*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
{ Sila lawat Laman Hizbi-Net - http://www.hizbi.net }
{ Hantarkan mesej anda ke: [EMAIL PROTECTED] }
{ Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] }
*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
------------------------------------------------------------------------
AWAS - Artikel agak panjang
�
<Picture>....Siri MMMM 7
Musim Dunia Kristian Menipu Dunia Islam
Bermulanya Perang Agama
Oleh: Marhaintua
http://e-umno.tripod.com/mar_mmmm007.html
------------------------------------------------------------------------
Saudara sekelian,
Bermulanya Perang Agama
Seperti yang pernah saya tulis terdahulu, saya bependapat bahawa peperangan menyerang
Afghanistan ialah permulaan Perang Agama yang� pernah kita ramalkan kira-kira dua
tahun yang lalu.
Seperti yang saya tuliskan juga dan diulang kembali oleh Robert Fisk, Amerika sebagai
kuasa terkuat di dunia sanggup menghentam negara termiskin di dunia atas nama
memerangi keganasan sedangkan itu hanya satu tipu-muslihat. Kalau betul-betul mahu
perangi keganasan Amerika harus menghentam IRA yang sudah lama membunuh di negara
barat terutama sekali di kota London. Amerika dan NATO harus mengebom wilayah Basque
yang sudah lama mahukan kemerdekaannya daripada Sepanyol. Amerika harus menyerbu
Colombia di mana bersarangnya Mafia Dadah terbesar dunia ataupun Tupak Maru di Peru.
Ketika Milosevic ( bekas presiden Yugoslavia) bertindak ganas membunuh orang yang
tidak berdosa setiap hari, Amerika sepatutnya menyerang Kosovo dan bukan mengarahkan
NATO melindunginya. Sehingga kini Ridzwan Karatzhik belum lagi tertangkap walaupun
ratusan ribu umat Islam mati disembelihnya.
Malahan, Amerika seharusnya menakluki Israel kerana mengeksport keganasan ke seluruh
dunia, termasuk satu pasukan khas di Singpura di mana terdapat satu pangkalan pesawat
udara (drones) tanpa juruterbang sentiasa bersiap sedia (dan diberikan keizinan
menggunakan ruang udara Malaysia secara percuma). Sekaligus Amerika harus mengebom
Singapura yang menjadi proksi Israel membuat kerja risikan di seluruh Afrika dan Asia
Tenggara. Singapura juga merupakan sarang pembikinan jerangkap samar yang dibekalkan
kepada Kuwait untuk dipasang sepanjang sempadannya dengan Iraq; dan di persisiran
pantai di Teluk Arab/Parsi yang tidak mampu dikawalnya.
Banyak lagi tempat lain di mana masih ramai penyangak yang mengganas besar-besaran,
tetapi Amerika tidakpun bertindak mengajar mereka. Semua serangan itu mempunyai bukti
sahih betapa Amerika benar-benar mahu mengganyang dunia Islam.
Memandangkan keadaan sedemikian saya mencadangkan agar pengendali laman Web menumpukan
satu format memberi maklumat kepada bangsa, sebanyak mungkin yang tidak dapat dibaca
di mana juga ataupun diikuti di TV dan radio dalam Bahasa Melayu.
Saya harap pengendali laman web beragama Islam dan mereka yang cintakan keamanan
dunia, supaya tidak terikut rentak CNN dan media perdana UMNO yang memperkecilkan
perang Afghanistan ini, kerana AS mahu menyudahkan perang mereka yang gagal ditamatkan
dengan jayanya oleh Presiden Bush Sr. dulu. Kalau AS berjaya menguasai Afghanistan
melalui perang yang tipu muslihatnya dikatakan untuk mendera Osama Laden dan Kumpulan
Al Qaeda; ini bererti seluruh dunia Islam akan tergugat. Banyak unsur penekanan
perjuangan Islam itu sedang ditekan oleh pemimpin Islam sebagai proksi kepada AS dan
Zionisme serta dunia Kristian.
Ketika Kosovo dan keseluruhan Bosnia tergugat, Malaysia merupakan salah satu negara
yang mula-mula menawarkan perlindungan kepada masyarakat Islam di sana termasuk di
Albania untuk mendapat perlindungan di sini. Kenapa kali ini tidak ada tawaran diberi
kepada masyarakat Afghanistan? Apakah kerana masyarakat Bosnia yang diberi
perlindungan dulu merupakan orang Islam hanya pada namanya sahaja?
Kenapakah kerajaan PAS di Terengganu dan Kelantan tidak menawarkan kemasukan pelarian
Afghanistan di kalangan kanak-kanak yang belum baligh untuk memasuki Kelantan dan
Terengganu dan minta derma masyarakat Islam untuk menaja pembiayaan mereka? Bukankah
itu lebih besar pahalanya daripada setakat sembahyang hajat dan berdemo di depan
Kedutaan Amerika?
Kenapakah UMNO melalui �Puteri� dan �Kaum Ibunya� tidak malancarkan gerakan mengambil
anak angkat kanak- kanak Afghanistan yang masih kecil lagi, sebelum mereka mati
kebuluran dan kesejukan di sempadan Pakistan? Kenapa tidak dilancarkan satu program
khas membenarkan sistem anak angkat ini di kalangan keluarga kaya raya di Malaysia?
Kerajaan tidak perlu keluarkan duit untuk projek ini. Serahkan kepada rakyat biasa
untuk mengaturnya dan lihat berapa ribu anak-anak yang merempat di Afghanistan itu
dapat diselamatkan, sebelum mereka diambil oleh UNHCR untuk diagihkan kepada dunia
Kristian seperti yang berlaku di banyak empat sebelum ini. Apa jadi kepada mereka
akhirnya? Ramai yang sudah besar dan kini menjadi sumber tenaga untuk� mewarnai dunia
pelacuran di barat, kerana projek anak angkat di Barat selama ini dibiayai oleh gereja
dan ada yang dikendalikan oleh industri pelacuran juga.
Bukankah itu yang berlaku di Vietnam, Congo, Mozambique, Somalia, Bosnia, Ethiopia,
Eriteria, Jerman dan banyak lagi ?
Serangan yang dibuat oleh AS dan Britain terhadap Afghanistan adalah satu penghinaan
besar kepada dunia Islam kerana tidak mampu menyekatnya. Ketika Amerika di serang pada
September 11 dulu, ia dilakukan sebelum waktu pejabat di siang hari. Ramai orang
Yahudi yang sudah mengambil cuti seolah-olah mereka tahu akan kemunculan serangan.
Apakah Osama Laden dan orang-orangnya yang memberitahu jadual serangan itu ataupun
serangan itu dilakukan oleh kumkpulan proksi Yahudi? Jika demikian, Osama Laden
bukannya orang yang patut dituduh mencetuskan jenayah itu.
Ketika Amerika menyerang-balas, serangan dibuat di tengah malam kerana mengambil kira
�prime-time� untuk tontonan rakyat Amerika (Amerika ada empat zon waktu). Tetapi
itulah waktunya rakyat Afghanistan sedang tidur tanpa lampu elektrik di banyak tempat.
Bayangkan kesengsaraan mangsa meraba-raba mencari perlindungan di waktu gelap gelita
tanpa sebarang bantuan kepada pihak yang cedera.
Serangan Amerika diberikan lintas langsung di TV sambil diberikan penjelasan apa
sasarannya. Kemudian diselang seli dengan senario mencari mayat di Pusat Dagangan
Dunia sebagai muslihat untuk menyedarkan rakyat dunia supaya bersimpati dengan Amerika
kerana tindakannya. Kalau Amerika mahu, runtuhan Pusat Dagangan Dunia itu sudah boleh
dibersihkan dalam jangkamasa dua minggu. Kalau AS betul-betul ingatkan ajaran Allah
dan hormati mangsa yang sudah mereput di bawah runtuhan batu itu, keseluruhan timbunan
batu sudahpun bersih diangkut dan apa juga mayat yang dijumpai ataupun cebisan anggota
badan, sudah ditanam. Tetapi, ia sengaja dilambatkan supaya� tidak terdedah ke mana
perginya puluhan ribu orang Yahudi yang dikatakan bekerja di pusat itu? Ia memang
dilengahkan kerana Bush mahu mengimbangi sentimen manusia, kalau-kalau berlaku
kecelakaan dalam serangan mereka di Afghanistan. Timbunan runtuhan bangunan itu
sengaja dijadikan bahan pelancongan terbaru baik dari segi fizikal ataup!
un segi lawatan elektronik, kerana parti Republikan mahu menyauk simpati rakyat untuk
merestui perancangan menambahkan belanjawan darurat yang akan merancakkan industri
pengeluaran kelengkapan perang. Untuk menambahkan kehebatan rencana itu mereka
kerahkan hampir 50,000 tenaga kerahan (national sevice) dan tubuhkan pula satu jabatan
�Homeland Security Service� yang tidak jauh bezanya dengan konsep �Home Guard� di
zaman pra-kemerdekaan dulu dan konsep �Rukun Tetangga� di zaman ini.
Alangkah pelik, satu keruntuhan yang memendamkan sekitar 250 juta dolar jongkong emas
di bahagian bawah bangunan dan simpanan dana, jam yang mahal-mahal, simpanan�
perhiasan yang mewah-mewah dan simpanan lukisan serta bahan simpanan purba (antik)
yang mahal dan terlalu berharga, dibiarkan terperam begitu sahaja menunggu masa
diselongkar dan diselamatkan hanya selepas AS selesai menjahanamkan sebuah negara
Islam dan bekemungkinan menyambungnya (serangan udara membenteras keganasan) di negara
Islam yang lain seperti Iraq, Syria dan Iran?
Siapakah yang dapat mencelikkan dunia Islam?
Kebenaran cerita perang di medannya hanya dapat diikuti melalui Al-Jazeera sebuah
saluran TV di Iraq dan al-Manar yang berpangkalan di Beirut. Soalnya sekarang
kenapakah negara Islam yang sudah berkokok lama akan keIslamannya seperti Malaysia
tidak mahu mencarum kepada dua saluran TV itu untuk mendapatkan Berita mereka sebagai
imbangan berita barat?
Kenapakah PAS dan Keadilan sebagai parti pembangkang tidak dapat mengusahakan
menghubungi dua saluran TV itu untuk disalurkan dalam internet Malaysia untuk diikuti
oleh rakyat negara ini?
Pemimpin Politik Islam Terus Berlakon
Jelas, apa yang berlaku di Afghanistan mencetuskan banyak kekeliruan kepada masyarakat
Islam di negara ini kerana sikap keangkuhan ramai pemimpin itu sendiri yang tidak
kisah dan prihatin kepada apa yang sebenarnya sedang bergolak di Afghanistan.
Kebanyakan mereka khayal dengan masalah dalaman yang kebanyakannya merupakan �trivial�
ataupun titik-bengik yang tidak sepatutnya difikirkan ataupun digembar-gemburkan oleh
pemimpin politik. Mereka fikir masalah di Afghanistan tidak ada kena mengena dengan
kehidupan Melayu dan Malaysia.Tidak ramai yang sedar akan pentingnya memahami
pergolakan itu untuk menyedari imbangan kuasa di rantau ini. Mereka tidak sedar
perasaan manusia Islam adalah sama di mana juga, apabila kesuciaan agama mereka
dihambat oleh orang luar terutama apabila orang yang menghina itu datangnnya daripada
agama yang lain. Mungkin disebabkan pemimpin BN seperti Samy Vellu, Kayeveas dan Ling
Liong Sik masih terlepas bebas walaupun sudah semakin berani menghina agama I!
slam dan Al-Quran, makanya sentimen orang luar dalam mempertahankan keluhuran agama
itu boleh diketepikan sahaja. Seperti juga segala keceluparan Mahathir memperlekehkan
Islam yang lebih aib daripada gelagat Salman Rushdie, satu ketika dulu.
Mahathir sudah tua dan sudah tidak mampu memberikan perhatian yang amat mendalam
kepada masalah ini. Masalah masa depannya dan anak-anak serta cucu-cicitnya sudah
lebih dari mencukupi untuk menghantui hidupnya. Apatahlagi masalah musuh dalaman UMNO
yang menunggu untuk menyembelih karier politiknya. Kerana itu Mahathir terpaksa
berlakon seolah-olah menangani masalah besar ekonomi negara, sedangkan dia sudah tidak
mampu menangani masalah yang dia sendiri menjadi pencetusnya.
Kenapakah keadaan Mahathir yang paling rapuh ketika ini tidak digunakan oleh pemimpin
parti pembangkang untuk mendedahkan lebih banyak kepincangan pentadbiran negara dan
segala kerakusan Mahathir dan jongosnya. Kenapakah sejak Ezam dan rakannya
dipenjarakan, gelombang penentangan rakyat kelihatan lemah dan tidak bertenaga?
Di sinilah letaknya dalil bahawa kebanyakan pemimpin pembangkang turut berlakon sama.�
Kerana itu apabila Mahathir menyekat ceramah terbuka, hampir semua pemimpin
pembangkang bersuara mahu menentangnya, tetapi di waktu yang sama merekapun
mengurangkan ceramah terbuka itu. Apabila disekat penjualan VCD secara terbuka yang
sebenarnya bertujuan menumpulkan bisa dakwah Islamiah, pihak pemimpin pembangkang akur
juga, sedangkan mereka boleh mempelopori penyebaran VCD itu secara lain. Kalau di
tempat penjualan yang didominasi masyarakat Cina, VCD lucah masih mudah dibeli,
kenapakah VCD dakwah mesti ditegah untuk diedarkan ?
Amerika Membodohkan Negara Islam
Tekanan Amerika mengganyang Afghanistan tidak dipedulikan oleh dunia Islam, kerana
Afghanistan merupakan sebuah negara yang termiskin di dunia. Apabila Timbalan Presiden
Dick Cheyney memberi katadua, �You are with me or with the babarians!� tidak ada
seorangpun pemimpin negara Islam yang membantah secara terbuka. Kenapakah Amerika
sanggup menggugat dunia dengan kata-dua tanpa memberi peluang kepada orang lain untuk
ambil sikap berkecuali? Kalau di PBB semua negara ahli pertubuhan itu boleh memilih
untuk berkecuali, kenapa Amerika tidak mengamalkan dasar itu, sedangkan Amerika
merupakan negara yang paling besar hutangnya kepada tabung PBB itu?
Amerika bangga menunjukkan gambar �live� mereka mengebom untuk menghancurkan
bandar-bandar Afghanistan. Di waktu yang sama mereka juga menggugurkan bantuan bekalan
makanan dan transistor radio untuk membolehkan rakyat Afghanistan mendengar propaganda
mereka.Tindakan Amerika ini adalah satu tindakan kurang ajar kerana:
a) Kalau setakat mengebom pusat latihan Al-Qaedah kenapakah dimusnahkan rumah kediaman
dan pejabat NGO di sana? Amerika menyerang menggunakan peluru berpandu �tomahawk� yang
bernilai satu juta dollar setiap satu; pada malam pertama serangan telah memuntahkan
50 biji peluru �tomahawk� itu. Kosnya ialah sekitar 50 juta dollar, dan kalau diambil
kira kos penggemblengan askar dan kelengkapan perang yang menghenyak Afghanistan pada
malam pertama itu sahaja, ia mencecah melebehi setengah bilion dollar. Jumlah sebanyak
itu sudah mencukupi memulihkan ekonomi Afghanistan di tahap awalannya sehingga orang
Afghanistan dapat bermandiri.
Apakah perkiraan di atas tidak dapat dicongak oleh para pemikir yang bijaksana di
Amerika? Setiap institusi pengajian tinggi di Amerika boleh memberikan pendapat yang
sama, tetapi siapakah yang akan mendengar cadangan mereka?
Presiden Bush sudah lama merancang untuk menghancurkan dunia Islam kerana itu
merupakan agenda ayahnya dulu yang pernah berkata �After Iraq, Islam is next?� Tetapi,
ketika dia menghentam Iraq dulu hampir keseluruhan belanjawan angkatan tentera Amerika
telah dibiayai oleh Kerajaan Arab Saudi, Kuwait, UAE dan Sultan Brunei. Dengan lain
perkataan, sejak pemerintahan bapanya Presiden Bush yang ini bersama sekumpulan
penyangak di Rumah Putih sudah mempunyai satu pendirian tegas mahu memerangi Islam
dengan menggunakan kekayaan Islam. Sekaligus dunia mahu dihancurkan dengan menggunakan
kekayaan dunia Islam itu sendiri. Amerika fikir mereka boleh berjaya dengan agenda ini
kerana hampir semua pemimpin negara Islam termasuk seorang yang berjiran dengan
Indonesia yang hanya tinggal gigi dan lidah sahaja apabila mahu berdepan dengan
Amerika.
http://e-umno.tripod.com/mar_mmmm007.html
Memang sejak peperangan Vietnam dulu Amerika sudah berjaya melancarkan sistem
menghakis kekayaan negara Islam dengan muslihat adu-domba peperangan yang
diselang-seli dengan sistem sekatan ekonomi. Suasana peperangan membuatkan negara
Islam berbelanja sakan membeli kelengkapan perang, sehingga banyak negara itu yang
membeli lebih pesawat terbang daripada jumlah juruterbang dan juruteknik terlatih.
Kemudian direncana pula untuk menekan negara yang sudah banyak mempunyai kelengkapan
perang itu sehinggakan wang simpanan mereka di Barat dapat dibekukan, dan sekatan
ekonomi dan embargo dikuatkuasakan. Itulah yang terjadi kepada beberapa negara
berminyak seperti� Libya, Nigeria, Iraq, Kuwait, Iran, Saudia, UAE, Indonesia dan
Malaysia. Malahan Brunei yang dikatakan negara Islam yang paling aman sudah semakin
hancur apabila sebilangan besar harta negara disalah-urus oleh adik raja yang sedia
ada.
Propaganda membeli kelengkapan perang buatan barat dan Amerika dapat dilihat dengan
pertunjukan peralatan perang seperti yang ditaja oleh LIMA. Lima bukannya sehebat mana
kalau dibandingkan dengan pertunjukan yang sama di negara Barat yang lebih besar dan
lebih hebat. Tetapi, kerana tamak dan haloba ia dibuat selalu di Langkawi tanpa
memikirkan belanja dan pembazirannya. Apakah tanpa LIMA negara yang memerlukan
kelengkapan perang tidak dapat membelinya? Apakah tanpa LIMA Langkawi tidak dapat
membangun pelancongannya? Sepatutnya LIMA kali ini dibatalkan kerana Amerika� dan
Britain tidak akan menyertainya. Sudah tentu banyak lagi negara lain dan syarikat lain
yang tidak akan hadir tetapi sengaja tidak mahu diumumkan pada waktu ini. Inilah dasar
kerajaan haprak yang memikirkan rakyatnya semacam gembala keldai di pergunungan
Afghanistan.
Di waktu yang sama negara Islam yang mempunyai banyak rakyat yang pintar dalam dunia
pendidikan dan teknologi, terus ditekan agar tidak bangkit sehingga mampu bergusti dan
menggigit. Pakistan, Bangladesh, Indonesia adalah contoh yang terbaik. Tetapi, di
negara Arab inilah negara yang menghantarkan ramai penduduknya untuk menguruskan
pelbagai industri di sana.
Dunia Islam Yang Dihinakan
Adalah satu ironis, Mahathir Mohammad yang selama ini berlagak gagah menjuarai Dunia
Ketiga, tiba-tiba menikus apabila Amerika menyerang Afghanistan. Kenapakah Malaysia
tidak bersuara meminta PBB bersidang tergempar menyekat kemaraan Amerika untuk terus
menghancurkan Afghanistan? Kenapakah Amerika dibiarkan menyerang Afghanistan dengan
pesawat udara sedangkan Afghanistan sudah tidak lagi memiliki tentera udaranya?
Kenapakah Mahathir tidak melaungkan Amerika menipu apabila ada berita mengatakan
perdombaan pesawat Amerika dengan MIG Taliban? Manakah Taliban ada pesawat perangnya
lagi yang mampu menandingi F-14 dan F-16 Amerika ataupun pesawat perang Britain?
Selepas menjahanamkan peralatan radar Afghanistan, Amerika sedang menyerang bekalan
simpanan logistik Afghanistan seperti bekalan peluru, pangkalan meriam pertahanan,
bekalan minyak dan sebagainya. Ini merupakah serangan untuk melumpuhkan keupayaan
pertahanan. Dari situ kita menjangkakan Amerika berkemungkinan menurunkan komando
payung terjun di bandar besar, sebagai satu tindakan untuk publisiti waktu �prime
time� juga. Selepas itu, mereka akan cuba menubuhkan pemerintahan tempatan mengandungi
orang proksi mereka termasuk satu dua puak Taliban sebagai tukang sanggup sahaja.
Kita menjangkakan, Amerika akan menyerang terus Afghanistan untuk membolehkan
pendaratan askar payung terjun ke bandar besar sebelum askar yang lain dikerahkan. Ini
merupakan kemuncak peperangan ini yang dijangka akan selesai sebelum hari Khamis
terakhir bulan November (Thanksgiving Day = Hari kesyukuran Kristian Amerika). Jika
ini tidak dapat tercapai, Amerika akan menarik pulang askarnya untuk diganti dengan
pasukan baru, lengkap dengan perbarisan kemenangan (victory parade) membodohkan dunia
Islam. Kemudian, peperangan itu akan diselesaikan untuk askar itu pulang bercuti
menyambut Krismas dan tahun baru.
Masalah Yang Menghantui Amerika dan Britain
Setiap waktu kita diberitahu pembabitan dan sokongan negara besar lain. Peranchis,
Autstralia, Kanada, Jerman, China, Soviet dan Jepun semuanya dikatakan menyokong.
Semua dikatakan akan menghantar pesawat terbang mereka. Tetapi sehingga kini, hanya
Amerika� dan Britain yang terlibat. Amerika menggunakan hanya sekitar empat pesawat
pengebom setiap hari, sedangkan Amerika mempunyai longgokan pesawat yang sungguh
banyak sekali. Itupun, ketika menyerang Afghanistan, pesawat Britain hanya memainkan
peranan logistik sahaja (bermakna sebagai tukang iring bersenjata sahaja untjuk ambil
gambar tembakan dan sasaran).
Ini bererti Amerika tidak memerlukan penglibatan pesawat perang negara lain untuk
menjahanamkan Afghanistan. Kenapa pula Amerika merungut dengan kemungkinan berpecahnya
pakatan menyerang Afghanistan itu?
Negara lain yang menyokong Amerika sebenarnya berbuat demikian kerana muslihat politik
sahaja. Mereka sendiri faham bahawa bukti penglibatan Osama Laden dalam pengeboman
Menara Pusat Dagangan Dunia (WTC) itu masih samar dan penuh tekateki. Mereka sedar
sejarah akan menuduh mereka bersubahat membunuh orang Afghanistan yang tidak berdosa.
Ketika NATO tidak berjaya menangkap Radzwan Karadchik, mahkamah dunia telah
mengadilinya secara �absentia� berasaskan segala bahan butkti yang ada. Kenapakah
Osama Ladin tidak diadili dulu oleh mahkamah dunia berasaskan bahan bukti yang
dikemukakan oleh Amerika?
Nampak sangat Amerika telah memaksa setiap negara yang memperakukan sokongan
kepadanya� dengan pelbagai bentuk ugutan ataupun sogokan yang membuatkan mereka
menyokong Amerika. Apabila dibandingkan Osama bin Laden dan puak Taliban, sudah tentu
lebih menguntungkan menyebelahi Amerika.
Kerana itu hampir semua pemimpin dunia ketiga dan dunia Arab menyokong Bush dan
Amerika. Tetapi apabila rakyat mereka tidak dibenarkan menaiki pesawat Amerika adakah
mereka membantahnya? Apakah tindakan Mahathir apabila anak-anak kapal (awak-awak)
Malaysia tidak dibenarkan turun menjejakkan kaki di bumi Amerika? Adakah sesiapa di
Malaysia yang menulis surat secara terbuka kepada Bush menunjukkan biadap Amerika
terhadap rakyat Malaysia? Adakah sesiapa di kalangan pemimpin pembangkang yang menulis
mengenai perkara ini kepada kedutaan Amerika di Malaysia?
Sebelum Amerika mengebom Iraq dulu, mereka terpaksa mendapatkan keizinan PBB untuk
membincangkan segala bahan bukti mereka sehinggalah PBB mendapatkan suara keahlian
Majlis Keselamatan PBB untuk menyetujuinya. Salah satu negara yang bersetuju itu ialah
Malaysia. Setelah Iraq dibom hingga lumat, Saddam Husin yang menjadi sasaran pertama
tidak juga mati. Kemudian Amerika lancarkan pelbagai muslihat lagi untuk mengganyang
Iraq hingga kini. Jawatan Presiden Amerika sudah bertukar tangan sebanyak tiga kali
sebelum jatuh ke tangan Bush Jr. Itupun dengan cara tipu muslihat juga. Apabila
Amerika gagal menundukkan Iraq mereka perlukan satu medan perang baru untuk memacu
ekonomi yang sudah jatuh merudum. Mereka mahukan kegiatan yang merancakkan industri
kelengkapan perang.
Amerika sudah merasa serik dengan Sadam Hussin. Oleh kerana tidak ada lagi tokoh
negara� yang boleh mereka dera sehebat Saddam, mereka terpaksa memilih Osama Laden,
kerana dia adalah berdarah Arab dan beragama Islam. Inilah tipu muslihat Amerika
seterusnya, Osama Laden hanyalah satu sasaran rasmi sahaja. Yang sebenarnya Amerika
mahu henyak negara Islam dan dunianya. Afghanistan telah dikira paling cocok kerana
rakyat yang sudah merempat selama lebih dua puluh tahun. Sehinggakan Amerika terpaksa
menghadiahkan radio kecil untuk memberikan propaganda kepada orang Afghan. Inilah
masalahnya dengan dunia Islam keseluruhannya, membiarkan Amerika memukul rebana untuk
diragamkan tariannya. .
Sebenarnya gelagat Amerika memberi bekalan makanan kepada Afghan adalah cara yang
dimulakan oleh Askar Melayu pimpinan Jeneral (B) Abdul Latiff Ahmad di Somalia.
Malahan, ketika lebih dua puluh askar Amerika diserang dan dibunuh di Somalia ketika
mahu menangkap Jeneral Aidid, Askar Melayu yang telah menyelamatkan mereka sehingga
mengorbankan seorang pemandu APC daripada Perlis.
�Disebabkan kedaifan orang Islam di Afghanisan itu seluruh dunia Islam terpaksa
memilih apakah mereka memihak kepada tamadun moden ataupun kepada zaman jahiliah.
Inilah kata-dua Amerika mengikut hukum ala kaoboi menyuruh kita memilihnya. Osama
Laden dianggap oleh Amerika masih hidup di zaman jahiliah, sedangkan Amerika dan CIA
serta NATO yang mencipta Osama Laden dan Taliban.
Soalnya sekarang, apakah dunia Islam memang masih jahil lagi persis Taliban ciptaan
Amerika itu?
http://e-umno.tripod.com/mar_mmmm007.html
Marhaintua
Oktober 11, 2001.
------------------------------------------------------------------------
SILA KLIK�<Picture>UNTUK MENGIRIMKAN RESPONS KPD ARTIKEL INI
SEBARANG KERJA MENYALIN SEMULA ARTIKEL INI PERLULAH MENYATAKAN DENGAN JELAS SUMBERNYA
ATAU MENYATAKAN URLNYA DAN TIDAK BOLEH DISIARKAN UNTUK TUJUAN KOMERSIAL TANPA
KEBENARAN PENULIS.<Picture>
<Picture>
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body : SUBSCRIBE HIZB)
( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body: UNSUBSCRIBE HIZB)
( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan )
( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net )
( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED] )
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Pengirim: Farina <[EMAIL PROTECTED]>