*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Insan lebih utama dari penjara
Oleh : [EMAIL PROTECTED]

Kalimat "Insan lebih utama dari Tempat (Penjara)" terpampang besar di 
beberapa bahagian tembok penjara Dubai yang terletak di Satwa.

Setiap pagi penulis melintasi penjara itu untuk ke Dubai Internet City dan 
setiap kali kalimat itu mengingatkan tentang nasib nereka yang ditahan tanpa 
bicara di tanahair.

Tentunya dibawah akta drakonian ISA dengan alasan 'mengancam keselamatan 
negara' untuk menangkap rakyat yang belum terbukti kesalahan.

Dengan kekerapan berita penangkapan dalam jarak terdekat ini seolah-olah 
memberi gambaran yang negara semakin tidak selamat sedangkan pada waktu yang 
sama, kenyataan berbeza diberikan oleh pemimpin.

Tiada ISA di Dubai dan Dubai dianggap salah sebuah kota yang paling selamat 
untuk di diami. Dengan kadar jenayah menghampiri kosong. Tentunya tiada juga 
alasan 'mengancam keselamatan negara'.

Penjara Dubai memang dipenuhi oleh penduduk ekspatriat. Tidak pasti 
jumlahnya dan sebab dipenjarakan. Pastinya bukan kerana 'tersalah bersuara' 
walaupun Dubai bukan berkerajaan demokrasi.

Tidak juga termasuk dalam klasifikasi 'mengancam keselamatan negara' walau 
rakyat tempatan sekadar minoriti. Berkebetulan, sebuah akhbar edisi mingguan 
(Jumaat) UAE menyiarkan sebuah rencana yang bertajuk, 'Kebebasan bersuara 
terkandung dalam ajaran Islam'.

Tidak perlu diulas rencana itu kerana sebuah negara yang mengaku sebagai 
negara Islam (mengikut berita dari muzakarah di Kuala Lumpur) tentunya lebih 
maklum. Dengan para ulama yang boleh ber'olok-olok' dalam debat perdana.

Mungkin versi yang sesuai untuk bacaan di tanahair ialah "ISA memang 
terdapat dalam ajaran Islam'.

Ditulis oleh para penulis cari makan. Tiada juga fatwa oleh mereka yang 
dilantik untuk berfatwa. Boleh dibawa ke peringkat OIC sebagai medan 
menghalalkan cara. Atau diadakan muzakarah dengan para ulama yang dibawa 
khas untuk membenarkan yang kabur dan mengelirukan.

Tidak seperti akhbar perdana Malaysia kebelakangan ini, akhbar UAE memang 
jarang menyiarkan berita jenayah. Kalau ada pun jarang sekali menyebut nama 
para pesalah.

Sekadar 'initial' untuk mengelakkan memalukan mereka. Contohnya, 'Mahkamah 
Dubai hari ini menjatuhkan hukuman penjara keatas dua ekspatriat, M.M. dan 
N.F. yang berasal dari Kerala.

Keduanya didapati bersalah menyelewengkan wang syarikat' Sebuah majalah 
untuk ekspatriat ada menyiarkan tentang kenaikan kadar jenayah seperti 
rompakan di beberapa kawasan mewah di Dubai.

Tetapi keseluruhannya masih tidak membimbangkan kerana kecekapan pihak polis 
Dubai dalam menyelesaikan kes-kes seumpama. Begitupun bila lawatan seorang 
pemimpin besar Malaysia ke Dubai baru-baru ini memberikan gambaran yang agak 
mengecewakan rakyat tempatan.

Rakan-rakan penulis bertanya sambil mengutuk kenapakah perlu dibawa begitu 
ramai anggota polis perisik untuk mengiringi beliau sedangkan Dubai bukan 
setaraf Israel (yang juga berbangga dengan ISA).

Penulis tidak mempunyai jawaban dan terasa agak malu. Berita jenayah paling 
besar tahun lepas ialah penangkapan seorang rakyat tempatan bertaraf ketua 
pengarah yang terlibat dalam kes rasuah. Melibatkan jutaan Dirham.

Ditangkap bersama empat ekspatriat dari Pakistan yang menjadi pembantu. 
Mereka mengaku bersalah dan dihukum membayar balik setiap dirham yang 
dicuri.

Walaubagaimanapun, rakyat tempatan terkenal itu diberi keampunan setahun 
kemudian oleh Sheikh Muhamad, Putera Mahkota Dubai yang berkuasa eksekutif 
sempena Maulud Nabi.

Malah hampir setiap hari kemuliaan atau perayaan, seperti hari raya, 
keampunan diberikan kepada ramai banduan atas nama kemanusiaan. Ekspatriat 
akan dihantar pulang untuk memulakan hidup baru tetapi tidak akan dibenarkan 
kembali ke Dubai.

Mungkin cara ini juga mengurangkan kos perbelanjaan menanggung banduan di 
penjara. Tetapi seperti mana kalimat yang terpampang di tembok penjara, 
sememangnya insan lebih utama dari penjara.

Apalagi buat insan yang ditangkap tanpa kesalahan atau hukuman mahkamah atau 
dianiaya demi survival seseorang individu!



>From: "Zainorasmadi Alias" <[EMAIL PROTECTED]>
>To: [EMAIL PROTECTED]
>Subject: H-Net* Re:Mencari rakan di Dubai
>Date: Mon, 13 Aug 2001 11:24:57 +0800
>
>
>  *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
>  {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
>  {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
>  {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
>  *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
>           PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
>  ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
>Assalamualaikum semua,
>Saya masih lagi mencari kenalan2 dari Dubai,samaada student atau orang
>perseorangan yang berada disana untuk ber'urusniaga' dengan saya.Jika
>berminat sila reply e-mail ini.Terima kasih.
>


_________________________________________________________________
Get your FREE download of MSN Explorer at http://explorer.msn.com/intl.asp


 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: "Syurga Bound" <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke