|
Salam~
Sembang bab POS Malaysia pulak dah yang dengaq
cerita tak jadi dijual ke Philio Allied sebab harga murah sangat kot campuq
dengan isu Tun Daim kita yang la ni tah apa jadi dengan dia. Pertamanya, saya
nak mintak maaf kepada kakitangan POS Malaysia, saya gunakan ruangan ni untuk
meluahkan pandangan serta cadangan demi kebaikan bersama. Jom kita kaji selidik
tentang perkhidmatan yang POS Malaysia (POS) yang dok ada sekarang ni. Bukan
apa, kesian pun ada. Geram pun ada meluat tu memang dah lama ada. Kita sekarang
ni dah masuk abad kurun baru, 2001 dah bukan dok dibuai zaman tok nadoq yang
belum ada "api ayaq" zaman yang "buta piang" IT langsung ! Tapi itulah hakikat
POS yang saya dok perkatakan ni. Begitu teruk pemandangan setiap kebanyakkan
pejabat POS (PP) diseluruh tanah air, fasiliti yang amat murah dan kuno masih
lagi terdapat didalamnya. Tambahan pulak PP yang terletak dibahagian
pedalaman, memang teruk sunggu la. Ish !
Justeru sistem pentadbiran mahupun pengurusan yang
sangat daif, lembab, HAPRAK ! Bukan saya seorang yang merungut sedemikian, rata2
masyarakat tak kira lapisan umur mahupun bangsa sangat jelek bila menyebut
POS. Sudahla tu wahai POS, ubah la, ni zaman IT ni, gunakan kemudahan yang
sewajarnya setimpal dengan komisen yang hangpa bedal melalui perkhidmatan haprak
hangpa tu. Biaq la semuanya online, bersih, cekap dan amanah !! Mana pi Q hangpa
?
Takkan nak pi bayaq bil air yang tertunggak pun
kena bawak bil yang lama ??? Ish ! Teruk sungguh !
Salam~
|
- Re: H-Net* POS Malaysia Ibnu Aziz
- Re: H-Net* POS Malaysia Abe Mat
- Re: H-Net* POS Malaysia ani
- Re: H-Net* POS Malaysia ikan masin
- Re: H-Net* POS Malaysia durian botak
- H-Net* AMERICA'S CAMPAIGN TO DESTROY ISLAM:Part I hadi hadad
- H-Net* AMERICA'S CAMPAIGN TO DESTROY ISLAM:Part II hadi hadad
- Re: H-Net* POS Malaysia apanama
- Re: H-Net* POS Malaysia support
