Assalamu'alaikum Sdr/i sekelian...
Bila saya baca kisah Sdra Manaf, timbul kekesalan di hati sebab sejak dari dulu lagi saya berniat nak menulis tentang Akta Sewa Beli (HIre Purchase Act 1967). Di mana, jika kita tahu selok belok akta ini, maka serba sedikit kita akan tahu hak-hak kita sebagai peminjam dan mengelakkan dari "terjerat" dengan pihak syarikat kewangan (Financier). Disebabkan masa yg kurang, mana saya terpaksa melupakan atau menangguhkan niat saya. Tapi, lepas baca cerita Sdra Manaf, saya rasa saya mesti tulis serba sedikit yg saya masih ingat.
Saya bukan peguam secara praktis, tapi, serba sedikit saya tahu juga mengenai akta-akta penting dalam perundangan Malaysia ni.
Dalam HPA ni, definisi berikut selalu digunakan:
"Hirer" - pemimjam (kita lah)
"Owner" - financier (bank yg kasi kita pinjam duit)
First of all.... dalam HPA, kita harus ingat konsep ini: "NEMO DAT RULE" atau ayat penuhnya kita sebut sebagai "NEMO DAT QUAD NON HABET". Ini adalah bahasa latin yg bermaksud: "He who has no title, can not give better title to other person". Atau dalam Bahasa Melayu bermaksud: "Orang yg tidak berhak, tidak boleh memberi hak yg lebih baik kepada orang lain".
Maknanya, dalam kes Sdra Manaf, Sdra Manaf sebagai peminjam tidak berhak untuk memberikan "hak" milik kepada orang lain tanpa pengetahuan Financier (seperti tulisan Sdra Tiang Jawi). Hak milik adalah kepunyaan Financier selagi bayaran sewa beli tidak selesai mengikut perjanjian. Akta Sewa Beli termaktub dalam Akta Kontrak. Jadi, setiap perjanjian hendaklah dipatuhi dan jika ada sebarang "default payment", maka mengikut perjanjian tersebut, masing-masing mempunyai hak-hak tertentu dalam menyelesaikan sesuatu masalah. Contohnya, Jadual ke-Lima dalam akta tersebut, ada menyebut tentang "menarik balik" kereta seandainya Sdra tidak membayar 3 kali ansuran. Bermakna, lepas 3 kali bayaran ansuran sdra tidak jelaskan, maka notis akan diberi oleh pihak bank untuk menarik balik kereta tersebut dalam masa 21 hari. JIka dalam masa 21 hari Sdra BOLEH bayar at least 1 bulan, maka bank akan "diam" dulu. Jika dalam tempoh tersebut Sdra GAGAL membayar walaupun 1 bulan, maka selepas tempoh 21 hari itu, pihak bank berhak untuk menarik balik dan barulah proses lelongan bermula.
Harus diingat, untuk melelong bukannya senang. Kadang-kadang ada bank yg nak jalan mudah. Walau bagaimanapun, jika kita tahu hak-hak kita sebagai peminjam seperti Seksyen 12, 13, 14 dan 15 akta tersebut, maka kita boleh juga "terselamat" dari terjebak untuk memberi "hak lebh baik" kepada orang ketiga (third party) tanpa pengetahuan "owner".
Dalam Seksyen 12 (1) contohnya, Sdra ada hak untuk "memindah" atau "assign" tanggungan Sdra kepada "third party" dengan KEBENARAN pihak bank. Dengan memberi alasan-alasan yg kukuh, pihak bank tidak boleh menolak hak Sdra ini untuk mendapatkan seorang third party untuk "menyambung" tanggungan Sdra jika Sdra sudah tidak mampu untuk membayar ansuran bulanan.
Manakala, Seksyen 15 HPA pula menyebut; Sdra boleh "terminate" the agreement dengan memulangkan semula kereta kepada "owner" dan terpulanglah pada mereka apa yg mereka nak buat dengan kereta tersebut.
Ini adalah hak-hak kita sebagai peminjam yg jarang kita selidiki. Atau, kekadang we simply couldn't be bothered about it.
Disebabkan kita ni ada undang-undang, lebih baik kita JANGAN semudah itu memberikah hak ini kepada third party tanpa pengetahuan owner atau bank.
Sebenarnya, banyak lagi yg hendak saya tuliskan.. terutama bab-bab nak "repossess" (menarik balik) dan Seksyen yg berkaitan dengan pihak ketiga. Dalam kes Sdra Manaf, memandangkan anda tidak berhak untuk memberi "title" kepada pihak ketiga, maka perbuatan Sdra adalah salah (kalau diikutkan dari Akta). So, what you can do is to check semula siapa yg tak bayar. Kalau third party yg tak bayar, maka itu bukan salah dia. Tanggungan masih atas nama Sdra.
I got to go now. InsyaAllah, kalau saya free next week, saya akan huraikan serba sedikit Akta Sewa Beli 1967 ini untuk pengetahuan semua agar perkara seperti Sdra ini tidak berlalku. For the time being, Sdra perlu membuat rayuan ataupun berunding dengan pihak ketiga serta pihak bank untuk menyelesaikan perkara ini. Kalau boleh, ingatkan semula tarikh-tarikh penting agar Sdra tidaklah nampak sangat "tak ambil berat". Terutama tarikh Sdra beri kereta tersebut ke pihak ketiga.
That's all I can say. Moga apa yg berlaku dijadikan iktibar. Maaf, kalau ada yg tak faham. Boleh tanya.
Wassalam.
Disclaimer: Tulisan saya adalah spontaneous, kalau ada kesilapan, harap maaf. Tapi so far, saya yakin fakta saya adalah betul dan akan diperbaiki dalam tulisan yg akan datang dalam tajuk yg sama. InsyaAllah.
-----Original Message-----
From: Tiang Jawi [mailto:[EMAIL PROTECTED]]
Sent: 17 August, 2001 9:41 AM
To: [EMAIL PROTECTED]; [EMAIL PROTECTED]
Subject: Re: H-Net* minta pertolongan
*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
{ Sila lawat Laman Hizbi-Net - http://www.hizbi.net }
{ Hantarkan mesej anda ke: [EMAIL PROTECTED] }
{ Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] }
*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Assalamualaikum w.w.
Saya amat bersimpati dengan masalah yang menimpa sdr walaupun sdr sendiri
yang menyebabkan masalah ini muncul. Semuga ini menjadi ingatan kepada
semua kita agar TIDAK menjual kereta tanpa menukar nama dan memaklumkan
kepada pembiaya (finance). Mungkin niat asal kita baik iaitu untuk
memudahkan/cepatkan proses dan juga mungkin pembeli yang memang kita
mengenali orangnya tidak bermaksud untuk menyusahkan kita. Walau
bagaimanapun masa, keadaan dan keperluan sentiasa berubah. Tambahan pula
kita tidak dapat membaca hati budi seseorang dengan jelas dan tepat.
Finance sepatutnya terlebih dahulu melelong kereta sdr. Jika laku,
perbezaan harga lelong kereta dengan jumlah hutang barulah menjadi
tanggungjawab sdr, samada untung atau rugi. Biasanya rugi (harga lelong
lebih rendah dari jumlah tanggungan). Bakinya barulah dituntut dari
sdr/penama. Jadi sdr kena pastikan samada kereta sdr yang telah ditarik itu
telah dilelong ataupun belum. Sdr juga masih berpeluang untuk mengambil
balik kereta ini jika berupaya membayar segala tunggakan dan perbelanjaan
lain. Atau sdr masih boleh mencari pembeli lain yang sanggup menyediakan
duit tersebut. Tapi calun pembeli ini biasa akan menilai harga semasa
kereta berbanding dengan jumlah bayaran yang diperlu untuk mengeluarkan dan
melangsaikan harganya.
Saya tidak pernah menghadapi masalah ini, tapi salah sorang adik beradik
saya pernah. Pada awalnya beliau tidak ambil kesah amaran finance, termasuk
amaran untuk di bawa ke mahkamah. Akhirnya beliau terpaksa akur apabila
notis yang boleh membawa bankrup/harta disita tiba. Beliau menyerah diri
kepada finance dan berunding jumlah bulanan yang beliau terdaya untuk bayar.
Untuk kes sdr saya syorkan sdr berunding dengan pihak finance. Jika kawan
sdr benar-benar seorang yang jujur dan ikhlas beliau tidak akan berlepas
tangan begitu sahaja. Setidak-tidaknya beliau membayar semula/sebahagian
tunggakan kepada bank tersebut. Untuk sdr pula jangan terlalu bersedih.
Setiap musibah itu ada kebaikannya.
Semuga membantu.
----Original Message Follows----
From: ABDUL MANAF <[EMAIL PROTECTED]>
To: [EMAIL PROTECTED]
Subject: H-Net* minta pertolongan
Date: Fri, 17 Aug 2001 00:52:12 +0800
*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
{ Sila lawat Laman Hizbi-Net - http://www.hizbi.net }
{ Hantarkan mesej anda ke: [EMAIL PROTECTED] }
{ Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] }
*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Disebabkan ekonomi sekarang ni yang tengah berombak terutama sekali pada
yang bekerja di kilang,ramai orang terpaksa menanggung hutang dan tidak
dapat membayar hutang kerana dibuang kerja.Termasuklah saya sebagai salah
seorang yang dibuang kerja kerana kilang ditempat kerja saya telah ditutup
kerana ekonomi yang melanda.
Kereta saya terpaksa dijual kerana kesempitan wang untuk membayar
ansuran.Dan dibeli oleh seorang kawan secara sambung bayar.Setelah 6 bulan
sangkut,Finance terpaksa menarik balik kereta tersebut dan menyuruh saya
sebagai penama kereta tersebut untuk membayar baki wang pinjaman.
Disini saya memerlukan buah fikiran kawan - kawan di hizbi net untuk
membantu saya membuat keputusan dimana adakah perlu untuk saya membayar baki
pinjaman atau membiarkan Finance mengambil tindakan undang - undang keatas
saya.Kepada sesiapa yang pernah mengalami masalah ini mungkin boleh
berkongsi bersama dengan saya.Dan bagaimana hendak menyelesaikan masalah
ini.Mungkin ada diantara kawan Peguam di Hizbi net ini yang dapat
membantu....?????
kawan yang memerlukan bantuan
manaf
_________________________________________________________________
Get your FREE download of MSN Explorer at http://explorer.msn.com/intl.asp
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body : SUBSCRIBE HIZB)
( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body: UNSUBSCRIBE HIZB)
( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan )
( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net )
( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED] )
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Pengirim: "Tiang Jawi" <[EMAIL PROTECTED]>
