brother osman & khasbullah,
 
perjuangan menuntut keadilan & perlaksanaan negara islam adalah suatu dakwah.
 
perintah allah supaya syariat dilaksanakan adalah terang sekali.
 
anggapan bahawa negara islam bisa terlaksana hanya dengan menyeru masyarakat berbuat kebaikan secara umum tanpa menuntut perlaksanaan syariat secara spesifik dan jelas adalah pandangan yg dangkal dan simplistik.
 
adalah mustahil sekali dan tidak mungkin negara islam terlaksana secara otomatik, seperti yg anda kata.
 
perbuatan berdiam diri tanpa membuat teguran dan larangan terhadap kemungkaran besar di dlm masyarakat adalah salah,
walaupun anda giat  mengajak orang berbuat ibadat.
 
memang perjuangan islam mesti mengikut sunnah rasul saw dan mesti dengan berhemah.
 
namun, hakikatnya ialah tentangan dan penganiayaan yg beliau dan para sahabat terima adalah di atas sebab menegur masyarakatnya supaya berhenti menyembah berhala dan supaya patuh kepada allah, tuhan yg sebenar.
 
hal ini mencabar kedudukan status quo masyarakat quraish. ia adalah mesej yg jelas, sama seperti kita membuat seruan menegakkan negara yang diasaskan diatas syariat islam.
 
wallahu a'lam.
 
 
 
 
 
  

Kirim email ke