*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
{ Sila lawat Laman Hizbi-Net - http://www.hizbi.net }
{ Hantarkan mesej anda ke: [EMAIL PROTECTED] }
{ Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] }
*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
TAG SP 367: Guardian - Menggelonsornya Kerajaaan Arab
By Said Aburish
18/10/2001 12:50 pm Thu
http://www.guardian.co.uk/Print/0,3858,4279609,00.html
The Guardian. 18 Oktober, 2001.
Menggelonsornya Kerajaaan Arab
http://lamankm2.tripod.com/cgi-bin/m/KM2/forum.cgi?read=6169
(The Coming Arab Crash)
Oleh: Said Aburish
Sahabat dunia Barat yang paling akrab dalam dunia Arab di Timur Tengah - Fahd di Arab
Saudi, Abdullah di Jordan, Mubarak di Mesir dan Yassir Arafat ketua PLO - merupakan
quartet politik yang amat rapuh pemerintahannya. Besar kemungkinannya segala masalah
endemi dan kebangkitan semangat fundamentalis Islam di negara, mereka akan menjadi
penyebab menggelonsor dan khatamnya regim mereka itu dalam jangkamasa lima tahun yang
mendatang.
Walaupun pemerintahan Arab Saudi, Jordan, Mesir dan Palestin digugat pelbagai masalah
yang serupa, besar kemungkinannya Arab Saudi yang akan menjadi kawah pergolakan di
kalangan negara yang amat pro-barat itu. Raja Fahd sudah pun berusia 79, dan sedang
sakit. Kematiannya nanti akan disambut oleh saingan beberapa orang yang mengidamkan
takhtanya walaupun masalah ekonomi semakin merudum dan penentangan pertubuhan Islam
semakin menguntum.
Ketika ini, keadaan tenang memang jelas kelihatan di Arab Saudi. Tetapi satu
pengamatan yang lebih teliti mendedahkan pelbagai masalahnya. Sejak Fahd bin Abdel
Aziz menaikki takhta kerajaan Saudi moden sebagai raja nombor lima, pada 1982, ekonomi
negara sudah semakin mengecut. Namun, korupsi sudah berleluasa tanpa dapat dibendung
dengan mudah. Hasil negara daripada indusri minyak sudah menurun kepada $40 bilion
sahaja, namun sebahagian besar rakyatnya masih hidup menderita. Pada 1993, kadar per
kapita adalah sekitar $5,000 tidak sampai satu pertiga angka pada awal 1980-an dulu.
Mengikut taksiran angka ini dijangka menurun lagi, dan secara amalannya inilah yang
memihak kepada kebangkitan fundamentalis Islamia, yang membesar secara kejutan kerana
itulah sahaja pertubuhan yang tidak mampu diharamkan oleh kerajaan. Apabila wujud
perasaan bencikan barat, ia bererti ada bahaya yang menunggu dan lebih banyak
keganasan terhadap kepentingan barat.
Rasuah dan keperitan hidup marhaen Saudi merupakan satu wadah yang mendasari
kebangkitan satu pertubuhan pembangkang yang popular dan kematangan satu generasi
masyarakat terdidik Saudi yang memang telah lama menolak perangai keluarga diraja
istana. Fahad dan ahli keluarganya memang dikaitkan dengan barat. Salah-guna kuasa dan
segala dosa yang dilakukan oleh warga diraja termasuk membenarkan penempatan askar
tentera Amerika di tanah suci Islam, sebenarnya menyusahkan barat daripada membawa
kebaikan kepada mereka. Apabila unsur-unsur ini dirangkumkan, telah mencetuskan satu
semangat yang menggalakkan lebih ramai rakyat Saudi menganggotai pergerakan Islam
militan dan mengecutkan tapak popular diraja yang semakin mengecut bidangnya itu.
Satu perbalahan mengenai aturan pengganti akan mencetuskan pakatan antara kumpulan
fundamentalis Islam dengan angkatan tentera menentang pihak istana - ataupun beberapa
warga istana yang akan bersatu dengan pihak angkatan tentera dan pasukan keselamatan
untuk menentang saudara mara mereka. Inilah masa yang sukar untuk Warga Istana Diraja
Saud meneyetujui Barat untuk memerangi kumpulan Islam. Lebih-lagi apabila tidak ada
ancaman terus yang menghantui Arab Saudi dan tindakan 'jenayah' Osama Laden itu
diterima dengan senang oleh kebanyakan umat Islam.
Keadaan yang serupa dijangka akan meletus di Jordan juga. Raja Abdullah yang masih
muda dan tidak berpengalaman itu sedang dihayun angin masalah. Lebih dua pertiga
rakyat di negaranya adalah warga Palestin yang amat bersimpati dengan sebarang
tindakan anti-Amerikan disebabkan sokongan Amerika menyebelahi Israel. Sokongan
terbuka Raja Abdullah terhadap tindakan Amerika mengganyang Osama Laden dan penyokong
ketenteraannya tidak menyumbang apa-apa kebaikan kepadanya selain melunturkan
martabatnya. Di waktu ini penentangan terhadap Abdullah masih belum tersusun dan tidak
ada kumpulan yang bersuara secara terbuka mahu menjatuhkannya daripada takhta. Namun,
sudah ada pembangkang yang kuat dan lantang suaranya dan bersifat fundamentalis Islam,
yang pada satu ketika menguasai satu per empat kerusi di parlimen Jordan. Seperti yang
berlaku di Arab Saudi, tidak ramai yang menyokong barat untuk memerangi sesama Islam.
Kalau ada mereka yang bersetuju, mereka turut mengecam Abdullah kerana !
mengekalkan perjanjian damai dengan Israel dalam usaha untuk mengambil hati Barat
sambil melukakan perasaan orang tempatan.
Masalah Jordan memang mempunyai kaitan serantau di dalamnya. Syria ialah sebuah negara
yang secara tradisinya memang anti-barat dan mempunyai pengaruh yang besar terhadap
orang Jordan. Rakyat Jordan memang menyetujui sikap keras Syria terhadap Israel dan
amat mengkagumi cara politik semi-sosialis jiran mereka di bahagian utara itu.
Tambahan pula, Saddam Hussian merupakan tokoh yang popular di Jordan. Beliau dilihat
sebagai Saladen zaman moden yang menentang barat.
Pada keseluruhannya, semangat anti barat yang tertanam di sanubari orang Jordan itu,
tidak kira apakah mereka berfahaman sekular ataupun beragama Islam, memang amat kental
sekali. Sebarang bantuan Jordan kepada barat walaupun semata-mata berbentuk
diplomatik, sudah tentu akan melantun dan menyulitkan kedudukan Raja Abdullah dan
masalah kronik yang menghantuinya. Namun, sikap Jordan yang bergantung-harap kepada
bantuan ekonomi Amerika sudah pun memaksa kerajaan bertindak mematuhi sikap yang tidak
popular itu.
Di Mesir, keadaan ekonominya memanglah lebih teruk lagi berbanding Arab Saudi dan
Jordan. Episod September 11, telah menjejaskan industri pelancungan Mesir kerana
industri ini menyumbang kepada pengutipan matawang asing. Keadaan ini semakin menekan
apabila bilangan lalulintas di Terusan Suez turut berkurangan. Semua ini muncul ketika
demam rakyat kerana bencikan presiden Mubarak semakin kuat gigilnya.
Sejak kebelakangan ini penentangan terhadap Mubarak dan pemerintahan regimnya yang
disokong oleh angkatan tentera Mesir, terhad kepada kumpulan fundamentalis Islam
sahaja. Tetapi kini, keadaan sudah berubah. Pihak akhbar sudah naik marah apabila
kebebasan akhbar mereka disekat. Masyarakat menengah Mesir sudah pun merungut kerana
Mubarak berbelanja besar dalam hal ehwal luar dan tidak menumpukan kepada masalah
dalaman Mesir. Pelbagai kisah rasuah dan nepotisme merupakan cerita biasa. Apabila
rakyat sudah tidak sabar lagi dengan gelagat Israel dan juga Amerika bererti
populariti Mubarak sudah berada di tahap bawahan sahaja. Keadaan ekonomi Mesir yang
semakin menggelonsor ini yang terhenti untuk seketika apabila berbilion hutang
berkarat dimansuhkan ketika tercetusnya Perang Teluk dulu sebagai ganjaran Mesir
menyokong Amerika Syarikat ketika memerangi Saddam Hussin - kini timbul semula sebagai
masalah besar negara. Mesir mempunyai hutang yang melebehi $30 bilion dollar, jumlah
pe!
nduduknya meningkat setiap tahun melebehi satu juta, dan kiriman wang yang dihantar
oleh rakyatnya yang bertugas di negara pengeluar minyak sudah semakin berkurangan
kerana negara itu tidak lagi memerlukan tenaga pekerja yang ramai seperti dulu. Kali
ini Mesir tidak lagi dapat mengharapkan bonus daripada pemansuhan hutang.
http://lamankm2.tripod.com/cgi-bin/m/KM2/forum.cgi?read=6169
Arafat, yang merupakan sahabat barat yang terkini, mempunyai masalah politik dan
ekonomi yang sama dihadapi oleh Fahd, Abdullah dan Mubarak. Pihak pembangkang daripada
puak Islam memang lengkap bersenjata dan bersedia melancarkan perang gurilla memerangi
beliau dan juga Israel. Dia telah gagal mewujudkan satu entiti politik yang dapat
diterima oleh rakyatnya. Apabila Perjanjian Oslo dan perjanjian sampingan yang
mengiringinya telah gagal memuaskan harapan rakyat Palestin, mereka berpaling kepada
Hamas, Islamic jihad dan beberapa kumpulan Islam yang lain. Mereka ini memang tidak
sebulu dengan fahaman barat dan amat membenci sikap Arafat yang mudah akur kepada
muslihat barat itu, semua kumpulan ini tidak pernah memeram persetujuan mereka kepada
tindakan Osama Laden.
Oleh kerana beliau tidak ada satu benda pun untuk ditunjukkan sebagai kejayaannya
kepada rakyat dalam peranan sebagai broker yang jujur kecuali kesetiaan kepada Amerika
Syarikat, Arafat mendapati dirinya semakin tidak disenangi dan terpaksa menggunakan
khidmat polis khas untuk melindungi dirinya daripada kebangkitan rakyat Palestin itu.
Apabila dia mengenakan sekatan kebebasan akhbar, segala ketokohannya pun terhumban ke
arah kancah kebencian rakyatnya. Suaranya tidak lagi dianggap mewakili rakyat
Palestin, dan masalah yang dicetuskan oleh masyarakat Islam telah menghenyak hidupnya
lagi.
Adalah amat sukar untuk memikirkan apa yang boleh menyelamatkan Arafat. Taraf hidup
masyarakat Palestin semakin menurun. Pengangguran sudah melebehi 30% dan semakin
meninggi di kalangan lulusan universiti. Orang yang rapat dengannya semakin dipalit
angin rasuah dan nepotisme. Kalau dikirakan sikap Sharon yang memang tidak sebulu
dengan Arafat, kemungkinan meledaknya perang saudara di kalangan sesama Palestin
adalah serba mungkin. Yang tidak terlintas di fikiran mungkin akan tercetus juga.
Inilah kemungkinan berlakunya satu pakaan Arafat-Israel memerangi Hamas dan beberapa
kumpulan Islam Palestin yang lain.
Segala ancaman yang menghantui Arab Saudi, Jordan, Mesir dan Arafat adalah amat benar.
Yang akan menyulitkan perkara ini lebih dahsyat lagi berbanding zaman dulu ialah
kedegilan Amerika mahukan penglibatan pemimpin Arab dalam usaha mereka memerangi
sesama Islam. Ketokohan pemimpin yang pro-barat itu sudah menjadi begitu nipis
sehinggakan menggugat sebarang usaha melibatkan mereka menyokong pergerakan memerangi
Osama bin Laden, akan berakhir dengan kewujudan satu situasi di mana mereka akan
kecundang tanpa upaya untuk mengelakkan bencana yang lebih besar lagi.
Tamat
Terjemahan: SPAR.
Asal: KM2 6168
------------------------------------------------------------------------
V: 24 � D: 0.050 secs �
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body : SUBSCRIBE HIZB)
( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body: UNSUBSCRIBE HIZB)
( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan )
( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net )
( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED] )
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Pengirim: Farina <[EMAIL PROTECTED]>