*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
{ Sila lawat Laman Hizbi-Net - http://www.hizbi.net }
{ Hantarkan mesej anda ke: [EMAIL PROTECTED] }
{ Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] }
*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Jais tambah 30 penguatkuasa kesan penceramah engkar larangan
Oleh:Wartawan AgendaDaily
SHAH ALAM, Ahad 12 Ogos- Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) menambah 30 pegawai serta
anggota unit penguatkuasa dalam usaha mengesan dan mengambil tindakan terhadap
individu yang berceramah atau berkhutbah tanpa tauliah di masjid dan surau-surau di
seluruh negeri itu.
Tindakan menambah pegawai dan anggota unit itu dilakukan setelah Jais dan Majlis Agama
Islam Selangor (Mais) mendapati individu termasuk pemimpin pembangkang dan penceramah
bebas yang dilarang berceramah di Selangor masih tidak mematuhi arahan berkenaan.
Menteri Besar, Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo berkata, dengan bilangan penguatkuasa
yang mencukupi adalah mudah pihak berkuasa agama memantau kegiatan mereka yang
terbabit dan mengambil tindakan mengikut undang-undang yang sedia ada.
Sehingga kini Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Aziz Nik Mat serta Menteri Besar
Terengganu, Datuk Seri Abdul Hadi Awang adalah antara pemimpin Pas serta penceramah
bebas yang dilarang berceramah dan berkhutbah di masjid-masjid dan surau di seluruh
Selangor.
Tiga pemimpin PAS yang lain adalah Datuk Dr Hasan Mohamed Ali, Haji Taib Azamudin dan
Nasaruddin Daud. Lima penceramah lain adalah Dahlan Lebai Sudin, Mohd Zamri Shapik,
Sobri Arshad, Afnan Abdul Rahman dan ustaz Kamal Ashari. Agendadaily difahamkan,
walaupun sebelum ini beberapa penceramah terbabit sudah dilarang mengajar, berceramah
dan berkhutbah di Selangor, tetapi ada diantara mereka masih berbuat demikian tanpa
menghiraukan larangan yang dikeluarkan Mais.
Ekoran kedegilan itu, Mais sekali lagi mengeluarkan larangan berkenaan menerusi surat
bertarikh 13 Julai lalu yang menyenaraikan 10 nama terbabit dan mengarahkan pihak
berkuasa surau serta masjid memantau kegiatan penceramah itu dan mengambil tindakan
sewajarnya terhadap mereka.
Surat berkenaan memaklumkan bahawa kesemua pemimpin Pas dan penceramah terbabit sudah
diarah dan diberitahu oleh Mais supaya tidak mengajar, berceramah dan berkhutbah di
mana-mana surau dan masjid di dalam Selangor.
Pelanggaran kepada pemberitahuan dan arahan Mais itu boleh menyebabkan mereka diambill
tidakan undang-undang di bawah Seksyen 12 (b) Enakmen Jenayah Syariah (S) No. 9 Tahun
1995. Hukuman jika sabit kesalahan di bawah seksyen itu adalah denda RM5,000 atau dua
tahun penjara atau kedua-duanya sekali.
Pekeliling larangan yang ditandatangani oleh Jais, Datuk Mansur Ramli juga merangkap
Setiausaha Mais itu meminta pihak surau dan masjid memantau aktiviti penceramah
terbabit dan mengambil tindakan jika mereka dikesan melanggar arahan berkenaan.
Agendadaily difahamkan, salinan arahan itu selain diedar kepada semua Pegawai Agama
Islam Daerah juga diedarkan kepada Ketua Polis Selangor dan semua Ketua Polis Daerah
di negeri itu.
Sementara itu Dr Khir ketika ditanya mengenai larangan berkenaan berkata, arahan itu
adalah untuk menyekat individu terbabit daripada menyalahgunakan surau dan masjid bagi
kepentingan pollitik.
"Kita tidak melarang majlis ilmu tetapi yang kerap berlaku majlis itu dijadikan medan
politik untuk menghentam dan memaki hamun sesiapa sahaja. Surau dan masjid sepatutnya
digunakan sebagai tempat ilmu bukan menyebarkan dakyah sesuatu parti politik,"
katanya.
Sebelum ini, Dr Khir pernah berkata, Nik Aziz atau Abdul Hadi boleh berceramah di
surau atau masjid di Selangor tetapi perlu mendapatkan tauliah daripada pihak berkuasa
agama terlebih dahulu.
Dalam perkembangan terbaru, arahan itu mula memberi kesan hari ini apabila pihak
berkuasa Jais menahan Haji Dahlan Lebai Sudin yang dipercayai melanggar arahan itu
dengan berceramah sebelum khutbah Jumaat di Masjid Lapangan Terbang Subang, tengahari
semalam.
Dahlan ditahan selepas solat Jumaat dan dibawa ke balai polis berhampiran untuk soal
siasat oleh pihak berkuasa.
Selangor larang MB Kelantan dan Terengganu ceramah di masjid dan surau
Get 250 color business cards for FREE!
http://businesscards.lycos.com/vp/fastpath/
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body : SUBSCRIBE HIZB)
( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body: UNSUBSCRIBE HIZB)
( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan )
( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net )
( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED] )
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Pengirim: "Fawzi Bin Kassim" <[EMAIL PROTECTED]>