*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Kalau tanya Mat Badawi...dia kata, "Itu perbuatan
anggota KMM"!
--- mawar berduri <[EMAIL PROTECTED]> wrote:
> 
> 
>
*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
>  {  Sila lawat Laman Hizbi-Net - 
> http://www.hizbi.net     }
>  {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]  
>       }
>  {        Iklan barangan? Hantarkan ke
> [EMAIL PROTECTED]     }
> 
>
*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
>           PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
> 
>
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
> DULU: BOMBA KATA, BERPUNCA DRP LITAR PINTAS
> SEKARANG: KANVAS KATA, PERBUATAN KIANAT DAN
> DIRANCANG.
> POLIS KATA: BELUM SELESAI SIASATAN.
> 
> 
> KUALA LUMPUR: Kebakaran Dewan Tunku Canselor
> Universiti Malaya (UM), Jun 
> lalu adalah angkara sabotaj, bukan disebabkan litar
> pintas seperti 
> dilaporkan sebelum ini, kata Timbalan Menteri
> Perumahan dan Kerajaan 
> Tempatan, Datuk M Kayveas.
> 
> Beliau berkata, daripada hasil siasatan dan laporan
> terdahulu, jelas tiada 
> keputusan lain kecuali dewan itu sengaja dibakar.
> 
> Walaupun mengakui tidak melihat sendiri laporan
> terakhir Jabatan Bomba dan 
> Penyelamat yang diserahkan kepada Perdana Menteri,
> beliau berkata laporan 
> membuktikan kebakaran itu satu perbuatan khianat.
> 
> �Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri mahupun
> Menteri Perumahan dan 
> Kerajaan Tempatan tidak mahu membuat pengumuman ini
> kerana tidak mahu 
> menuduh atau menuding jari kepada mana-mana pihak.
> 
> �Tetapi, kerap sangat soalan ini ditanya dan saya
> berasakan, sudah sampai 
> masanya perkara sebenar diumumkan,� katanya selepas
> merasmikan Seminar 
> Mengenai Penggunaan Karbon Dioksida dan Bahan
> Pengganti Gas Halon Bagi 
> Memadam Kebakaran, di sini, semalam.
> 
> Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad dikatakan menerima
> tiga laporan berhubung 
> perkara itu. Laporan terakhir Jabatan Bomba dan
> Penyelamat diterimanya 
> daripada Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan,
> Datuk Seri Ong Ka Ting.
> 
> Awal Julai lalu, Ketua Polis Negara, Tan Sri Norian
> Mai, berkata pihaknya 
> tidak menolak kemungkinan kebakaran dewan berusia
> kira-kira 37 tahun itu 
> akibat perbuatan khianat.
> 
> Dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi itu, hampir 90
> peratus Dewan Tunku 
> Canselor yang digunakan sejak 35 tahun itu,
> terbakar. Turut musnah 1,800 
> jubah serta 2,000 topi akademik yang digunakan
> pelajar ketika hari 
> konvokesyen dan kerugian ditafsirkan RM12.4 juta.
> 
> Berikutan itu, pelbagai pihak mendakwa kebakaran itu
> dilakukan pelajar yang 
> antikerajaan sebagai membantah kehadiran Dr Mahathir
> bagi penutup Simposium 
> Penegasan Ke Arah Tuju Idealisme Mahasiswa Di Alaf
> Baru, 1 Julai.
> 
> Ditanya sama ada kerajaan mempunyai bukti bagi
> mengesahkan dakwaan sabotaj 
> itu, Kayveas berkata: �Itu kerja polis.
> Bagaimanapun, berdasarkan fakta 
> sedia ada, jelas ia satu perbuatan sabotaj.
> 
> �Mungkin sukar untuk kita membawa kes ini ke
> mahkamah kerana tiada saksi. 
> Namun, hanya kerana tidak dapat ke mahkamah dan
> tiada saksi ini, kita tidak 
> boleh mengatakan kes ini bukan satu sabotaj,�
> katanya sambil menafikan 
> laporan akhbar sebelum ini yang menolak kemungkinan
> perbuatan itu satu 
> sabotaj.
> 
> Kayveas berkata, kerajaan juga percaya perbuatan itu
> membabitkan satu 
> kumpulan dan bukan setakat satu atau dua orang
> menyebabkan siasatan 
> bertambah rumit.
> 
> Beliau menegaskan bukti dan fakta yang dikumpulkan
> setakat ini jelas 
> menunjukkan kebakaran dewan itu sesuatu yang
> dirancang dan bukan berpunca 
> daripada litar pintas.
> 
> �Jika pun litar pintas, ia adalah litar pintas yang
> disengajakan. Ini 
> terlalu jelas. Bagaimana mungkin litar pintas itu
> boleh tahu yang akan ada 
> satu perhimpunan besar diadakan di dewan berkenaan?
> 
> �Mana perginya pengawal yang sepatutnya membuat
> rondaan setiap satu jam 
> selama 24 jam? Mengapa kebakaran itu tidak
> dilaporkan serta-merta? Hanya 
> selepas hampir 45 minit, bomba menerima laporan
> berhubung kebakaran itu.
> 
> �Bagaimana orang lain boleh memasuki dewan itu
> sedangkan kunci hanya 
> dipegang pengawal? Bagaimana pula kerusi yang
> terletak jauh dari suis boleh 
> terbakar begitu cepat? Ini mustahil kecuali ada
> pihak sengaja menyembur 
> aerosol atau minyak tanah,� katanya.
> 
> Kayeas berkata, penyelenggaraan berterusan dewan
> berkenaan iaitu setiap enam 
> bulan juga mengukuhkan fakta bahawa kebakaran itu
> adalah disengajakan.
> 
> Bagaimanapun, beliau berkata, pihaknya tidak boleh
> mengambil tindakan 
> berhubung perkara itu kecuali menyerahkannya kepada
> polis untuk siasatan dan 
> tindakan lanjutan.
> 
> Sementara itu, Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Meor
> Chek Hussein Mahayuddin 
> berkata polis masih perlu mendapatkan keterangan
> daripada beberapa orang 
> sebelum menamatkan siasatan berhubung punca
> kebakaran itu.
> 
> Diminta mengulas kenyataan Kayveas, beliau berkata
> sehingga kini polis belum 
> dapat membuat sebarang rumusan berhubung punca
> kebakaran dewan berkenaan.
> 
> �Mungkin apa yang beliau (Kayveas) katakan itu
> adalah berdasarkan maklumat 
> yang diterimanya tetapi bagi pihak polis, kami belum
> dapat membuat apa-apa 
> kesimpulan lagi,� katanya.
> 
> Katanya, laporan siasatan serta rumusan berhubung
> punca kebakaran itu akan 
> dihantar ke Ibu Pejabat Polis Bukit Aman sebaik
> sahaja pihaknya berpuas hati 
> dengan siasatan itu untuk tindakan selanjutnya.
> 
> Siasatan pasukan itu diketuai Pemangku Pengarah
> Jabatan Siasatan Jenayah 
> Bukit Aman, Datuk Ramli Yusof dan dibantu Jabatan
> Bekalan Elektrik dan Gas 
> (JBEG) serta Jabatan Kimia.
> 
> 
> 
> 
> 
> MAWAR BERDURI
> 
> 
>
_________________________________________________________________
> Get your FREE download of MSN Explorer at
> http://explorer.msn.com/intl.asp
> 
> 
> 
>
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
>  ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body
> : SUBSCRIBE HIZB)
>  ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body: 
> UNSUBSCRIBE HIZB)
>  ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak
> menggambarkan             )
>  ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net  
>                )
>  ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]    
>                )
> 
>
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
> 
> Pengirim: "mawar berduri" <[EMAIL PROTECTED]>


__________________________________________________
Do You Yahoo!?
Make international calls for as low as $.04/minute with Yahoo! Messenger
http://phonecard.yahoo.com/

 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: mencelah sikit <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke