*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
{ Sila lawat Laman Hizbi-Net - http://www.hizbi.net }
{ Hantarkan mesej anda ke: [EMAIL PROTECTED] }
{ Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] }
*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Dari The News: Jang (Pakistan)
October 20, 2001
ISLAMABAD: Taleban telah mempersiapkan strategi untuk
memulakan perang gerila untuk jangkamasa yang panjang
daripada gunung2 terhadap tentera2 penakluk yang
kemungkinan akan menawan kota-kota Afghan dan
membentuk kerajaan baru.
Ianya dinyatakan disini kemarin dalam temubual khas
kepada wartawan "The News" oleh komander mujahideen
Maulvi Jalaluddin Haqqani, komander teratas dari
barisan perang Taleban sebelah Selatan - setaraf
dengan jawatan ketua perang kerajaan Taleban - dan
juga sebagai komander dan perancang perang tertinggi
kepada Mullah Omar.
"Kami akan berundur ke gunung2 dan memulakan perang
gerila yang panjang untuk menawan kembali tanah2 kami
dari kafir dan membebaskan negeri kami lagi seperti
yang telah kami lakukan terhadap Russia," kata
Haqqani, orang yang bertanggung-jawab merancang
strategi ketenteraan Taleban terhadap serangan
Amerika, yang mana telah menatijahkan kerosakan yang
kecil dan kemalangan jiwa yang sedikit, meski dari
kadar serangan udara yang besar. Haqqani, yang juga
bertanggung-jawab terhadap keselamatan Osama bin
Laden, bercakap dari suatu tempat yang dirahsiakan di
Pakistan. Anak lelakinya, Naseeruddim Haqqani,
bertindak sebagai penterjemah kepada ayahnya, sebagai
seorang sahaja komandan mujahideen yang menentang
Russia yang dibenarkan kekal dengan jawatannya oleh
pihak Taleban.
Berikut adalah salinan lengkap daripada temubual yang
telah dirakamkan:
Q: Dalam kes tentera Amerika mengambil alih kota2
seperti Kabul, Kandahar, Mazar-e-Sharif dan Jalalabad,
adakan Taleban akan menyerah kalah ?. Jika tidak,
adakah mereka akan menyerang kota2 ini untuk menawan
balik?
Maulvi Jalaluddin Haqqani: Pertamanya, adalah hampir
kepada mustahil oleh Amerika untuk berbuat begitu.
Ingatlah bahwa Russia juga menguasai beberapa kota2
Afghan suatu masa dahulu. Apa yang berlaku sekarang?.
Kami [Taleban] tak pernah menguasai walau sebuah pun
kota tetapi lihat sekarang.
Walaupun jika Amerika atau yang lain2 dapat menawan
kota2 Afghan, kami tidak akan menerimanya. Kami akan
mengundur ke gunung2 dan akan memulakan perang gerila
yang panjang untuk mengambilalih semula tanah2 suci
kami daripada tangan2 kafir dan membebaskan negeri
kami lagi sepertimana yang kami lakukan dahulu
terhadap Russia.
Q:Bagaimana kamu bercadang untuk menghadapi penaklukan
darat dari tentera2 Amerika ?
A: Kami telah bersiap siap menunggu ketibaan tentera
Amerika di atas tanah kami, di mana kami akan
menghadapi mereka dengan cara kami sendiri. Saya
beritau kamu bahwa Russia adalah musuh kami yang
berani dan tentera2 mereka boleh bertahan dalam
keadaan yang lasak. tentera Amerika pula adalah mahluk
yang selesa. Mereka tidak akan dapat bertahan dalam
keadaan yang lasak yang menunggu mereka.
Biar saya beritau kamu juga bahwa Russia memenuhi
janji2 mereka walaupun dengan musuh mereka dan orang2
Islam, sedangkan Amerika tidak boleh dipercayai dan
menikam dari belakang walaupun teman mereka sendiri
apatah lagi dengan musuh. Afghanistan akan terbukti
menjadi kuburan bagi Amerika.
Q: Apakah pandangan Taleban terhadap kerajaan gabungan
yang menyeluruh?
A: Orang Afghan berpihak kepada Taleban hanya kerana
ia adalah kerajaan Islam. Yang dikatakan kerajaan
gabungan menyeluruh dengan sifatnya tersendiri adalah
sekular, yang mana tidak akan diterima oleh orang
Afghan.
Tidak seorang pun dari Taleban yang akan menjadi
sebahagian dari 'kerajaan yang tidak diterima' itu,
yang akan dipenuhi oleh boneka2 dari Amerika, Russia,
dan India.
Q:Apa katamu dengan sokongan Pakistan supaya
tertubuhnya kerajaan gabungan untuk Afghanistan?
A:Biar saya ingatkan kamu bahwa di sempadan Timur
Pakistan adalah India - musuh utama Pakistan. Dengan
kerajaan Taleban di Afghanistan, Pakistan mempunyai
sempadan genting 2,300 km yang tak kan terkalah, yang
mana Presiden Musharraf sendiri pernah mengaku dengan
bangganya. Adakah Pakistan benar2 mahukan kerajaan
Afghan yang baru, yang akan melibatkan orang2 yang
condong kepada India didalamnya, yang dengan itu
menghapuskan strategi genting ini.
Saya beritau kamu, keselamatan dan kestabilan Pakistan
dan Afghanistan adalah saling kait mengait. Bersama,
kita kuat tetapi berpisah kita akan lemah.
Q: Apakah tahap semasa pertahanan Afghan terhadap
serangan ketenteraaan Amerika?
A: Kami setakat ini masih berpegang kukuh kepada
pertahanan kami. Belum ada sebarang pengunduran dari
mana-mana. Serangan ketenteraan telah gagal untuk
menyebabkan sebarang permasalahan serius kepada sistem
pertahanan kami.
Q: Berapa ramaikah orang Afghan yang telah terbunuh
setakat ini dalam serangan udara?
A: Sekitar 450 Afghan setakat ini telah syahid
disebabkan serangan pengecut Amerika.
Q: Berapa ramaikah dari pihak atasan kerajaan Taleban
yang telah terbunuh?
A: Tidak seorang pun dari ketua atau komandan perang
Taleban yang telah terbunuh didalam masa 12 hari yang
lepas dari pengebuman berterusan Amerika. Mullah
Omar, Osama bin Laden dan komandan2 perang yang lain
semuanya selamat dan sedang melakukan tugas2 mereka.
Bagaimanapun, sekitar 25 tentera Taleban telah menemui
syahid!.
Q: Adakah semua pesawat dan helikopter di dalam
kawalan Taleban telah dimusnahkan seperti yang
dilaporkan?
A: Ini semua adalah propaganda. Hanya sebuah
helikopter tentera dan 2 buah pesawat Ariana Airline
yang telah mengalami kerosakan. Pesawat2 yang lain
semuanya selamat.
Q: Adakah Osama bin Laden dan kumpulan Arabnya
menolong Taleban dalam mempertahankan Afghanistan?
A: Kami tidak berfikir dalam konteks nasionalisma
seperti Arab, Indian atau Pakistani. Semua yang
bersama kami adalah Afghan. Sesiapa saja yang
berhijrah ke Afghanistan diatas nama Islam, kami
menganggap mereka semua sebagai Afghan baik mereka
dari Saudi Arabia, Britain, Chechnya, Pakistan, India
atau mana saja negeri di dunia ini. Dan benar, kami
semua sama2 berperang dalam perang ini.
Q: Apakah pelan Osama bin Laden dan al Qaeda dalam
berdepan dengan potensi serangan terhadap kedudukan
mereka.
A: Saya dah beritahu kamu. Kami semua di dalam perang
ini bersama-sama.
Q: Mengapakah Osama bin Laden tidak menerima nasihat
Ulama supaya dia meninggalkan Afghanistan?
A: Ulama2 Afghan tidak pernah memerintahkan Osama bin
Laden supaya meninggalkan Afghanistan.
Apa yang sebenarnya mereka katakan adalah dia(Osama)
bebas untuk memutuskan untuk dirinya.
Tidak dia kami panggil tidak juga akan kami halaukan.
Kami tidak menyimpan dia secara paksa di Afghanistan
juga kami tidak akan memaksa dia keluar.
Q: Bagaimanakah kebenaran lapuran tentang pelarian
dari barisan Taleban?
A: Tidak ada langsung asasnya kebenaran lapuran
tersebut. Puak propaganda kononnya mengakui bahwa Qazi
Abdul Hye dari daerah Sar-e-Pul di lebah Utara telah
meninggalkan barisan Taleban bersama-sama dengan bala
tenteranya. Pengakuan ini dibuat semasa dia di kepong
beberapa hari lalu semasa serangan oleh puak gabungan
Utara.
Bagaimanapun, setelah dia berjaya melepasi kepongan
itu, dia dan 4,000 tenteranya telah kembali kepada
kami. Dia adalah seorang Ulama dari Islam dan juga
seorang komander tentera yang handal. Dan dia tentunya
bersama kami. Tidak ada pelarian sama sekali.
Q: Adakah Mullah Omar bersedia untuk mengundurkan diri
sebagai ketua Taleban dan menyerahkan kuasa kepada
seseorang yang dipersetujui yang boleh berunding untuk
menamatkan perang dalam rangka untuk menyelamatkan
Afghan atau menyerahkan Osama bin Laden?
A: Kami telah memberikan bai'ah kepadanya dan
menjadikan dia sebagai Amir-ul-Mukminin. Selagi dia
berkhidmat kepada Islam dan Syariat, kami tidak
sekali2 akan meninggalkannya sebagai ketua kami.
Mengapakah dia harus mengundurkan diri? Siapakah yang
"lain' yang menuntut supaya Mullah Omar mengundurkan
diri?
Kami tidak suka kepada George Bush. Kenapa dia tidak
mengundurkan diri dan seseorang 'lain' mengambil alih
tempatnya di Amerika?
Q: Bilakah kali terakhir kamu berjumpa denga Osama bin
Laden?
A: Tentu sekali, saya tidak akan memberi jawaban
kerana sebab keselamatan. Bagaimanapun, biarkan saya
berkata terus terang bahwa Osama bin Laden bukan cuma
selamat dan sihat, dia juga dalam keadaan bersemangat
tinggi.
Q: Berapa banyak negarakah yang menyokong Taleban?
A: Ada beberapa negara yang menyokong kami termasuk
'yang terpenting'. Tetapi disebabkan sebab yang
terang, saya tidak akan menamakannya. Kita semua boleh
faham bahwa Amerika sangatlah berbahaya dan ia akan
mengancam sebarang negeri yang secara terang menyokong
kami. Lalu negara2 yang menyokong kami mempunyai hak
untuk tidak berbuat begitu secara terang, itulah yang
mereka buat.
Q: Gulbudin Hekmatyer telah menggumumkan akan
berperang bersama Taleban. Bolehkan kamu menerima dia
bersama barisan kamu ataupun mengadili dia diatas
kesalahan2 lampaunya sepertimana yang Taleban telah
isyiharkan sebelum ini?
A: Kami mempunyai tradisi di mana apabila musuh dari
luar, musuh yang sama mengancam Afghan, kami akan
mengenepikan perbezaaan dalaman kami dan bersatu
terhadap ancaman. Dalamana juga, Mullah Omar adalah
kuasa terakhir yang menentukan samada kami akan
menerima bantuan Hekmatyar atau tidak.
Q: Bagaimana kamu datang ke Pakistan? Adakah kamu
menggunakan visa?
A: Saya juga adalah menteri (TAleban) untuk daerah
sempadan. Puak2 kami tinggal dikedua2 belah "garis
Durand" sejak berabad-abad. Rumah2 kami terbahagi di
kedua2 belah sempadan. Kedua2 sempadan adalah rumah
kami. Pakistan adalah rumah saya. Dan begitu juga,
penghijrahan saya belum tamat.
____________________________________________________________
Nokia Game is on again.
Go to http://uk.yahoo.com/nokiagame/ and join the new
all media adventure before November 3rd.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body : SUBSCRIBE HIZB)
( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body: UNSUBSCRIBE HIZB)
( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan )
( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net )
( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED] )
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Pengirim: =?iso-8859-1?q?hadi=20hadad?= <[EMAIL PROTECTED]>