*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
{ Sila lawat Laman Hizbi-Net - http://www.hizbi.net }
{ Hantarkan mesej anda ke: [EMAIL PROTECTED] }
{ Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] }
*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Assalamualaikum,
Bangcelah, mana sambungnya. Nak tahu juga kesudahan
nya. Kita tak beli majallah wanita.
Satu lagi, sekarang ni depa cakap ada satu benda
yang tak senonoh berkaitan dengan alam cyber ni...
apenamenye...virtual sex. Kita pun tak tahu
bagaimana cuma dapat imagine ajelah.
Satu kes lagi, keluar kat radio semalam, pasal
seorang gadis yg mengaku menerima panggilan lucah
dari seseorang jejaka. Mula2 dia marah. Lepas tu
dia guna saikologi sikit untuk memujuk si pemanggil
untuk bersemuka. Terperanjat juga dia sebab silelaki
tu berkedudukan, handsome dan nampak macam
terpelajar. Jadi kerja2 begini rupanya bukan mat
black metal aje yang buat, mat exec pun buat juga.
>
> (Celah suntingkan kesah yang menarik dari Majalah
> Mingguan Wanita.Kalau nak baca semua kena
> beli.....majalah yang terbaharu sekali.)
>
>
> Ruangan Ya Tuhan menerima kiriman fax dari Puan Zila
> (bukan nama sebenar) dari Sepang, Selangor. Katanya,
> dia berasa menyesal mengkhianati cinta suaminya dengan
> jatuh cinta kepada suami orang yang mana akhirnya
> merosakkan dirinya sendiri. Hanya kerana bermain
> chatting dia akhirnya jatuh cinta dengan H. Perasaan
> sayangnya terhadap H sama seperti anak-anak remaja
> yang hangat dilamun cinta. Ikuti pengakuan Zila dan
> dia mengharapkan pembaca dapat membantu menyelesaikan
> masalah yang dihadapinya.
>
>
> Seriknya menjalin hubungan cinta terlarang
>
> Aku tidak berniat untuk membuka pekung di dada ini
> tetapi aku mahu ia dijadikan iktibar oleh orang lain.
> Janganlah terjebak dan mudah terpedaya dengan
> kata-kata manis dan ungkapan sayang seorang yang
> bernama lelaki. Lelaki yang mempunyai keinginan seks
> yang tinggi tidak akan mengira sama ada mangsanya
> sudah berkahwin atau sebaliknya.
>
> Namaku Zila. Umurku dalam lingkungan awal 30-an. Aku
> adalah seorang isteri dan ibu kepada empat orang anak
> yang berusia antara 3 hingga 10 tahun. Aku memiliki
> sebuah rumahtangga bahagia yang kami bina sejak 10
> tahun yang lalu. Malah kami sering digelar pasangan
> ideal di kalangan rakan-rakan kami. Aku seorang
> setiausaha di sebuah syarikat swasta di luar bandar.
>
> Perhubungan cinta terlarang ini terjadi apabila aku
> mula melayari laman `chatting' di internet. Semuanya
> adalah idea dari rakan-rakan sepejabatku. Seronok
> sekali bila dapat ramai kawan sama ada dari dalam
> ataupun luar negara. Aku gunakan nama samaran setiap
> kali berchatting. Sehinggalah pada suatu hari, aku
> menerima mesej dari seorang insan yang bernama H.
>
> H bekerja di sebuah syarikat agak terkemuka di bandar.
> Entah kenapa dengan H, aku lebih suka berterus-terang
> siapa diriku yang sebenarnya. Mungkin kerana H begitu
> jujur memberitahuku tentang dirinya yang berumur 37
> tahun, sudah beristeri dan mempunyai empat orang anak
> berumur antara 1 hingga 10 tahun. Aku tidak keberatan
> untuk memberikan nombor telefon pejabat dan telefon
> bimbitku apabila diminta oleh H kerana aku dapat
> rasakan kami boleh menjadi kawan baik dan
> bertukar-tukar pendapat. Aku tidak fikir, ia menjadi
> satu kesalahan jika niatku hanya ingin berkawan.
--
_______________________________________________
FREE Personalized E-mail at Mail.com
http://www.mail.com/?sr=signup
Talk More, Pay Less with Net2Phone Direct(R), up to 1500 minutes free!
http://www.net2phone.com/cgi-bin/link.cgi?143
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body : SUBSCRIBE HIZB)
( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body: UNSUBSCRIBE HIZB)
( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan )
( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net )
( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED] )
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Pengirim: "apa nama" <[EMAIL PROTECTED]>