*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Forwarded Message:>

-----Original Message-----
From: siswa kampus [mailto:[EMAIL PROTECTED]] 
To: [EMAIL PROTECTED];

Subject: Kezaliman NC/TNC UUM


Diri kami menjadi sebak dan pilu seketika selepas
sahabat kami, Saudara Rizal Anan, telah disingkirkan
daripada UUM dengan perlakuan yang cukup buruk dan
menjijikkan oleh pihak Lembaga Displin UUM yang
diketuai oleh Dr.Fawzi Basri sendiri.

Saudara Rizal Anan seperti yang kami kenal adalah
seorang mahasiswa yang cukup penyayang, dedikasi malah
cukup bertanggungjawab dengan peranannya sebagai bekas
pimpinan Majlis Perwakilan Pelajar pada sesi yang
lalu.

Jelas selama hampir 5 tahun berada di kampus UUM,
telah menjadi hasrat dan cita-cita beliau untuk
berbakti kepada agama, negara dan kepada seluruh warga
kampus di UUM tidak mengira agama dan bangsa.

Tidak mudah untuk mewakili seluruh warga kampus
apabila beliau telah dipilih oleh semua bangsa warga
kampus untuk mewakili mereka di dalam barisan pimpinan
Majlis Perwakilan Pelajar yang lalu,
walaubagaimanapun, tanggungjawab tersebut dipikul
beliau walaupun menyedari risiko tindakan displin yang
mungkin kunjung tiba oleh pihak pentadbiran kampus UUM
sendiri. Perjuangan beliau adalah untuk memperjuangkan
hak seluruh warga kampus tidak kira bangsa dan agama
dan juga untuk membetulkan segala kepincangan di dalam
pentadbiran HAL EHWAL PELAJAR(HEP) UUM sendiri.

Beliau adalah contoh yang terbaik dikalangan kami
sebagai salah seorang pelajar yang mampu mengimbangi
diantara akademik dan kegiatan ko-kurikulum. Kami
berasa bangga kerana kami yakin majoriti pimpinan
negara masa kini memiliki ciri-ciri tersebut ketika
mereka diperingkat kampus satu ketika dahulu dan
kerana ciri-ciri tersebutlah, kebanyakan daripada
mereka mampu memimpin negara, parti politik dan
organisasi bukan kerajaan.

Saudara Rizal Anan telah disingkirkan walaupun telah
menduduki peperiksaan akhir semester, semester akhir
beliau sebelum dianugerahi Ijazah tahun hadapan dan
tindakan ke atas beliau adalah lebih besifat dendam
walaupun tidak ada alasan malah bukti yang kukuh dan
jelas untuk membolehkan pihak Lembaga Displin
menyingkirkan beliau.

Kami berasa cukup kecewa dengan Dr.Fawzi Basri selaku
Naib Cancelor dan juga pihak Lembaga Displin Kampus
yang mengambil tindakan melulu malah dapat dilihat
dengan jelas bahawa proses pendakwaan terhadap saudara
Rizal jelas melanggari peraturan yang telah
diperuntukkan di dalam Akta Kolej Dan Universiti
(AUKU) sendiri. Isu saudara Rizal anan tidak diadili
dengan adil oleh pihak pentadbiran kampus dan kerana
tindakan melulu inilah telah menghancurkan masa
hadapan seorang bangsa melayu yang memiliki
sifat-sifat kepimpinan dan berkebolehan di dalam
pelbagai bidang. Beliau adalah diantara yang
terbaik!!!

UUM kini telah dikenalpasti telah mengambil tindakan
yang cukup aggresif kepada pelajarnya yang dikatakan
pro pembangkang walaupun mereka telah menyatakan
berkali-kali bahawa mereka tidak menyebelahi mana-mana
pihak di dalam mana-mana isu politik. Penggantungan
seramai hampir 15 mahasiswa malah penyingkiran saudara
Rizal buat pertama kalinya telah membuktikan bahawa
kezaliman tersebut semakin berleluasa, sala satu
penyalahgunaan kuasa oleh pihak pentadbiran kampus!

Mereka masih muda, memiliki darah orang muda yang
sentiasa membuak-buak untuk mencari kebenaran di dalam
apa jua bentuk isu yang timbul malah sentiasa yakin
bahawa sebuah negara yang demokratik akan membenarkan
mereka untuk menyuarakan setiap pandangan walaupun
pandangan mereka dilihat menyebelahi pihak tertentu.

Kami yakin, jika pihak pimpinan negara memiliki
ciri-ciri kempimpinan yang adil dan saksama dan
sentiasa memperjuangkan hak kebebasan bersuara, kami
yakin penerangan yang jelas dan cukup menyakinkan
kepada pihak kami, seluruh warga kampus mampu
dilakukan daripada terus mengambil tindakan yang
melulu seperti penyingkiran saudara Rizal Anan
daripada kampus UUM. 

Tunjukkan Diplomasi Anda !!!

Kami masih belajar dan memerlukan dorongan dan
bimbingan, bukan sekatan malah tindakan tatatertib
kerana memberi pandangan dan teguran membina kepada
pihak tertentu khususnya pihak HEP UUM sendiri !!!

Sekian Terima Kasih.




 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: HizbiNet <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke