*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
nak suruh tuan guru ambil tauliah dulu..?..ish..ish...patutnya mais yang 
kena ambil tauliah dengan tuan guru yang berilmu tu....


>From: "Fawzi Bin Kassim" <[EMAIL PROTECTED]>
>Reply-To: [EMAIL PROTECTED]
>To: [EMAIL PROTECTED], [EMAIL PROTECTED], [EMAIL PROTECTED],        
>[EMAIL PROTECTED], [EMAIL PROTECTED],        
>[EMAIL PROTECTED], [EMAIL PROTECTED],        
>[EMAIL PROTECTED], [EMAIL PROTECTED], [EMAIL PROTECTED],        
>[EMAIL PROTECTED], [EMAIL PROTECTED],        
>[EMAIL PROTECTED], [EMAIL PROTECTED],        
>[EMAIL PROTECTED], [EMAIL PROTECTED],        
>[EMAIL PROTECTED], [EMAIL PROTECTED], [EMAIL PROTECTED],        
>[EMAIL PROTECTED], [EMAIL PROTECTED],        
>[EMAIL PROTECTED]
>CC: [EMAIL PROTECTED], [EMAIL PROTECTED], [EMAIL PROTECTED]
>Subject: H-Net* Ustaz Dahlan (Masjid Lapanganterbang Subang) ditahan kerana 
>buat baik
>Date: Mon, 13 Aug 2001 00:20:50 -0700
>
>
>  *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
>  {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
>  {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
>  {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
>  *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
>           PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
>  ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
>
>Jais tambah 30 penguatkuasa kesan penceramah engkar larangan
>Oleh:Wartawan AgendaDaily
>
>SHAH ALAM, Ahad 12 Ogos- Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) menambah 30 
>pegawai serta anggota unit penguatkuasa dalam usaha mengesan dan mengambil 
>tindakan terhadap individu yang berceramah atau berkhutbah tanpa tauliah di 
>masjid dan surau-surau di seluruh negeri itu.
>
>Tindakan menambah pegawai dan anggota unit itu dilakukan setelah Jais dan 
>Majlis Agama Islam Selangor (Mais) mendapati individu termasuk pemimpin 
>pembangkang dan penceramah bebas yang dilarang berceramah di Selangor masih 
>tidak mematuhi arahan berkenaan.
>
>Menteri Besar, Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo berkata, dengan bilangan 
>penguatkuasa yang mencukupi adalah mudah pihak berkuasa agama memantau 
>kegiatan mereka yang terbabit dan mengambil tindakan mengikut undang-undang 
>yang sedia ada.
>
>Sehingga kini Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Aziz Nik Mat serta Menteri 
>Besar Terengganu, Datuk Seri Abdul Hadi Awang adalah antara pemimpin Pas 
>serta penceramah bebas yang dilarang berceramah dan berkhutbah di 
>masjid-masjid dan surau di seluruh Selangor.
>
>Tiga pemimpin PAS yang lain adalah Datuk Dr Hasan Mohamed Ali, Haji Taib 
>Azamudin dan Nasaruddin Daud. Lima penceramah lain adalah Dahlan Lebai 
>Sudin, Mohd Zamri Shapik, Sobri Arshad, Afnan Abdul Rahman dan ustaz Kamal 
>Ashari. Agendadaily difahamkan, walaupun sebelum ini beberapa penceramah 
>terbabit sudah dilarang mengajar, berceramah dan berkhutbah di Selangor, 
>tetapi ada diantara mereka masih berbuat demikian tanpa menghiraukan 
>larangan yang dikeluarkan Mais.
>
>Ekoran kedegilan itu, Mais sekali lagi mengeluarkan larangan berkenaan 
>menerusi surat bertarikh 13 Julai lalu yang menyenaraikan 10 nama terbabit 
>dan mengarahkan pihak berkuasa surau serta masjid memantau kegiatan 
>penceramah itu dan mengambil tindakan sewajarnya terhadap mereka.
>
>Surat berkenaan memaklumkan bahawa kesemua pemimpin Pas dan penceramah 
>terbabit sudah diarah dan diberitahu oleh Mais supaya tidak mengajar, 
>berceramah dan berkhutbah di mana-mana surau dan masjid di dalam Selangor.
>
>Pelanggaran kepada pemberitahuan dan arahan Mais itu boleh menyebabkan 
>mereka diambill tidakan undang-undang di bawah Seksyen 12 (b) Enakmen 
>Jenayah Syariah (S) No. 9 Tahun 1995. Hukuman jika sabit kesalahan di bawah 
>seksyen itu adalah denda RM5,000 atau dua tahun penjara atau kedua-duanya 
>sekali.
>
>Pekeliling larangan yang ditandatangani oleh Jais, Datuk Mansur Ramli juga 
>merangkap Setiausaha Mais itu meminta pihak surau dan masjid memantau 
>aktiviti penceramah terbabit dan mengambil tindakan jika mereka dikesan 
>melanggar arahan berkenaan.
>
>Agendadaily difahamkan, salinan arahan itu selain diedar kepada semua 
>Pegawai Agama Islam Daerah juga diedarkan kepada Ketua Polis Selangor dan 
>semua Ketua Polis Daerah di negeri itu.
>
>Sementara itu Dr Khir ketika ditanya mengenai larangan berkenaan berkata, 
>arahan itu adalah untuk menyekat individu terbabit daripada menyalahgunakan 
>surau dan masjid bagi kepentingan pollitik.
>
>"Kita tidak melarang majlis ilmu tetapi yang kerap berlaku majlis itu 
>dijadikan medan politik untuk menghentam dan memaki hamun sesiapa sahaja. 
>Surau dan masjid sepatutnya digunakan sebagai tempat ilmu bukan menyebarkan 
>dakyah sesuatu parti politik," katanya.
>
>Sebelum ini, Dr Khir pernah berkata, Nik Aziz atau Abdul Hadi boleh 
>berceramah di surau atau masjid di Selangor tetapi perlu mendapatkan 
>tauliah daripada pihak berkuasa agama terlebih dahulu.
>
>Dalam perkembangan terbaru, arahan itu mula memberi kesan hari ini apabila 
>pihak berkuasa Jais menahan Haji Dahlan Lebai Sudin yang dipercayai 
>melanggar arahan itu dengan berceramah sebelum khutbah Jumaat di Masjid 
>Lapangan Terbang Subang, tengahari semalam.
>
>Dahlan ditahan selepas solat Jumaat dan dibawa ke balai polis berhampiran 
>untuk soal siasat oleh pihak berkuasa.
>
>Selangor larang MB Kelantan dan Terengganu ceramah di masjid dan surau
>
>
>
>Get 250 color business cards for FREE!
>http://businesscards.lycos.com/vp/fastpath/
>
>  ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
>  ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
>  ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
>  ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
>  ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
>  ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
>  ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
>
>Pengirim: "Fawzi Bin Kassim" <[EMAIL PROTECTED]>


_________________________________________________________________
Get your FREE download of MSN Explorer at http://explorer.msn.com/intl.asp


 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: "nor ain" <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke