*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
     
(Celah suntingkan kesah yang menarik dari Majalah
Mingguan Wanita.Kalau nak baca semua kena
beli.....majalah yang terbaharu sekali.)
     
       
 Ruangan Ya Tuhan menerima kiriman fax dari Puan Zila
(bukan nama sebenar) dari Sepang, Selangor. Katanya,
dia berasa menyesal mengkhianati cinta suaminya dengan
jatuh cinta kepada suami orang yang mana akhirnya
merosakkan dirinya sendiri. Hanya kerana bermain
chatting dia akhirnya jatuh cinta dengan H. Perasaan
sayangnya terhadap H sama seperti anak-anak remaja
yang hangat dilamun cinta. Ikuti pengakuan Zila dan
dia mengharapkan pembaca dapat membantu menyelesaikan
masalah yang dihadapinya. 
  
       
  Seriknya menjalin hubungan cinta terlarang  
   
Aku tidak berniat untuk membuka pekung di dada ini
tetapi aku mahu ia dijadikan iktibar oleh orang lain.
Janganlah terjebak dan mudah terpedaya dengan
kata-kata manis dan ungkapan sayang seorang yang
bernama lelaki. Lelaki yang mempunyai keinginan seks
yang tinggi tidak akan mengira sama ada mangsanya
sudah berkahwin atau sebaliknya.

Namaku Zila. Umurku dalam lingkungan awal 30-an. Aku
adalah seorang isteri dan ibu kepada empat orang anak
yang berusia antara 3 hingga 10 tahun. Aku memiliki
sebuah rumahtangga bahagia yang kami bina sejak 10
tahun yang lalu. Malah kami sering digelar pasangan
ideal di kalangan rakan-rakan kami. Aku seorang
setiausaha di sebuah syarikat swasta di luar bandar.

Perhubungan cinta terlarang ini terjadi apabila aku
mula melayari laman `chatting' di internet. Semuanya
adalah idea dari rakan-rakan sepejabatku. Seronok
sekali bila dapat ramai kawan sama ada dari dalam
ataupun luar negara. Aku gunakan nama samaran setiap
kali berchatting. Sehinggalah pada suatu hari, aku
menerima mesej dari seorang insan yang bernama H.

H bekerja di sebuah syarikat agak terkemuka di bandar.
Entah kenapa dengan H, aku lebih suka berterus-terang
siapa diriku yang sebenarnya. Mungkin kerana H begitu
jujur memberitahuku tentang dirinya yang berumur 37
tahun, sudah beristeri dan mempunyai empat orang anak
berumur antara 1 hingga 10 tahun. Aku tidak keberatan
untuk memberikan nombor telefon pejabat dan telefon
bimbitku apabila diminta oleh H kerana aku dapat
rasakan kami boleh menjadi kawan baik dan
bertukar-tukar pendapat. Aku tidak fikir, ia menjadi
satu kesalahan jika niatku hanya ingin berkawan.  
  
  


__________________________________________________
Do You Yahoo!?
Make international calls for as low as $.04/minute with Yahoo! Messenger
http://phonecard.yahoo.com/

 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: mencelah sikit <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke