*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
DULU: BOMBA KATA, BERPUNCA DRP LITAR PINTAS
SEKARANG: KANVAS KATA, PERBUATAN KIANAT DAN DIRANCANG.
POLIS KATA: BELUM SELESAI SIASATAN.


KUALA LUMPUR: Kebakaran Dewan Tunku Canselor Universiti Malaya (UM), Jun 
lalu adalah angkara sabotaj, bukan disebabkan litar pintas seperti 
dilaporkan sebelum ini, kata Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan 
Tempatan, Datuk M Kayveas.

Beliau berkata, daripada hasil siasatan dan laporan terdahulu, jelas tiada 
keputusan lain kecuali dewan itu sengaja dibakar.

Walaupun mengakui tidak melihat sendiri laporan terakhir Jabatan Bomba dan 
Penyelamat yang diserahkan kepada Perdana Menteri, beliau berkata laporan 
membuktikan kebakaran itu satu perbuatan khianat.

�Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri mahupun Menteri Perumahan dan 
Kerajaan Tempatan tidak mahu membuat pengumuman ini kerana tidak mahu 
menuduh atau menuding jari kepada mana-mana pihak.

�Tetapi, kerap sangat soalan ini ditanya dan saya berasakan, sudah sampai 
masanya perkara sebenar diumumkan,� katanya selepas merasmikan Seminar 
Mengenai Penggunaan Karbon Dioksida dan Bahan Pengganti Gas Halon Bagi 
Memadam Kebakaran, di sini, semalam.

Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad dikatakan menerima tiga laporan berhubung 
perkara itu. Laporan terakhir Jabatan Bomba dan Penyelamat diterimanya 
daripada Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Seri Ong Ka Ting.

Awal Julai lalu, Ketua Polis Negara, Tan Sri Norian Mai, berkata pihaknya 
tidak menolak kemungkinan kebakaran dewan berusia kira-kira 37 tahun itu 
akibat perbuatan khianat.

Dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi itu, hampir 90 peratus Dewan Tunku 
Canselor yang digunakan sejak 35 tahun itu, terbakar. Turut musnah 1,800 
jubah serta 2,000 topi akademik yang digunakan pelajar ketika hari 
konvokesyen dan kerugian ditafsirkan RM12.4 juta.

Berikutan itu, pelbagai pihak mendakwa kebakaran itu dilakukan pelajar yang 
antikerajaan sebagai membantah kehadiran Dr Mahathir bagi penutup Simposium 
Penegasan Ke Arah Tuju Idealisme Mahasiswa Di Alaf Baru, 1 Julai.

Ditanya sama ada kerajaan mempunyai bukti bagi mengesahkan dakwaan sabotaj 
itu, Kayveas berkata: �Itu kerja polis. Bagaimanapun, berdasarkan fakta 
sedia ada, jelas ia satu perbuatan sabotaj.

�Mungkin sukar untuk kita membawa kes ini ke mahkamah kerana tiada saksi. 
Namun, hanya kerana tidak dapat ke mahkamah dan tiada saksi ini, kita tidak 
boleh mengatakan kes ini bukan satu sabotaj,� katanya sambil menafikan 
laporan akhbar sebelum ini yang menolak kemungkinan perbuatan itu satu 
sabotaj.

Kayveas berkata, kerajaan juga percaya perbuatan itu membabitkan satu 
kumpulan dan bukan setakat satu atau dua orang menyebabkan siasatan 
bertambah rumit.

Beliau menegaskan bukti dan fakta yang dikumpulkan setakat ini jelas 
menunjukkan kebakaran dewan itu sesuatu yang dirancang dan bukan berpunca 
daripada litar pintas.

�Jika pun litar pintas, ia adalah litar pintas yang disengajakan. Ini 
terlalu jelas. Bagaimana mungkin litar pintas itu boleh tahu yang akan ada 
satu perhimpunan besar diadakan di dewan berkenaan?

�Mana perginya pengawal yang sepatutnya membuat rondaan setiap satu jam 
selama 24 jam? Mengapa kebakaran itu tidak dilaporkan serta-merta? Hanya 
selepas hampir 45 minit, bomba menerima laporan berhubung kebakaran itu.

�Bagaimana orang lain boleh memasuki dewan itu sedangkan kunci hanya 
dipegang pengawal? Bagaimana pula kerusi yang terletak jauh dari suis boleh 
terbakar begitu cepat? Ini mustahil kecuali ada pihak sengaja menyembur 
aerosol atau minyak tanah,� katanya.

Kayeas berkata, penyelenggaraan berterusan dewan berkenaan iaitu setiap enam 
bulan juga mengukuhkan fakta bahawa kebakaran itu adalah disengajakan.

Bagaimanapun, beliau berkata, pihaknya tidak boleh mengambil tindakan 
berhubung perkara itu kecuali menyerahkannya kepada polis untuk siasatan dan 
tindakan lanjutan.

Sementara itu, Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Meor Chek Hussein Mahayuddin 
berkata polis masih perlu mendapatkan keterangan daripada beberapa orang 
sebelum menamatkan siasatan berhubung punca kebakaran itu.

Diminta mengulas kenyataan Kayveas, beliau berkata sehingga kini polis belum 
dapat membuat sebarang rumusan berhubung punca kebakaran dewan berkenaan.

�Mungkin apa yang beliau (Kayveas) katakan itu adalah berdasarkan maklumat 
yang diterimanya tetapi bagi pihak polis, kami belum dapat membuat apa-apa 
kesimpulan lagi,� katanya.

Katanya, laporan siasatan serta rumusan berhubung punca kebakaran itu akan 
dihantar ke Ibu Pejabat Polis Bukit Aman sebaik sahaja pihaknya berpuas hati 
dengan siasatan itu untuk tindakan selanjutnya.

Siasatan pasukan itu diketuai Pemangku Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah 
Bukit Aman, Datuk Ramli Yusof dan dibantu Jabatan Bekalan Elektrik dan Gas 
(JBEG) serta Jabatan Kimia.





MAWAR BERDURI


_________________________________________________________________
Get your FREE download of MSN Explorer at http://explorer.msn.com/intl.asp


 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: "mawar berduri" <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke