Tiada lapuran bukan bermakna tiada penglibatan...
 
Tambah-tambah pulak kalau yang terlibat ialah ketuanya sendiri...
Tak gitu Pabiyen???
 
 
August 24 , 2001 16:47PM


 
Tidak Ada Laporan Wanita Umno Terlibat Politik Wang
 
KUALA LUMPUR, 24 Ogos (Bernama) -- Ketua Wanita Umno Datuk Seri Rafidah Aziz berkata setakat ini pergerakan itu tidak menerima sebarang laporan mengenai penglibatan anggotanya dalam politik wang.

Beliau berkata ini adalah sesuatu yang membanggakan pergerakan itu dan mesti dikekalkan.

"Dalam Wanita setakat ini langsung tidak ada, dan saya rasa bangga," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan komputer kepada semua ketua wanita bahagian di sini Jumaat.

Rafidah berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai tindakan Lembaga Disiplin parti menggantung hak bertanding dan hak mengundi lapan orang termasuk dua ketua bahagian kerana didapati terbabit dalam politik wang.

Mereka adalah sebahagian daripada 11 anggota Umno yang dikenakan tindakan disiplin oleh lembaga berkenaan awal minggu ini.

Rafidah berkata beliau yakin lembaga itu mempunyai asas yang kukuh untuk mengambil tindakan sedemikian terhadap anggota tersebut.

-- BERNAMA

Kirim email ke