some 
have returned home to advise the party on how the university syllabus and human 
resources development must be planned," he said.. [The Star 30/7/01]

Sebagai seorang individu Melayu yang melihat dengan mata kepala sendiri bagaimana 
peritnya anak-anak Melayu ditindas dan dicantas dalam sektor swasta, dada saya 
bagaikan dirobek-robek bila membaca berita penubuhan UTAR yang dikuti dengan berita 
duka penghapusan quota bumiputera selang beberapa hari selepas itu.

TIDAK DAPAT TIDAK, TERPAKSA SAYA KATAKAN BAHAWA PENGHARAMAN SIRI-SIRI CERAMAH 
PEMBANGKANG SECARA MENDADAK AWAL MINGGU INI, SEBENARNYA  ADALAH SATU MUSLIHAT 
TERSENDIRI OLEH PIHAK PEMERINTAH UNTUK MENGELAKKAN ORANG-ORANG MELAYU MEMBINCANGKAN 
SECARA TERBUKA ISU YANG AMAT SENSITIF INI!!

Dan, buat pertama kalinya juga saya secara individu, walau pun berbeza fahaman politik 
dengan GPMS, terpaksa berlapang dada dan bersetuju 100% dengan kenyataan mereka yang 
menyatakan bahawa:

"Bilangan pelajar bumiputera ke IPTAakan berkurangan sehingga 90 peratus daripada 
jumlah sekarang jika dasar meritokrasi dilaksanakan; perubahan dasar itu juga akan 
menyebabkan pelajar Melayu di luar bandar terus ketinggalan  kerana kemudahan 
prasarana pendidikan yang masih tidak sebaik di  bandar-bandar." [Utusan Malaysia 
2/8/01].

Berkurangnya kemasukan pelajar-pelajar Melayu ke Universiti bermakna akan berkurangnya 
jumlah graduan2 Melayu. Berkurangnya jumlah graduan Melayu akan bermakna berkurangnya 
golongan-golongan professional Melayu terutamanya di sektor-sektor swasta yang 
sehingga hari ini menyaksikan jumlah orang-orang Melayu di bahagian pengurusan cuma 
boleh dibilang dengan jari sahaja. Kalau tidak percaya, kita ingin jemput Pemuda UMNO 
untuk membuat project "Pemuda UMNO Masuk Kilang" - cubalah turun menjengukkan diri ke 
kilang-kilang multinational yang berlambak di seluruh negara; tuan tuan akan dapat 
melihat sendiri bagaimana ~ 90% bahagian pengurusan dipegang oleh orang Cina dan 90% 
bahagian terbawah seperti technician, operator, guard dan janitor dipegang oleh 
orang-orang Melayu.

KALAU KITA SINGGAH MINUM KOPI DI GERAI-GERAI ATAU PUN KEDAI MAKAN DI KAWASAN2 
INDUSTRI; KALAU TELINGA SENSITIF ENOUGH,  NESCAYA KITA DAPAT MENDENGAR BERBAGAI 
RINTIHAN DARIPADA PEKERJA-PEKERJA MELAYU YANG DITINDAS DI NEGARA SENDIRI; 
SESETENGAHNYA CUKUP MENYAYATKAN HATI.

Apa yang saya tulis di sini cukup sensitif yang memungkinkan saya dijemput masuk ke 
UiSA secara meritokrasi!! - tetapi kerana mengingatkan kenyataan Dr Hassan Shukri, 
Naib Presiden Pas yang mengatakan bahawa UMNO sendiri boleh didakwa di bawah akta 
hasutan kerana bertindak mempersoalkan hak istimewa bangsa Melayu melalui sistem 
meritokrasi ini, maka saya gagahkan juga diri untuk menulis. 

Berikut saya bawakan Dua contoh, yang saya kira sudah cukup untuk dijadikan bukti 
betapa walaupun negara sudah merdeka lebih 40 tahun tetapi anak-anak bangsa sedang 
merintih ditindas di bumi sendiri!!

Seorang teman lama saya di Intel Pulau Pinang menceritakan mengenai penindasan 
terhadap pekerja peringkat Technician seperti mereka. Diceritakan bahawa dalam keadaan 
biasa. nisbah kenaikan pangkat untuk orang2 Melayu (level Technician) adalah terlalu 
rendah iaitu 1 dalam 100. Kalau ada peluang pun cumalah bila ada jawatan baru (new 
opening) dibuka yang memerlukan diisi oleh pekerja dalaman (internal intake). Itu pun 
mungkin dalam 10 jawatan
hanya 1 orang melayu sahaja diambil. 

Diceritakan juga bahawa untuk seseorang melayu naik pangkat menerusi supervisornya 
sendiri adalah mustahil kerana boleh dikatakan semua supervisor disini adalah 
non-bumiputra dan
mereka akan sedaya upaya atau dengan apa cara sekalipun akan menaikkan orang mereka. 
Rata-rata orang melayu di sana, khususnya level Technician tidak menaruh apa-apa 
harapan untuk naik pangkat,. Bagi mereka, bekerja di sana adalah sekadar hanya boleh 
meneruskan kehidupan harian sudah kira cukup;  itulah apa yang telah mereka 'set' kan 
dalam minda mereka. 

Bagi level operator pun sama, walaupun mereka mengikuti kelas megatronic yang 
disediakan oleh intel hingga ke peringkat tertinggi(3) sekali pun adalah amat susah 
bagi mereka untuk naik pangkat ke level technician mungkin setakat line leader sahaja 
tetapi bagi operator non-bumi hanya mengikuti kelas peringkat pertama/kedua mereka 
telah layak untuk naik pangkat ke level technician sama seperti level mereka yang 
mempunyai Diploma.

APA YANG BERLAKU DI SANA ADALAH SEBAHAGIAN CONTOH KECIL YANG BOLEH DIKATAKAN MEWAKILI 
SENARIO SEMUA KILANG-KILANG INDUSTRI DI MALAYSIA SECARA KESELURUHANNYA.

Contoh yang ke-2:

Beberapa bulan yang lepas, saya singgah di sebuah warung makan di sebuah kawasan 
industri di Pulau Pinang. Kebetulan saya bertemu dengan seorang sahabat lama saya yang 
bekerja di kilang Hitachi Metal. Beliau meluahkan rasa tidak puas hatinya dengan 
tindakan pihak majikan yang memotong 15 minit waktu lunch (1 jam termasuk solat zohor) 
 bagi mana-mana pekerja Islam yang hendak menunaikan sembahyang asar!!

CIH - CELAKA PUNYA KILANG; 15 MINIT SEMBAHYANG PUN NAK BERKIRA!!

Yang paling saya berbulu sekali ialah temannya bercerita mengenai Tandas Wanita yang 
dicabut paip-paip airnya kerana kononnya untuk menjaga kebersihan tandas!!

CISS - SAMPAI MACAM TU SEKALI ORANG MELAYU DIHINA - NAK BERAK PUN TAK BOLEH;  HARAM 
BEJADAH BETOI!!!

[Next time, siapa yang ada adik-adik yang nak pi kerja di Hitachi Metal, suruh dia 
berak puas-puas dulu sebelum keluar rumah; kalau tidak kena controllah dia punya berak 
sampai balik rumah!!]

Inilah tuan-tuan dan puan-puan akibatnya apabila kita kekurangan orang2 Melayu di 
peringkat pengurusan dan professional. Sedarlah bahawasanya, dalam keadaan kita ada 
quota di Universiti itu pun, kita masih belum dapat menguasai sektor swasta sepenuhnya 
untuk membolehkan bangsa kita pekerja peringkat bawahan hidup sempurna di sana; inikan 
pula dengan terhapusnya sistem quota dan pengenalan meritokrasi. Seperti mana kata 
Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) di atas, suatu nanti jika sistem 
meritokrasi dilaksanakan, jumlah graduan Melayu yang keluar Universiti akan 
berkurangan sebanyak 90%!!

Jika itu berlaku, jika sistem MERITOKRASi diteruskan juga; maka yakinlah tuan tuan 
bahawa suatu nanti di sektor-sektor swasta, bukan sahaja hak orang Melayu untuk berak 
dinafikan, silap-silap haribulan hak untuk kentut pun tak boleh:

"AIYAA - LU PUNYA BANGSA PUNYA KUNTUT MANYAK BUSUK LOO - BOLEH KASI CONTAMINATION KITA 
PUNYA PRODUCT LA!!!"

Kalau sapa-sapa sanggup tengok anak cucunya kena tahan kentut, silalah sokong sistem 
meritokrasi...

-BIN LUDIN-






      - This email has been sent using TurtleMail -         
Get your free email address from www.purpleturtle.com now!

 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: "BIN LUDIN" <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke