*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
{ Sila lawat Laman Hizbi-Net - http://www.hizbi.net }
{ Hantarkan mesej anda ke: [EMAIL PROTECTED] }
{ Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] }
*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
inilah jadinya kalau NC terlalu mengampu dan gila
publisiti. Dlm banyak2 NC, NC UUM yg suka sangat dgn
publisity akhbar. Ada impian politik kot??
--- HizbiNet <[EMAIL PROTECTED]> wrote:
>
>
>
*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
> { Sila lawat Laman Hizbi-Net -
> http://www.hizbi.net }
> { Hantarkan mesej anda ke: [EMAIL PROTECTED]
> }
> { Iklan barangan? Hantarkan ke
> [EMAIL PROTECTED] }
>
>
*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
> PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
>
>
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
> Forwarded Message:>
>
> -----Original Message-----
> From: siswa kampus [mailto:[EMAIL PROTECTED]]
> To: [EMAIL PROTECTED];
>
> Subject: Kezaliman NC/TNC UUM
>
>
> Diri kami menjadi sebak dan pilu seketika selepas
> sahabat kami, Saudara Rizal Anan, telah disingkirkan
> daripada UUM dengan perlakuan yang cukup buruk dan
> menjijikkan oleh pihak Lembaga Displin UUM yang
> diketuai oleh Dr.Fawzi Basri sendiri.
>
> Saudara Rizal Anan seperti yang kami kenal adalah
> seorang mahasiswa yang cukup penyayang, dedikasi
> malah
> cukup bertanggungjawab dengan peranannya sebagai
> bekas
> pimpinan Majlis Perwakilan Pelajar pada sesi yang
> lalu.
>
> Jelas selama hampir 5 tahun berada di kampus UUM,
> telah menjadi hasrat dan cita-cita beliau untuk
> berbakti kepada agama, negara dan kepada seluruh
> warga
> kampus di UUM tidak mengira agama dan bangsa.
>
> Tidak mudah untuk mewakili seluruh warga kampus
> apabila beliau telah dipilih oleh semua bangsa warga
> kampus untuk mewakili mereka di dalam barisan
> pimpinan
> Majlis Perwakilan Pelajar yang lalu,
> walaubagaimanapun, tanggungjawab tersebut dipikul
> beliau walaupun menyedari risiko tindakan displin
> yang
> mungkin kunjung tiba oleh pihak pentadbiran kampus
> UUM
> sendiri. Perjuangan beliau adalah untuk
> memperjuangkan
> hak seluruh warga kampus tidak kira bangsa dan agama
> dan juga untuk membetulkan segala kepincangan di
> dalam
> pentadbiran HAL EHWAL PELAJAR(HEP) UUM sendiri.
>
> Beliau adalah contoh yang terbaik dikalangan kami
> sebagai salah seorang pelajar yang mampu mengimbangi
> diantara akademik dan kegiatan ko-kurikulum. Kami
> berasa bangga kerana kami yakin majoriti pimpinan
> negara masa kini memiliki ciri-ciri tersebut ketika
> mereka diperingkat kampus satu ketika dahulu dan
> kerana ciri-ciri tersebutlah, kebanyakan daripada
> mereka mampu memimpin negara, parti politik dan
> organisasi bukan kerajaan.
>
> Saudara Rizal Anan telah disingkirkan walaupun telah
> menduduki peperiksaan akhir semester, semester akhir
> beliau sebelum dianugerahi Ijazah tahun hadapan dan
> tindakan ke atas beliau adalah lebih besifat dendam
> walaupun tidak ada alasan malah bukti yang kukuh dan
> jelas untuk membolehkan pihak Lembaga Displin
> menyingkirkan beliau.
>
> Kami berasa cukup kecewa dengan Dr.Fawzi Basri
> selaku
> Naib Cancelor dan juga pihak Lembaga Displin Kampus
> yang mengambil tindakan melulu malah dapat dilihat
> dengan jelas bahawa proses pendakwaan terhadap
> saudara
> Rizal jelas melanggari peraturan yang telah
> diperuntukkan di dalam Akta Kolej Dan Universiti
> (AUKU) sendiri. Isu saudara Rizal anan tidak diadili
> dengan adil oleh pihak pentadbiran kampus dan kerana
> tindakan melulu inilah telah menghancurkan masa
> hadapan seorang bangsa melayu yang memiliki
> sifat-sifat kepimpinan dan berkebolehan di dalam
> pelbagai bidang. Beliau adalah diantara yang
> terbaik!!!
>
> UUM kini telah dikenalpasti telah mengambil tindakan
> yang cukup aggresif kepada pelajarnya yang dikatakan
> pro pembangkang walaupun mereka telah menyatakan
> berkali-kali bahawa mereka tidak menyebelahi
> mana-mana
> pihak di dalam mana-mana isu politik. Penggantungan
> seramai hampir 15 mahasiswa malah penyingkiran
> saudara
> Rizal buat pertama kalinya telah membuktikan bahawa
> kezaliman tersebut semakin berleluasa, sala satu
> penyalahgunaan kuasa oleh pihak pentadbiran kampus!
>
> Mereka masih muda, memiliki darah orang muda yang
> sentiasa membuak-buak untuk mencari kebenaran di
> dalam
> apa jua bentuk isu yang timbul malah sentiasa yakin
> bahawa sebuah negara yang demokratik akan
> membenarkan
> mereka untuk menyuarakan setiap pandangan walaupun
> pandangan mereka dilihat menyebelahi pihak tertentu.
>
> Kami yakin, jika pihak pimpinan negara memiliki
> ciri-ciri kempimpinan yang adil dan saksama dan
> sentiasa memperjuangkan hak kebebasan bersuara, kami
> yakin penerangan yang jelas dan cukup menyakinkan
> kepada pihak kami, seluruh warga kampus mampu
> dilakukan daripada terus mengambil tindakan yang
> melulu seperti penyingkiran saudara Rizal Anan
> daripada kampus UUM.
>
> Tunjukkan Diplomasi Anda !!!
>
> Kami masih belajar dan memerlukan dorongan dan
> bimbingan, bukan sekatan malah tindakan tatatertib
> kerana memberi pandangan dan teguran membina kepada
> pihak tertentu khususnya pihak HEP UUM sendiri !!!
>
> Sekian Terima Kasih.
>
>
>
>
>
>
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
> ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body
> : SUBSCRIBE HIZB)
> ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body:
> UNSUBSCRIBE HIZB)
> ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak
> menggambarkan )
> ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net
> )
> ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]
> )
>
>
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
>
> Pengirim: HizbiNet <[EMAIL PROTECTED]>
__________________________________________________
Do You Yahoo!?
Get email alerts & NEW webcam video instant messaging with Yahoo! Messenger.
http://im.yahoo.com
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body : SUBSCRIBE HIZB)
( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body: UNSUBSCRIBE HIZB)
( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan )
( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net )
( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED] )
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Pengirim: Harun Aminurrashid <[EMAIL PROTECTED]>