*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
{ Sila lawat Laman Hizbi-Net - http://www.hizbi.net }
{ Hantarkan mesej anda ke: [EMAIL PROTECTED] }
{ Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] }
*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Subject: [keADILan] fwd: karbon monoksida
Just to share this guy's opinion....
KEKELIRUAN MENEGENAI PUNCA KERACUNAN GAS KARBON
MONOKSIDA
Saya rasa terpanggil untuk mengulas beberapa kenyataan
yang dibuat sama ada
di TV mahupun di akhbar yang boleh mengelirukan orang
ramai mengenai kes
keracunan Karbon monoksida yang telah menyebabkan
kematian baru-baru ini.
Sebagai contoh kenyataan Pengarah Jabatan Kimia Johor,
di salah satu akhbar
harian mengenai kadar pelepasan gas monoksida menerusi
sistem penghawa
dingin adalah lebih tinggi berbanding tanpa
menggunakan sistem tersebut.
Demikian juga kenyataan yang dibuat oleh AAM supaya
mematikan enjin kereta
dan penghawa dingin dan menunggu di luar kereta semasa
menunggu seseorang
juga boleh disalahtafsirkan oleh orang ramai yang
mempunyai pengetahuan yang
terbatas terhadap sistem penghawa dingin kereta.
Sebenarnya punca keracunan gas karbon monoksida
bukanlah disebabkan oleh
sistem penghawa dingin tersebut. Seperti yang
dinyatakan oleh PUSPAKOM,
sistem penghawa dingin hanya bertindak sebagai
pengalir haba dan menyejukkan
ruang dalam kereta dan bukannya membekalkan karbon
monoksida. Sistem
penghawa dingin kereta adalah serupa dengan sistem
penghawa dingin 'split
unit' yang dipasang dirumah dan pejabat. Apa yang
membezakan ialah sumber
tenaga untuk menjanakan sistem tersebut. Komponen
utama sistem penghawa
dingin ialah 'compressor' dan 'refrigerant' atau gas
lengai yang terdapat
dalam kitaran mampatan sistem penyejukan penghawa
dingin. Gas inilah yang
boleh diisi semula apabila kesan penyejukkan penghawa
dingin berkurangan.
Kadar kehilangan gas ini adalah terlalu kecil dan
kadangkala memakan masa
sehingga bertahun-tahun untuk diisi semula. Ini cukup
membuktikan bahawa kes
keracunan karbon monoksida bukanlah disebabkan oleh
sistem penghawa dingin
tersebut.
Gas karbon monoksida sebenarnya adalah terhasil akibat
pembakaran bahan api
seperti petrol yang tidak sempurna seterusnya
dilepaskan melalui ekzoz
kenderaan. Enjin kereta yang baru diservis biasanya
mempunyai tahap
kesempurnaan pembakaran yang tinggi berbanding dengan
enjin kereta yang
jarang diservis. Gas karbon monoksida ini adalah
berbahaya kerana ianya
boleh kekal dalam sistem darah tubuh manusia. Semakin
banyak gas ini disedut
maka semakin banyaklah kuantitinya dalam darah
manusia. Ketumpatan gas
monoksida dalam sistem darah manusia akan menyebabkan
kekurangan kandungan
oksigen dalam darah. Kekurangan oksigen inilah yang
akan membawa kepada
kesan anggota badan terutamanya sistem saraf dan otak
yang mana pada tahap
tertentu boleh membawa kepada keadaan koma dan
seterusnya maut.
Persoalan yang timbul ialah bagaimana gas monoksida
ini boleh disedut tanpa
disedari semasa dalam kereta. Ada beberapa faktor yang
boleh menyebabkan
kejadian tersebut berlaku. Sebab utama yang nyata
ialah terdapat kebocoran
aliran udara luar ke bahagian dalam kenderaan
tersebut. Kebocoran ini
mungkin disebabkan terdapat lubang bawah kereta, pintu
yang tidak rapat
terutama boot belakang, lubang 'hand brake' dan
beberapa faktor lain.
Insiden ini berlaku semasa enjin kereta dibiarkan
hidup berterusan semasa
berhenti berehat menyebabkan gas karbon monoksida yang
terhasil semasa
pembakaran meresap masuk kedalam kereta. Namun jika
keracunan tersebut
berlaku semasa sistem penghawa dingin dihidupkan,
kemungkinan besar terdapat
campuran gas karbon monoksida dalam aliran udara luar
yang masuk melalui
sistem pengudaraan kereta tersebut. Saluran aliran
udara luar sepatutnya
tertutup sekiranya pengguna memilih untuk menggunakan
perkitaran udara
dalaman tanpa melibatkan udara luar. Jika anda
mempunyai kenderaan yang
kedap dari udara luar maka risiko untuk tersedut
karbon monoksida adalah
kecil. Perlu diingatkan di sini, sekiranya kenderaan
anda mempunyai masalah
kebocoran udara luar, anda juga terdedah kepada risiko
keracunan gas semasa
enjin kereta dibiarkan hidup semasa berhenti berehat
walaupun sistem
penghawa dingin telah dimatikan.
Risiko keracunan adalah amat kecil semasa kenderaan
bergerak atau berhenti
berehat di kawasan yang berangin walaupun enjin kereta
anda dihidupkan
secara berterusan.
Orang ramai berhak mendapat penjelasan yang tepat
mengenai punca keracunan
gas karbon monoksida kerana sebarang kekeliruan
maklumat hanya akan hanya
merugikan pengguna-penguna kereta yang lain. Jangan
sampai orang ramai
menjadi risau dengan penggunaan kemudahan yang telah
tersedia. Cuba
bayangkan betapa tidak praktikal apabila mematikan
sistem penghawa dingin
semasa terkandas dalam kesesakan jalanraya terutama di
waktu tengahari. Anda
sendiri dapat membayangkan apa yang berlaku apabila
anda membuka tingkap
semasa kesesakan lalulintas. Oleh itu untuk
mengelakkan risiko keracunan gas
pastikan kenderaan anda mempunyai tahap kebocoran
aliran udara dari luar
yang paling minimum. Sekian. Terima kasih.
__________________________________________________
Do You Yahoo!?
Get email alerts & NEW webcam video instant messaging with Yahoo! Messenger.
http://im.yahoo.com
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body : SUBSCRIBE HIZB)
( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body: UNSUBSCRIBE HIZB)
( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan )
( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net )
( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED] )
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Pengirim: Harun Aminurrashid <[EMAIL PROTECTED]>