*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
salam~
 
Sebenarnya, yang menjadi masalah besar kepada
guru-guru ialah pegawai-pegawai JPN (Jab Pendidikan
Negeri); depa nie lah yang meletakkan kasta kpd
guru-guru sebagai golongan kelas-2.

Tak percaya, cuba pi Langkawi:

"KALAU ADA KURSUS DI SANA; PEGAWAI JPN AKAN DUDUK DI
BILIK SUITE (Bukan buat apa pun - shopping saja lebih)
SEDANGKAN GURU-GURU KENA BERKONGSI BILIK DOK DI BILIK
BIASA!!"

Apa yang specialnya dengan pegawai-pegawai JPN ini,
kita pun tak tau.....actions saja lebih!!!

Daripada maklumat-maklumat yg saya terima; pegawai2
JPN sekarang ini banyak dah yang goyang kaki; segala
kerja2 perancangan dan penyelidikan (R&D) depa lepas
tangan kpd guru-guru. Caranya mudah saja; bila timbul
satu-satu isu, katakan masalah kelemahan subject
Matematik di kalangan pelajar (sebagai contoh); maka
JPN akan panggil Guru-Guru Matematik daripada beberapa
buah sekolah, dapat 20 orang pun okay dah.

Kemudian, pegawai JPN yg berkenaan akan suruh 20 orang
itu buat meeting, buat diskusi group dan come up
dengan kertas kerja dan bentangkan kpd beliau. Kalau
nak 'kaw' lagi, nanti dia suruh depa bentang kat dia
dlm meeting di Langkawi......dia dok bilik Suite,
cikgu2 tu pakat berkongsi bilik biasa!!

Sikit sikit langkawi,
Sikit sikit langkawi,
No wonder lah pelajaran anak-anak kita kat
sekolah makin hari makin teruk!!

Dan, hangpa pun tau, bila balik Langkawi, yg nak kena
implement kat sekolah2 bukan pegawai JPN tersebut,
tapi cikgu-cikgu tu juga. Kesian cikgu!!

Phew!!  macam tu kalu, pak menakan aku kat kampung tu
pun boleh jadi Pegawai JPN!! 

-Barakuda-


> Siva dakwa guru dianggap pekerja kelas dua
> 
> 
> PETALING JAYA 28 Ogos - Setiausaha Agung Kesatuan
> Perkhidmatan Perguruan
> Kebangsaan (NUTP), Datuk N. Siva Subramaniam
> mendedahkan, ada pihak di
> Kementerian Pendidikan menyifatkan guru sebagai
> pekerja kelas dua dalam
> perkhidmatan awam.
> 
> Beliau berkata, perkara ini berlaku berdasarkan
> sikap segelintir mereka yang
> enggan melaksanakan dasar yang disifatkan baik untuk
> para guru.
> 
> ``Banyak arahan yang diberikan oleh pimpinan
> tertinggi iaitu Perdana Menteri
> dan Timbalan Perdana Menteri yang baik seperti
> melakukan rombakan dalam
> sistem pendidikan tidak dilaksanakan oleh pihak
> terbabit,'' katanya.
> 
> Menurutnya, tindakan golongan tersebut menunjukkan
> mereka sengaja
> mengabaikan arahan tersebut seolah-olah ia tidak
> memberi sebarang makna
> kepada guru.
> 
> Beliau turut menyentuh mengenai kebajikan guru dalam
> perkhidmatan awam
> seperti perlindungan Pertubuhan Kebajikan Sosial
> (Perkeso) dan insurans.
> 
> ``Guru-guru tidak mempunyai Perkeso malah tidak
> mempunyai sebarang insurans
> untuk melindungi mereka,'' katanya.
> 
> Siva mengambil contoh kejadian seorang guru yang
> mati ketika membetulkan
> kipas di rumahnya.
> 
> ``Guru ini tidak mendapat sebarang pampasan daripada
> kerajaan untuk
> membiayai keluarga mangsa sebaliknya NUTP pula yang
> bertindak membiayai
> makan minum keluarga ini setiap bulan,'' ujarnya.
> 
> Beliau berkata demikian semasa bengkel bertajuk
> Kebajikan Guru pada
> Persidangan Pendidikan Antarabangsa (IEC2001) di
> Hotel Hilton di sini, hari
> ini.
> 
> Menurut Siva, selain menghadapi masalah tersebut
> sistem pendidikan juga
> bersifat kejam terhadap guru-guru apabila ia
> membabitkan sikap sesetengah
> guru besar atau pengetua.
> 
> Katanya, terdapat guru besar dan pengetua yang
> menggunakan kuasanya melarang
> guru-guru untuk bersuara.
> 
> ``Mereka mengugut guru menggunakan strategi
> membekukan kenaikan gaji mereka
> jika guru-guru berani mendedahkan kepincangan dalam
> sekolah atau memberi
> cadangan,'' katanya.
> 
> Justeru menurut beliau, guru-guru enggan bersikap
> proaktif dalam sebarang
> aktiviti kerana wujudnya sikap sedemikian.
> 
> Beliau juga mengingatkan pihak-pihak tertentu supaya
> tidak menjadikan
> sesuatu arahan sebagai ugutan untuk mengenakan
> sebarang tindakan terhadap
> guru.
> 
> ``Guru-guru bukan lagi budak sekolah, mereka
> mempunyai kesatuan sendiri dan
> akan bertindak jika ada pihak yang keterlaluan,''
> katanya.
> 
> Mengenai permohonan maaf dari Presiden NUTP, Tengku
> Habsah Tengku Petra
> kepada kementerian berhubung pendedahannya mengenai
> empat murid melakukan
> oral seks, beliau berkata, Tengku Habsah tidak akan
> memohon maaf.
> 
> Beliau juga memberi amaran jika pihak itu terus
> menekan permohonan maaf itu,
> satu perhimpunan guru-guru akan diadakan di seluruh
> negara.
> 
> Siva berharap Ketua Pengarah Pendidikan, Datuk Rafie
> Mahat memahami keadaan
> tersebut dan tidak cuba melakukan sesuatu yang akan
> mengeruhkan lagi
> hubungan guru dengan kementerian.
> 
> http://www.utusan.com.my/utusan/content.asp?y=2001
>
<http://www.utusan.com.my/utusan/content.asp?y=2001&dt=0829&pub=Utusan_Malay
> sia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_05.htm>
>
&dt=0829&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_05.htm
> 
>  



 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: =?iso-8859-1?q?Ra=20Barakuda?= <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke