*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Assalamualaikum,

Ekoran paparan ana pada 3 minggu yang lepas, bersama-sama ini ana sertakan
nama dan alamat shabat ana.

Abdul jamil bin Yahaya,
Sek men Kebangsaan Teloi Kanan,
09300 Kuala Ketil,
Kedah Darul Aman.

Pilihan 25-30 Tahun.
Negeri tak kiralah, Asalkan mempunyai fahaman Ahli sunnah waljamaah
berpegang teguh pada agama.

Itu sahaja.
----- Original Message -----
From: "Khairi" <[EMAIL PROTECTED]>
To: "imranibrahim" <[EMAIL PROTECTED]>
Cc: "mee goreng" <[EMAIL PROTECTED]>; <[EMAIL PROTECTED]>
Sent: Sunday, September 02, 2001 2:53 AM
Subject: Re: H-Net* Bodohnya pemikiran umno ni...


> alaikum salam.
>
> 1. saya berpendapat jika sdr hendak komen dari netters, dalam hal ini,
kami
> orang luar yg
> "jauh". Orang keliling sdr adalah "dalam kedudukan" untuk buat komen.
>
> 2. sdr elok dapatkan orang keliling sdr untuk sokong sdr, bukan orang yang
> kenali sdr dari jauh sebagai tempat mengadu.
>  kalau sdr berjaya maka elok bagi sdr tapi kalau sdr gagal maka serahkan
hal ini
> kepada ALLah sebab ALLah maha adil, kalau tak di dunia di
> akhirat akan dapat balasannya.
>
> 3. amnya, hubungan sendiri dengan ALLah adalah perkara amat utama, apa
orang
> lain kata amnya adakan perkara
> "secondary", ikhlas  dalam niat dan perbuatan kita, be calculative dan
sentias
> amenimbang perkara mengikut syari'at,
> insyaALLah, kita akan difahami oleh orang keliling kita, dan kalau masih
gagal
> (pada pandangan sendiri) maka hal itu kita
> serahkan kepada ALLah SWT.
>
> semuga sdr sentiasa ditunjuki ALLah SWT dalam mengharung kehidupan.
>
> maap kalau salah direction.
>
> waLLahu a'lam
>
>
> imranibrahim wrote:
>
> >  *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
> >  {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
> >  {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
> >  {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
> >  *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
> >           PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
> >  ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
> > Assalamualaikum wrth wbth.
> >
> > Saya ingin mempelawa sedikit pengalaman dengan sahabat2 netters. 1990
saya
> > bermukim di Setiu dan ramai juga guru-guru pondok yang saya jadikan guru
dan
> > sahabat. Antaranya Tuan Guru haji omar (Ayah Chik omar, Tn Guru Hj
> > najmuddin, Tn Guru hj Awang, Tn Guru hj Jusoh dan lain2 ustaz untuk
diambil
> > pelajaran dan manfaat hidup.
> >
> > Tempat kediaman saya terlalu ramai anak2 muda yang menghadapi masalah
sosial
> > dan saya mendekati mereka tahun 1991. Apabila Allah mentaufiqkan mereka
> > untuk berubah sya mula membuka kitab di masjid2, terutama masjid bukan
> > kerajaan kerana ketiadaan halangan permit, namun terlebih dahulu saya
> > maklumkan kepada tn Qadhi masa tu Tn Qadhi Mohd Nor selepas tu Tn Hj
> > Shamsuddin. Saya terlebih dahulu menerangkan kepada beliau selok belok
atau
> > skop penyampaian saya.
> >
> > Ramailah imam2 UMNO mengamuk menuduh saya membawa ajaran sesat dan saya
> > berdepan denga SB2 pejabat agama dan polis.
> >
> > Setelah masjid2 Pas mula hidup, ada diantara imam2 Pas tidak berkenaan
> > kerana penyampaian saya tidak menyentuh peribadi UMNO biarpun disokong
oleh
> > Guru2 pondok tadi yang mula terbuka pemikiran mereka.
> >
> > Akhirnya saya dipanggil oleh Ustaz Abu Bakar Chik ketika itu Ketua
pemuda
> > Pas malaysia. Dalam perbincangan saya menegur kerana ramai sahabat2
> > menghukum UMNO atau orang yang tidak sehaluan dengan PAS, sedangkan
hukum
> > Allah sudah ada panduannya. Teguran itu menjadikan beliau melenting dan
> > mengecapkan saya sebgai UMNO lantas mengcungkil apa yang saya bawa
adalah
> > karut. perkara ini di sokong oleh ustaz Hussain yang sekarang ini
Speaker
> > DUN Trg.
> >
> > Akhirnya 3 buah masjid PAS Setiu, Kg Besut, Kg Buluh dan Kg Banggol
telah
> > mengistiharkan saya membawa ajaran sesat. Pada bulan 5  1993,   kalau
tak
> > silap saya ada penerangan perlaksanaan hudud telah dia adakan di
> >  setiu, penceramahnya Tn Guru Hj Abdul Hadi Awang, Sdr Mustaffa Ali dan
Sdr
> > Wan Muttalib.
> >
> > Semasa sesi soal jawab, saya mengemukan soalan, ""Tn Guru sekiranya Pas
> > memerintah Terengganu dan Syariah Islam dilaksanakan bagaimana hukuman
yang
> > akan dijatuhkan kepada mereka yang diragui membawa ajaran sesat?""
Sekiranya
> > kita kenalpasti ada seseorang atau kumpulan membawa ajaran sesat, maka
kita
> > akan adakan syura Ulama' , kita lihat panduan al quran, hadis, ijma''
dan
> > qias. Sekiranya amalan tersebut tiada berkaitan dengan sumber hukum maka
> > kita akan panggil pengamal tadi untuk diberikan penerangan, jika
kesamaran
> > atau salah kita suruh dia taubat, jika tidak kita akan jatuhkan hukum
> > mengikut kaedahnya"
> >
> > Saya bertanya lagi, "Adakah hukuman yang dijatuhkan terhadap saya telah
> > melalui proses yang Tuan Guru sebutkan tadi?''- Beliau menambah untuk
> > bincang selepas ceramah.
> >
> > Selepas ceramah, saya dijemput dan berdepan dengan ramai pemimpin
termasuk
> > ustaz Abu bakar Chik. Tok Guru tanya saya siapa yang mulakan perkara
> > pertuduhan itu kerana beliau tidak tahu, saya cakap Ustaz Abu Bakar chik
> > yang memberi arahan, Tok Guru minta penjelasan daripada Ustaz abu bakar
> > Chik, beliau menegaskan beliau telah mengarahkan orang bertanya kepada
Tok
> > Guru Nik Aziz mengenai apa yang saya bawa, maka Tok guru nik Aziz kata
> > sesat''...Tok Guru Haji Hadi berkata....ooo kalau tok Guru nik Aziz kata
> > sesat, sesatlah tu...
> >
> > Saya menambah, habis kaedah hukum yang Tok Guru jelaskan pada ceramah
tadi
> > bagaimana? Wan Muttalib mencelah, kita ni dah pukul 12 lebih, jadi dah
tak
> > ada masa....
> >
> > Habis saya ni bagaimana?....
> >
> > Sahabat netters boleh bertanyakan kepada mereka yang semuanya masih
hidup.
> > Kehadiran ceramah pada hari tu lebi9h daripada 3000 orang.
> >
> > Saya tidak bermaksud menyokong atau membenci mana2 pihak. Namun hukum
tetap
> > hukum, orang jahat kalau buat jahat dah tentu jahat orang jahil dan
orang
> > alim mesti tahu itu adalah jahat. tapi kalau orang baik yang buat jahat
> > hanya orang alim sahaja yang tahu, kalau hanya sekadar dengar ceramah
dan
> > tak mengaji tak ada jalan untuk mengakji dan berfikir dan tentu tak akan
> > kenal jahat.
> >
> > Terpulanglah pada netters untuk memberi komen...
> >
> > Wassalam.
> > ----- Original Message -----
> > From: "mee goreng" <[EMAIL PROTECTED]>
> > To: <[EMAIL PROTECTED]>
> > Sent: Tuesday, August 28, 2001 11:59 AM
> > Subject: H-Net* Bodohnya pemikiran umno ni...
> >
> > >
> > >  *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
> > >  {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
> > >  {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
> > >  {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
> > >  *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
> > >           PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
> > >  ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
> > > Tengoklah betapa bodohnya manusia umno ni yang tak
> > > habis2 nak menyelewengkan fakta dengan kebodohan
> > > dia.
> > >
> > > Khalifah ambil dari parsi dan rom selagimana tak
> > > bertentangan dengan Islam. Umno ambil british punya
> > > tak kira apa hukum Islam mengenainya.  Benda simple
> > > macam ni pun dia tak nampak....tak ada harapanlah
> > > nampaknya....
> > >
> > > Itulah akibatnya bila benci pada Islam, tak kemanalah
> > > perginya...  Hari ini memusuhi mujahiddin, besok
> > > entahapa2 lagi sandiwara yang akan dimainkannya....
> > >
> > > ------------------------
> > >
> > > Datuk Seri Hadi Awang! Adakah Babi Halal Jika Disembelih?
> > >
> > >    Kunta Kinte Malaysia ([EMAIL PROTECTED])
> > >
> > > Saban malam, bulan berganti bulan, tahun berselisih tahun, Pas tidak
> > pernah berhenti menghentam kerajaan pimpinan UMNO kerana tidak
melaksanakan
> > perundangan Islam.
> > >
> > > Boleh dikatakan apa sahaja tindakan kerajaan pimpinan UMNO termasuk
usaha
> > mewujudkan pelbagai akta bagi mengukuhkan Mahkamah Syariah juga sering
> > diperlekehkan oleh PAS.
> > >
> > > seorang pemimpin Pas pernah mendakwa bahawa Sistem Perbankan Islam di
> > Malaysia tidak Islamik. Pas juga menentang Eknakmen Pemulihan Akidah
Negeri
> > Perlis kerana tidak menepati pemikiran Islam ala Pas.
> > >
> > > Apa sahaja yang UMNO buat Pas akan menentang atas alasan agama Islam
yang
> > maha suci ini. Demikianlah Pas melihat semua perkara mengenai Islam yang
> > dibuat oleh UMNO sebagai tidak menepati kehendak Islam.
> > >
> > > Apabila kerajaan Pusat pimpinan UMNO menolak Enakmen Jenayah Syariah
II
> > Kelantan (1993) kerana tidak menepati kehendak keadilan dalam Islam yang
> > sebenar tidak ada seorang pun pengikut Pas mahu menerima hakikat
tersebut.
> > >
> > > Mereka merasakan amatlah mustahil untuk UMNO mengajar Pas bagaimana
untuk
> > melaksanakan perundangan Islam di Malaysia. Mereka merasakan hanya
pemimpin
> > atau ulama Pas sahaja yang betul dan faham tentang Islam.
> > >
> > > Semua ini menjadi kepercayaan pengikut-pengikut Pas yang bertaklid
buta
> > kepada ulama separuh masak mereka. Kelompok pemimpin Pas ini bukanlah
pakar
> > perundangan pun selain menghafal kitab-kitab dan bertaklid buta kepada
ulama
> > tertentu.
> > >
> > > Malangnya ramai orang tertipu dengan hipokrasi ini hinggakan
menganggap
> > apa sahaja Pas buat Islamik dan apa yang UMNO buat tidak menepati
kehendak
> > Islam.
> > >
> > > Namun apa yang berlaku dalam Dewan Undangan Negeri Terengganu semalam
> > adalah satu yang ironis kepada seluruh perjuangan Islam Pas.
> > >
> > > Seluruh umat Islam di negara ini pasti pening memikirkan bagaimana
mereka
> > yang mengaku ulama dan tok guru mengambil undang-undang (Akta-akta
Mahkamah
> > Syariah Wilayah Persekutuan) daripada orang yang mereka panggil
'mahafiraun'
> > untuk dijadikan sebagai undang-undang negeri 'Islam' (Terengganu)
mereka.
> > >
> > > Kerajaan Terengganu pimpinan Pas yang selama ini melihat pemerintahan
UMNO
> > sebagai pemerintah taghut dan tidak islamik telah mengambil 99% Rang
> > Undang-Undang Islam Wilayah Persekutuan untuk dibentangkan dalam Dewan
> > Undangan Negeri Terengganu.
> > >
> > > Dengan kata lain, apa yang mereka anggap selama ini tidak tepat, tidak
> > betul, tidak islamik telah diambil dan diluluskan oleh kerajaan
Terengganu
> > pimpinan Pas.
> > >
> > > Tidak cukup dengan itu, 'Ulama Muktabar Pas' Datuk Seri Abdul Hadi
Awang
> > semasa ditanya pemberita enggan mengakui atau menafikan bahawa kerajaan
> > pimpinannya mengambil perundangan Islam Wilayah Persekutuan.
> > >
> > > Sebaliknya beliau menganggap kalau ada pun sebagai kebetulan sahaja.
> > Alangkah hebatnya kebetulan ini hinggakan yang berubah hanya kepada
> > perkataan akta kepada enakmen dan Yang Dipertuan Agong kepada Sultan
> > Terengganu.
> > >
> > > Demikianlah egonya seorang yang meletakkan dirinya sebagai tok guru
dan
> > ulama ini hinggakan walaupun telah terbukti bahawa 99% apa yang
dibentangkan
> > itu adalah dari perundangan Islam WP, beliau tanpa malu masih enggan
> > mengakui bahawa mereka meluluskan Undang-Undang yang dibuat oleh
kerajaan
> > pimpinan UMNO.
> > >
> > > Sebenarnya tidak ada salah untuk kerajaan Terengganu mengambil
perundangan
> > Islam WP ini kerana telah ternyata ia baik untuk umat Islam.
> > >
> > > Cuma adab orang berilmu, kalau menggunakan ilmu atau kajian orang lain
> > hendaklah kita memberi akreditasi atau perakuan kepada orang yang
> > menggubalnya.
> > >
> > > Tapi kita faham jika Hadi Awang enggan mengakuinya. Jika beliau
mengakui
> > fakta ini maka ia samalah seperti mengatakan Pas mengiktiraf
pemerintahan
> > Islam UMNO. Sekaligus bermakna UMNO mendahului atau memimpin Pas dalam
> > Islam - satu hal yang tidak mungkin mahu diakui oleh pemimpin Pas sampai
> > bila-bila.
> > >
> > > Kerana jika ini berlaku hilanglah imej dan ego pemipin Pas yang
> > dibanggakan oleh para penyokong mereka sebagai lebih islam dan pakar
tentang
> > islam berbanding orang lain. Sekaligus dalam jangka masa panjang ia akan
> > menghakis 'akidah' parti Pas yang telah dipupuk selama ini.
> > >
> > > Kita tidak kisah jika mereka enggan mengakuinya kerana ego. Ini sudah
> > lumrah manusia.
> > >
> > > Tapi bukankah mereka juga selama ini menganggap akta-akta itu tidak
> > menepati kehendak Islam? Ini perkara serius. Kalau dulu tidak betul
kenapa
> > sekarang harus betul? Apakah kerana Pas yang meluluskannya maka secara
> > automatik ia menepati kehendak Islam?
> > >
> > > Hadi Awang dalam mengelakkan diri dari mengaku ia mengambil
undang-undang
> > Islam WP yang digubal oleh kerajaan pimpinan UMNO telah menggunakan
analogi
> > dengan mengatakan bahawa Saidina Umar juga pernah mengambil
undang-undang
> > Parsi dan Rom.
> > >
> > > Apa jenis pemimpin ini? Sudahlah tidak mengaku mengambil undang-undang
> > buatan UMNO, kemudian buat perbandingan seolah-olah beliau macam Saidina
> > Umar dan kerajaan pusat macam kerajaan Rom dan Parsi (bukan Islam) pula.
> > >
> > > Apa jenis manusia orang macam Hadi Awang ini kita kurang jelas.
> > >
> > > Dulu dia kata kita jahiliyah sebab ambil sebahagian undang-undang
Kafir
> > (British) jadi perlembagaan Malaysia. Kalau lupa eloklah Hadi Awang
semak
> > ucapan-ucapan beliau yang mendakwa sesiapa mengambil perundangan kafir
maka
> > ia kafir untuk menjustifikasikan penerimaan UMNO ke atas Perlembagaan
> > Malaysia hari ini.
> > >
> > > Tapi bila tiba gilirannya, cepat pula guna alasan bahawa Saidina Umar
> > pernah mengambil undang-undang orang kafir.
> > >
> > > Macam mana ni tok guru. Dulu kami jadi kafir kerana guna sebahagian
> > undang-undang British. Tapi sekarang Tok Guru kata Saidina Umar juga
pernah
> > ambil undang-undang Rom dan Parsi (orang kafirlah tu).
> > >
> > > Parahnya pemikiran ini kerana Islamik atau tidak, halal atau haram
sesuatu
> > itu bukan lagi kepada prinsip Islam tetapi kepada pakaian atau luaran
> > sesuatu itu. Nampaknya apa yang Pas buat islamik dan apa yang UMNO buat
> > tidak Islamik kerana Pas parti Islam dan UMNO bukan parti Islam.
> > >
> > > Kalau luaran atau pakaiannya UMNO maka ia tidak islamik demikian juga
> > sebaliknya jika ia diberi pakaian Pas maka semua menjadi islamik dan
halal
> > termasuk berkawan dengan syaitan, mencarut dan berkhalwat.
> > >
> > > Pening kita orang biasa memikirkan putar belit tok guru ni. Cuma
soalan
> > penulis untuk Hadi Awang dan seluruh ahli Pas: Adakah Babi Jadi Halal
Kalau
> > Disembelih?
> > >
> > >
> > > --
> > >
> > > _______________________________________________
> > > Talk More, Pay Less with Net2Phone Direct(R), up to 1500 minutes free!
> > > http://www.net2phone.com/cgi-bin/link.cgi?143
> > >
> > >
> > >
> > >  ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
> > >  ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
> > >  ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
> > >  ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
> > >  ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
> > >  ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
> > >  ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
> > >
> > > Pengirim: "mee goreng" <[EMAIL PROTECTED]>
> > >
> >
> >  ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
> >  ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
> >  ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
> >  ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
> >  ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
> >  ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
> >  ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
> >
> > Pengirim: "imranibrahim" <[EMAIL PROTECTED]>
>
>
>

 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: "imranibrahim" <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke