*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
{ Sila lawat Laman Hizbi-Net - http://www.hizbi.net }
{ Hantarkan mesej anda ke: [EMAIL PROTECTED] }
{ Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] }
*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Minyak, Israel dan Keganasan�
(Oil, Israel, terror)�
http://mari209.tripod.com/2001okt/2001-3184.htm
Artikel asal..
Kesibukan� Tony Blair menjelajah dunia Arab baru-baru ini memberikan gambaran betapa
taksubnya beliau� dengan anggapan bahawa Barat mesti berkerja kuat untuk memenangi
perlumbaan� menambat pemikiran dunia� Islam.� Dia� yakin Britain amat sesuai
menjalankan kerja-kerja memberikan penjelasan,� kepada� para pendengar yang selalunya
bersikap anti-Amerika� dan� tidak memahami� kenapa kumpulan pengganas� mesti diganyang
dan dihapuskan.
Sasaran utamanya� memberi penekanan bahawasanya keganasan Islam itu mesti dibanteras
dalam usahanya menegakkan satu halangan kebencian dan ketakutan antara dunia Islam dan
Barat, dan� konflik ini seharusnya tidak disalah-tafsirkan� sebagai satu peperangan
agama tetapi sebagai satu� pertembungan kuasa yang dilancarkan oleh musuh kesenangan
dan kedamaian di kalangan� masyarakat mereka sendiri� dan juga di negara-negara Barat.
Dia amat� ghairah� memberikan� jaminan� kepada kumpulan pemimpin dan rakyat� biasa
akan niat baik Britain dan Amerika, dalam usaha� mereka� mengembalikan� kebaikan
daripada keburukan yang telah terjadi, dan sebagai� balasannya mahukan� kerjasama�
mereka untuk turut� menghambat dan memusnahkan jaringan� keganasan� itu.
Mr. Blair memang� sesuai membuat kerja-kerja� semacam ini. Masalahnya dia menghadapi
masalah kedegilan yang membantu. Tindakan kerajaan Saudi� tidak sanggup menerima
kunjungan seorang� perdana menteri Britain adalah satu lambang kemenangan kepada Osama
bin Laden � satu kemenangan� yang tidak seberapa, yang bersifat tidak� bijak dan tidak
sepatutnya diberikan� kepada�� musuh ketat mereka� oleh� Istana Saudi.� Sikap
menyejukkan al-Qaeda ataupun sebarang� jaringan� sekutu mereka, terutama� sekali oleh
pemimpin Islam� yang takut dicop� sebagai� �penderhaka� kepada� Islam, akan
memanjangkan konflik yang� keluar� meliar� pada� September 11, dan akan membahayakan
lagi� kumpulan Islam dan Barat. Sepatutnya� fenomena itu sudah lama dapat dirasakan��
kemungkinan penjelmaannya oleh kumpulan� elit Arab yang paling� mementingkan diri
sendiri. Sayangnya, perkara itu belum menjadi� perhatian mereka.
Kewaspadaan Arab Saudi itu memang� selari dengan� sikap tradisinya� memberikan ruang
luas� kepada� kumpulan� militan� beragama, baik di negara� sendiri� ataupun di luar
negara.� Inilah sikap yang kini melantun balik bahananya,� dan juga� menghantui Barat.
Kuasa� mutlak Warga� Istana� Saud, berdasarkan dua tiang seri fahaman dan� satu
andaian. Tiang seri� fahaman� mereka itu� ialah politik Barat dan sokongan�
ketenteraan, dan kesetiaan� puak Wahhabi yang mementingkan� ajaran dan fahaman agama
mereka. Andaiannya terletak kepada� amalan turun-temurun betapa mereka adalah
�khadam-penjaga� dua daripada tiga� kota paling suci� dalam peradaban Islam.� Osama
Laden telah� mengeluarkan pendapat bahawa andaian� itu� tidak boleh diambil-kira dan
ramai�� orang Arab yang bersetuju dengannya. Dia tidak akan senang-hati selagi�
kumpulan �kufur�� tentera Amerika tidak keluar dari� bumi Arab Saudi. Sedangkan��
tanpa perlindungan Barat� itu, regim yang ada sudah tentu� hidup kurang selesa. Renca!
na menjatuhkan regim itu dan menggantikannya dengan� satu pentadbiran yang�
mencontohi� pentadbiran sistem khalifah adalah menjadi tujuan utama� dan� menepati�
harapan Osama� Laden.
http://mari209.tripod.com/2001okt/2001-3184.htm
Amalan biasa pemerintahan Saudi yang� membeli kesetiaan� sudah tidak berfungsi lagi
gara-gara bahana� hutang� negara� yang� menggunung tinggi.� Inilah yang memberikan
sedikit� kemudahan kepada Barat, setidak-tidaknya dari segi� menafikan kemewahan� dana
yang� telah� disalurkan kepada� kumpulan� pengganas Islam. Mengikut� taksiran Amerika,
ada� sekitar 369� pertubuhan� pengganas�� di dunia ini, di� mana 126 kumpulan itu
merupakan kumpulan Islam� yang� giat� mengganyang� kerajaan� mereka. Beberapa yayasan
�peribadi� Saudi, kebanyakannya� warga� istana,� telah aktif selama bertahun lamanya
membiayai� satu kumpulan yang besar di kalangan� pertubuhan� �ganas� itu. Mereka juga
membiayai sekolah agama� yang kerap merupakan� pusat pendidikan� untuk masyarakat�
yang miskin. Kebanyakan sekolah (surau/madarasah)� ini� merupakan� pusat indroktinasi�
yang mendidik� anak muda yang tidak ada pekerjaan tetapi mempunyai� semangat
perjuangan� yang disebut oleh barat sebagai� �religious� hatred�!
(kebencian� berunsur keagamaan). Ada antaranya� menjadi� khemah latihan� ketenteraan
Islam. Wang� Saudi telah membiayai al-Qaeda, dan� khemah Taleban� di Pakistan dan
Afghanistan.� Sekitar 10,000 graduan khemah� ini, merupakan sukarelawan� yang
dikatakan sudah pun pulang ke tanah air mereka. Mereka ini dikatakan� berpeleseran
dengan kumpulan� yang menganggur� dan kumpulan� pemuda yang berfikiran radikal,� yang
memilih Osama Laden sebagai wira� mereka.
Kerelaan� negara� membiarkan� sifat keganasan� ini, yang� telah menyumbang kepada satu
corak� naungannya� itu, boleh menjadi sama bahayanya� dengan� kegiatan� yang ditaja
oleh� kerajaan. Arab Saudi seharusnya diberitahu� bahawa� peristiwa September 11,
tidak memberikan mereka banyak pilihan;� dan mereka tidak seharusnya� meneruskan
memberi kesetiaan� semata-mata�� untuk menentukan� keadaan� yang� menjamin ketenangan.
Perkara ini tidak boleh dimaafkan dan� tidak mungkin dibiarkan� berterusan. Perkara�
ini mesti dihentikan. Kalaulah perkara ini dapat disedari� untuk kepentingan� semua,
adalah lebih baik lagi. Tetapi,� Arab Saudi tidak mahu mendengar� perkara� sebenarnya.
Dilema yang menghantui� Barat menunjukkan� satu masalah yang lebih luas� lagi. Barat
mungkin beranggapan ia� melancarkan satu usaha� yang� baik, tetapi�� terpaksa
mendapatkan sokongan� sekutu� yang terdiri daripada� kumpulan regim yang sungguh tidak
digemari oleh dunia� sejagat. Kebanyakan regim ini yang telah� melahirkan kumpulan
pengganas gara-gara kegagalan mereka� menumpukan perbelanjaan� terhadap� pendidikan�
yang sempurna, kepintaran� dan� peluang� ekonomi untuk mereka.�� Barat mempunyai��
satu rancangan jangka panjang� yang mahukan beberapa kerajaan� ini� mengurangkan�
pembaziran mereka dan mengawal� kebuasan� kumpulan elit mereka, sama ada�� mengikut�
ajaran Islam ataupun sebaliknya.
Britain dan Amerika sedar, kalaulah mereka mahu� membasmi keganasan itu di bahagian
akar-umbinya,� mereka� terpaksa� menangani� masalah politik dan budaya� yang kini
menghantui dunia� Arab. Itulah juga� pesanan Mr. Blair sepanjang minggu� ini.
Namun, dari segi� jangka pendek, segala keutamaan� itu� memang� berbeza.� Barat
mungkin berhadapan� dengan masalah� meminta�� regim yang sungguh� ganas� menjadi lebih
ganas lagi, lebih� dahsyat� lagi� menangani� masalah� jaringan pengganas, yang� dalam
kesah Saudi,� telah� sengaja� dijinakkan dulu� dan kini dianggap sebagai satu� bahaya
yang besar. Tindakan Saudi menyentap Mr. Blair adalah satu pertanda� bahawa dalam
beberapa bulan yang mendatang, Amerika dan Britain akan menghadapi� banyak
kesulitannya di Timur Tengah. Mereka juga� akan dihantui� kebencian yang membuak�
lebih dahsyat berbanding dulu-dulu. Matlamat� jangka pendek Arab dan barat mungkin
tidak mencapai kata sepakat disebabkan perbalahan yang berpanjangan, dan kepentingan
jangka panjang akan terdedah untuk� menunjukkan perbezaannya. Pihak bersekutu mungkin
dapat memenangi hati golongan intelek Islam tetapi dijangka kecundang dalam memenangi�
hati orang� yang memberontak jalanan. Besar kemungkinannya� mereka turut!
tersilap� mempercayai� bahawa sebahagian besar� umat Islam� akan terkejut� apabila
mengetahui�� matlamat Al-Qaeda yang sebenarnya.
Pada keseluruhannya, seandainya� pertembungan yang tidak dapat dielakkan ini terus
berpanjangan untuk bertahun� lamanya� tanpa� satu� rumusan yang jelas, kesannya nanti
akan mendedahkan muslihat� menemukan� dua� keutamaan� Barat yang tidak bertulis di
Timur Tengah. Satu, mendapatkan� kemudahan� bekalan� minyak di rantauTeluk, dan
menentukan kewujudan Israel� mengikut� sempadan� yang� selamat.
Di Israel,� kereputan keadaan� semakin tidak dapat dielakkan, kerana kumpulan
�pengganas� seperti hamas- yang diongkosi oleh Riyadh � akan menjadi lebih berani, dan
tidak ada sebarang� inisiatif diplomatik yang� berjaya� melepasi ugutan sabotaj
mereka. Untuk tempoh�� sederhana, Barat� akan� terus� menyokong� Yassir Arafat� dengan
bantuan ketenteraan� terhadap kumpulan ini- dan� sebagai balasan kerana� memperkuatkan
desakan terhadap Israel�� agar� berundur� daripada keseluruhan Tebing Barat dan
penempatan baru. Semua ini merupakan� satu proses menghidupkan semula� inisiatif
Oslo�� yang terbantut tahun lalu dalam persidangan perdamaian�� di Kem David.
Akan tetapi,� Barat perlu� berterus terang� bagaimana� mahu� menangani� semua ini.
Mereka tidak� bersetuju dengan� tahap pertama. Kehadiran Amerika Syarikat� di rantau
ini tidak akan� meredakan keadaan, bahkan akan memburukkan� semuanya. Pengaruhnya
tidak lagi hebat seperti� dulu, malahan akan� berkurang� lagi. Regim seperti Saudi
akan menjadi lebih terdesak dan bercelaru.� Serangan yang dilakukan� terhadap Amerika
bukannya bertujuan membunuh ribuan� manusia, tetapi� adalah bersifat� memprovokasi�
agar tercetus perang� antara� Barat dan Islam, mengusir keluar AS� daripada� Timur
Tengah dan menghancurkan Israel.
Barat� memang� terdaya� mengalahkan� segala� ugutan itu;� ia tidak ada upaya
memeranginya di setiap� medan perempuran� pada� satu masa yang sama.
http://mari209.tripod.com/2001okt/2001-3184.htm
Tamat�
-Diterjemahkan oleh SPAR-
Hits:<Picture>
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body : SUBSCRIBE HIZB)
( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body: UNSUBSCRIBE HIZB)
( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan )
( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net )
( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED] )
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Pengirim: Farina <[EMAIL PROTECTED]>