*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
From: Shaidatul Akmar Mhd 

>assalamualaikum... 
>kita dah tau depa macam tu yang dok pi layan lagi
>buat aper dan buat saudara ibrahim..saya kurang
>faham dengan penerangan saudara di akhir pertemuan
>saudara dengan T. hadi awang...

Wa'alaikum mussalam,

Mail hamba tu hamba cc kat dia. Kalau dia bodoh
sorang2 tak apalah juga. Tapi sebab dia nak bodohkan
orang lain, hamba hanya menjalankan tugas hamba 
untuk mencegah dengan yang sepadan dengannya. 
Selalunya orang macam ni dah tak kenal dah cara
pujuk2 ni. Nak kena ketuk kuat, mudahan boleh masuk
dalam hati dia. Macam budak malas solat, sampai
waktu kena pukul.

Jahatnya kunta kinte ni, dia provoke gomen suruh
ambil tindakan kepada rakyat2 yg tak sehaluan
dengan dia. Dia ingat bumi ni dia punya.

Pasal kisah imranibrahim tu susah nak komen pasal
dapat dengar dari dia aje. Kalau ada komen dari
pihak yang satu lagi, baru fair.

-----Original Message-----
From: "imranibrahim" <[EMAIL PROTECTED]>
Date: Wed, 29 Aug 2001 10:39:49 +0800
To: "mee goreng" <[EMAIL PROTECTED]>, <[EMAIL PROTECTED]>
Subject: Re: H-Net* Bodohnya pemikiran umno ni...


> Assalamualaikum wrth wbth.
> 
> Saya ingin mempelawa sedikit pengalaman dengan sahabat2 netters. 1990 saya
> bermukim di Setiu dan ramai juga guru-guru pondok yang saya jadikan guru dan
> sahabat. Antaranya Tuan Guru haji omar (Ayah Chik omar, Tn Guru Hj
> najmuddin, Tn Guru hj Awang, Tn Guru hj Jusoh dan lain2 ustaz untuk diambil
> pelajaran dan manfaat hidup.
> 
> Tempat kediaman saya terlalu ramai anak2 muda yang menghadapi masalah sosial
> dan saya mendekati mereka tahun 1991. Apabila Allah mentaufiqkan mereka
> untuk berubah sya mula membuka kitab di masjid2, terutama masjid bukan
> kerajaan kerana ketiadaan halangan permit, namun terlebih dahulu saya
> maklumkan kepada tn Qadhi masa tu Tn Qadhi Mohd Nor selepas tu Tn Hj
> Shamsuddin. Saya terlebih dahulu menerangkan kepada beliau selok belok atau
> skop penyampaian saya.
> 
> Ramailah imam2 UMNO mengamuk menuduh saya membawa ajaran sesat dan saya
> berdepan denga SB2 pejabat agama dan polis.
> 
> Setelah masjid2 Pas mula hidup, ada diantara imam2 Pas tidak berkenaan
> kerana penyampaian saya tidak menyentuh peribadi UMNO biarpun disokong oleh
> Guru2 pondok tadi yang mula terbuka pemikiran mereka.
> 
> Akhirnya saya dipanggil oleh Ustaz Abu Bakar Chik ketika itu Ketua pemuda
> Pas malaysia. Dalam perbincangan saya menegur kerana ramai sahabat2
> menghukum UMNO atau orang yang tidak sehaluan dengan PAS, sedangkan hukum
> Allah sudah ada panduannya. Teguran itu menjadikan beliau melenting dan
> mengecapkan saya sebgai UMNO lantas mengcungkil apa yang saya bawa adalah
> karut. perkara ini di sokong oleh ustaz Hussain yang sekarang ini Speaker
> DUN Trg.
> 
> Akhirnya 3 buah masjid PAS Setiu, Kg Besut, Kg Buluh dan Kg Banggol telah
> mengistiharkan saya membawa ajaran sesat. Pada bulan 5  1993,   kalau tak
> silap saya ada penerangan perlaksanaan hudud telah dia adakan di
>  setiu, penceramahnya Tn Guru Hj Abdul Hadi Awang, Sdr Mustaffa Ali dan Sdr
> Wan Muttalib.
> 
> Semasa sesi soal jawab, saya mengemukan soalan, ""Tn Guru sekiranya Pas
> memerintah Terengganu dan Syariah Islam dilaksanakan bagaimana hukuman yang
> akan dijatuhkan kepada mereka yang diragui membawa ajaran sesat?"" Sekiranya
> kita kenalpasti ada seseorang atau kumpulan membawa ajaran sesat, maka kita
> akan adakan syura Ulama' , kita lihat panduan al quran, hadis, ijma'' dan
> qias. Sekiranya amalan tersebut tiada berkaitan dengan sumber hukum maka
> kita akan panggil pengamal tadi untuk diberikan penerangan, jika kesamaran
> atau salah kita suruh dia taubat, jika tidak kita akan jatuhkan hukum
> mengikut kaedahnya"
> 
> Saya bertanya lagi, "Adakah hukuman yang dijatuhkan terhadap saya telah
> melalui proses yang Tuan Guru sebutkan tadi?''- Beliau menambah untuk
> bincang selepas ceramah.
> 
> Selepas ceramah, saya dijemput dan berdepan dengan ramai pemimpin termasuk
> ustaz Abu bakar Chik. Tok Guru tanya saya siapa yang mulakan perkara
> pertuduhan itu kerana beliau tidak tahu, saya cakap Ustaz Abu Bakar chik
> yang memberi arahan, Tok Guru minta penjelasan daripada Ustaz abu bakar
> Chik, beliau menegaskan beliau telah mengarahkan orang bertanya kepada Tok
> Guru Nik Aziz mengenai apa yang saya bawa, maka Tok guru nik Aziz kata
> sesat''...Tok Guru Haji Hadi berkata....ooo kalau tok Guru nik Aziz kata
> sesat, sesatlah tu...
> 
> Saya menambah, habis kaedah hukum yang Tok Guru jelaskan pada ceramah tadi
> bagaimana? Wan Muttalib mencelah, kita ni dah pukul 12 lebih, jadi dah tak
> ada masa....
> 
> Habis saya ni bagaimana?....
> 
> Sahabat netters boleh bertanyakan kepada mereka yang semuanya masih hidup.
> Kehadiran ceramah pada hari tu lebi9h daripada 3000 orang.
> 
> Saya tidak bermaksud menyokong atau membenci mana2 pihak. Namun hukum tetap
> hukum, orang jahat kalau buat jahat dah tentu jahat orang jahil dan orang
> alim mesti tahu itu adalah jahat. tapi kalau orang baik yang buat jahat
> hanya orang alim sahaja yang tahu, kalau hanya sekadar dengar ceramah dan
> tak mengaji tak ada jalan untuk mengakji dan berfikir dan tentu tak akan
> kenal jahat.
> 
> Terpulanglah pada netters untuk memberi komen...
> 
> Wassalam.
> ----- Original Message -----
> From: "mee goreng" <[EMAIL PROTECTED]>
> To: <[EMAIL PROTECTED]>
> Sent: Tuesday, August 28, 2001 11:59 AM
> Subject: H-Net* Bodohnya pemikiran umno ni...
> 
> 
> >
> >  *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
> >  {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
> >  {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
> >  {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
> >  *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
> >           PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
> >  ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
> > Tengoklah betapa bodohnya manusia umno ni yang tak
> > habis2 nak menyelewengkan fakta dengan kebodohan
> > dia.
> >
> > Khalifah ambil dari parsi dan rom selagimana tak
> > bertentangan dengan Islam. Umno ambil british punya
> > tak kira apa hukum Islam mengenainya.  Benda simple
> > macam ni pun dia tak nampak....tak ada harapanlah
> > nampaknya....
> >
> > Itulah akibatnya bila benci pada Islam, tak kemanalah
> > perginya...  Hari ini memusuhi mujahiddin, besok
> > entahapa2 lagi sandiwara yang akan dimainkannya....
> >
> > ------------------------
> >
> > Datuk Seri Hadi Awang! Adakah Babi Halal Jika Disembelih?
> >
> >    Kunta Kinte Malaysia ([EMAIL PROTECTED])
> >
> > Saban malam, bulan berganti bulan, tahun berselisih tahun, Pas tidak
> pernah berhenti menghentam kerajaan pimpinan UMNO kerana tidak melaksanakan
> perundangan Islam.
> >
> > Boleh dikatakan apa sahaja tindakan kerajaan pimpinan UMNO termasuk usaha
> mewujudkan pelbagai akta bagi mengukuhkan Mahkamah Syariah juga sering
> diperlekehkan oleh PAS.
> >
> > seorang pemimpin Pas pernah mendakwa bahawa Sistem Perbankan Islam di
> Malaysia tidak Islamik. Pas juga menentang Eknakmen Pemulihan Akidah Negeri
> Perlis kerana tidak menepati pemikiran Islam ala Pas.
> >
> > Apa sahaja yang UMNO buat Pas akan menentang atas alasan agama Islam yang
> maha suci ini. Demikianlah Pas melihat semua perkara mengenai Islam yang
> dibuat oleh UMNO sebagai tidak menepati kehendak Islam.
> >
> > Apabila kerajaan Pusat pimpinan UMNO menolak Enakmen Jenayah Syariah II
> Kelantan (1993) kerana tidak menepati kehendak keadilan dalam Islam yang
> sebenar tidak ada seorang pun pengikut Pas mahu menerima hakikat tersebut.
> >
> > Mereka merasakan amatlah mustahil untuk UMNO mengajar Pas bagaimana untuk
> melaksanakan perundangan Islam di Malaysia. Mereka merasakan hanya pemimpin
> atau ulama Pas sahaja yang betul dan faham tentang Islam.
> >
> > Semua ini menjadi kepercayaan pengikut-pengikut Pas yang bertaklid buta
> kepada ulama separuh masak mereka. Kelompok pemimpin Pas ini bukanlah pakar
> perundangan pun selain menghafal kitab-kitab dan bertaklid buta kepada ulama
> tertentu.
> >
> > Malangnya ramai orang tertipu dengan hipokrasi ini hinggakan menganggap
> apa sahaja Pas buat Islamik dan apa yang UMNO buat tidak menepati kehendak
> Islam.
> >
> > Namun apa yang berlaku dalam Dewan Undangan Negeri Terengganu semalam
> adalah satu yang ironis kepada seluruh perjuangan Islam Pas.
> >
> > Seluruh umat Islam di negara ini pasti pening memikirkan bagaimana mereka
> yang mengaku ulama dan tok guru mengambil undang-undang (Akta-akta Mahkamah
> Syariah Wilayah Persekutuan) daripada orang yang mereka panggil 'mahafiraun'
> untuk dijadikan sebagai undang-undang negeri 'Islam' (Terengganu) mereka.
> >
> > Kerajaan Terengganu pimpinan Pas yang selama ini melihat pemerintahan UMNO
> sebagai pemerintah taghut dan tidak islamik telah mengambil 99% Rang
> Undang-Undang Islam Wilayah Persekutuan untuk dibentangkan dalam Dewan
> Undangan Negeri Terengganu.
> >
> > Dengan kata lain, apa yang mereka anggap selama ini tidak tepat, tidak
> betul, tidak islamik telah diambil dan diluluskan oleh kerajaan Terengganu
> pimpinan Pas.
> >
> > Tidak cukup dengan itu, 'Ulama Muktabar Pas' Datuk Seri Abdul Hadi Awang
> semasa ditanya pemberita enggan mengakui atau menafikan bahawa kerajaan
> pimpinannya mengambil perundangan Islam Wilayah Persekutuan.
> >
> > Sebaliknya beliau menganggap kalau ada pun sebagai kebetulan sahaja.
> Alangkah hebatnya kebetulan ini hinggakan yang berubah hanya kepada
> perkataan akta kepada enakmen dan Yang Dipertuan Agong kepada Sultan
> Terengganu.
> >
> > Demikianlah egonya seorang yang meletakkan dirinya sebagai tok guru dan
> ulama ini hinggakan walaupun telah terbukti bahawa 99% apa yang dibentangkan
> itu adalah dari perundangan Islam WP, beliau tanpa malu masih enggan
> mengakui bahawa mereka meluluskan Undang-Undang yang dibuat oleh kerajaan
> pimpinan UMNO.
> >
> > Sebenarnya tidak ada salah untuk kerajaan Terengganu mengambil perundangan
> Islam WP ini kerana telah ternyata ia baik untuk umat Islam.
> >
> > Cuma adab orang berilmu, kalau menggunakan ilmu atau kajian orang lain
> hendaklah kita memberi akreditasi atau perakuan kepada orang yang
> menggubalnya.
> >
> > Tapi kita faham jika Hadi Awang enggan mengakuinya. Jika beliau mengakui
> fakta ini maka ia samalah seperti mengatakan Pas mengiktiraf pemerintahan
> Islam UMNO. Sekaligus bermakna UMNO mendahului atau memimpin Pas dalam
> Islam - satu hal yang tidak mungkin mahu diakui oleh pemimpin Pas sampai
> bila-bila.
> >
> > Kerana jika ini berlaku hilanglah imej dan ego pemipin Pas yang
> dibanggakan oleh para penyokong mereka sebagai lebih islam dan pakar tentang
> islam berbanding orang lain. Sekaligus dalam jangka masa panjang ia akan
> menghakis 'akidah' parti Pas yang telah dipupuk selama ini.
> >
> > Kita tidak kisah jika mereka enggan mengakuinya kerana ego. Ini sudah
> lumrah manusia.
> >
> > Tapi bukankah mereka juga selama ini menganggap akta-akta itu tidak
> menepati kehendak Islam? Ini perkara serius. Kalau dulu tidak betul kenapa
> sekarang harus betul? Apakah kerana Pas yang meluluskannya maka secara
> automatik ia menepati kehendak Islam?
> >
> > Hadi Awang dalam mengelakkan diri dari mengaku ia mengambil undang-undang
> Islam WP yang digubal oleh kerajaan pimpinan UMNO telah menggunakan analogi
> dengan mengatakan bahawa Saidina Umar juga pernah mengambil undang-undang
> Parsi dan Rom.
> >
> > Apa jenis pemimpin ini? Sudahlah tidak mengaku mengambil undang-undang
> buatan UMNO, kemudian buat perbandingan seolah-olah beliau macam Saidina
> Umar dan kerajaan pusat macam kerajaan Rom dan Parsi (bukan Islam) pula.
> >
> > Apa jenis manusia orang macam Hadi Awang ini kita kurang jelas.
> >
> > Dulu dia kata kita jahiliyah sebab ambil sebahagian undang-undang Kafir
> (British) jadi perlembagaan Malaysia. Kalau lupa eloklah Hadi Awang semak
> ucapan-ucapan beliau yang mendakwa sesiapa mengambil perundangan kafir maka
> ia kafir untuk menjustifikasikan penerimaan UMNO ke atas Perlembagaan
> Malaysia hari ini.
> >
> > Tapi bila tiba gilirannya, cepat pula guna alasan bahawa Saidina Umar
> pernah mengambil undang-undang orang kafir.
> >
> > Macam mana ni tok guru. Dulu kami jadi kafir kerana guna sebahagian
> undang-undang British. Tapi sekarang Tok Guru kata Saidina Umar juga pernah
> ambil undang-undang Rom dan Parsi (orang kafirlah tu).
> >
> > Parahnya pemikiran ini kerana Islamik atau tidak, halal atau haram sesuatu
> itu bukan lagi kepada prinsip Islam tetapi kepada pakaian atau luaran
> sesuatu itu. Nampaknya apa yang Pas buat islamik dan apa yang UMNO buat
> tidak Islamik kerana Pas parti Islam dan UMNO bukan parti Islam.
> >
> > Kalau luaran atau pakaiannya UMNO maka ia tidak islamik demikian juga
> sebaliknya jika ia diberi pakaian Pas maka semua menjadi islamik dan halal
> termasuk berkawan dengan syaitan, mencarut dan berkhalwat.
> >
> > Pening kita orang biasa memikirkan putar belit tok guru ni. Cuma soalan
> penulis untuk Hadi Awang dan seluruh ahli Pas: Adakah Babi Jadi Halal Kalau
> Disembelih?
> >
> >
> > --
> >
> > _______________________________________________
> > Talk More, Pay Less with Net2Phone Direct(R), up to 1500 minutes free!
> > http://www.net2phone.com/cgi-bin/link.cgi?143
> >
> >
> >
> >  ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
> >  ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
> >  ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
> >  ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
> >  ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
> >  ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
> >  ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
> >
> > Pengirim: "mee goreng" <[EMAIL PROTECTED]>
> >
> 

-- 

_______________________________________________
Talk More, Pay Less with Net2Phone Direct(R), up to 1500 minutes free! 
http://www.net2phone.com/cgi-bin/link.cgi?143 



 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: "mee goreng" <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke