*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Sapa yang pandai2 kata negara Malaysia bukan negara
Islam. Artikel dari laman haprak umno kata memang
negara Islam.    

------------

Garis Pemisah Bukti Negara Ini Bukan Negara Sekular 

   Isu sekularisme memang sudah lama diperdebatkan di
kalangan cendekiawan, ulama, ahli politik dan rakyat
Malaysia.  
 
Persoalannya, apakah garis pemisah yang boleh
membuktikan bahawa Malaysia bukan negara sekular
seperti yang diwar-warkan sesetengah pihak? 
 
Berhubung perkara ini, Timbalan Pengarah Institut
Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam (Istac),
Prof Dr Wan Mohd Nor Wan Daud dalam makalahnya
bertajuk, Malaysia Negara Islam, Bukan Sekular
menggariskan beberapa persamaan antara negara sekular
masa kini. 
 
Pertama, negara sekular tidak akan menobatkan secara
rasmi sesuatu agama sebagai agama rasmi negara itu. 
 
Kedua, negara sekular tidak akan memperuntukkan dana
awam untuk membangunkan lembaga dan institusi agama.  
 
Ketiga, negara sekular tidak akan menganjurkan
pendidikan bersifat agama dalam sistem pendidikan
kebangsaan mereka yang dibiayai dana awam.  
 
Keempat, undang-undang negara sekular ditentukan
semata-mata oleh kehendak golongan yang berkuasa sama
ada yang memperoleh jumlah terbesar atau yang
menguasai kuasa ketenteraan, ekonomi dan politik atau
semuanya dengan menggunakan kaedah akliah, saintifik
dan demokrasi semata-mata. 
 
Selain itu, katanya, negara sekular memisahkan secara
rasmi simbol dan amalan agama daripada urusan rasmi
serta tidak membelanjakan dana awam untuk kegiatan
dan institusi agama. 
 
“Negara komunis seperti Soviet Union (kini Russia)
dan China, contohnya, adalah negara sekular yang
langsung tidak memasukkan unsur sebarang agama dalam
dasar, amalan awam dan kenegaraannya. 
 
“Amerika Syarikat (AS) juga adalah sebuah negara
sekular. Namun, ia mengekalkan beberapa simbol
keagamaan dalam beberapa dasar dan amalan
kenegaraan,” katanya. 
 
Bagaimanapun, Amerika tetap mengekalkan ciri negara
sekularnya dengan memastikan bahawa dasar negara itu
tidak akan membiayai dan terbabit secara rasmi dengan
institusi dan amalan keagamaan. 
 
Prof Dr Wan Mohd Nor berkata, sejarah membuktikan
bahawa sebuah negara Islam ialah negara yang dikuasai
umat Islam dan menjalankan dasar, amalan peribadi
serta kenegaraan yang sesuai dengan ajaran akidah,
akhlak dan syariah Islam mengikut kemampuan dan
kefahaman masing-masing. 
 
Jika ditelusuri sejarah, negara Islam disebut sebagai
Darul Islam, manakala negara bukan Islam yang
bermusuhan disebut Darul Harbi (negara musuh). Selain
itu, negara yang menjalin hubungan dengan negara
Islam melalui pelbagai perjanjian kerjasama dikenali
sebagai Darul Sulh (negara perjanjian). 
 
Menurutnya, selain pernyataan tegas mengenai Islam
sebagai agama rasmi Malaysia, perkara ‘Kepercayaan
Kepada Tuhan’ menduduki tempat teratas dalam Rukun
Negara sejak 1970, mendahului rukun lain 
eperti ‘Kesetiaan Kepada Raja dan Negara’, ‘Keluhuran
Perlembagaan’, ‘Kedaulatan Undang-Undang’, ‘Kesopanan
dan Kesusilaan’. 
 
Kata Prof Wan Daud, Malaysia menjaga Rukun Islam dan
Rukun Iman dalam pelbagai sistem di bawah
kekuasaannya, menyebarkan agama Islam, menubuhkan
pelbagai institusi agama Islam, dan menyokong
perjuangan umat Islam pada peringkat antarabangsa,
mengikut kemampuan dan kesedaran pemimpin dan rakyat
semasa.  

-- 

_______________________________________________
Talk More, Pay Less with Net2Phone Direct(R), up to 1500 minutes free! 
http://www.net2phone.com/cgi-bin/link.cgi?143 



 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: "mee goreng" <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke