*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
{ Sila lawat Laman Hizbi-Net - http://www.hizbi.net }
{ Hantarkan mesej anda ke: [EMAIL PROTECTED] }
{ Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] }
*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Nampak Astora Jabat, UMNO dan Utusan berkempen keras untuk memihak
kepada Amerika yang menyerang Taliban. Kita tahu bahawa Astora adalah
seorang yang anti pengajian pondok sebab itulah dia menyerang puak
Taliban kerana puak itu adalah terdiri dari guru dan penuntut pondok.
Di bawah ini ialah huraian yang dipetik daripada kitab "Mughni al-
Muhtaj" karangan Syeikh Muhammad Khatib Syarbini, bermazhab Syafie,
pada mukasurat 128, jilid ke-4, dalam Bab Bughah, yang menyebut
adalah HARAM orang Islam meminta bantuan tentera kafir bagi memerangi
ummat Islam:
=======================================
wa laa yusta'aanu 'alai_him fi_l-qitaal(in) bi_l-kaafir(in)...li_
anna_hu yuharramu tasliTu_hu 'ala _l-muslim
Maksudnya:
tidak boleh meminta bantuan seorang tentera kafir dalam memerangi
puak (bughah) Muslim kerana adalah HARAM jika si kafir itu dapat
mengalahkan si Muslim itu.
=======================================
Sebab itulah mengikut fatwa Dr Yusuf al-Qaradhawi adalah tepat.
Lagipun tindakan Amerika memerangi Taliban atas sangkaan semata-
mata bahawa Osama Bin Laden yang menyerang WTC di New York. Serangan
Amerika itu adalah satu tindakan terburu-buru tanpa kaji selidik.
Mengikut hukum Islam juga, adalah HARAM menyerahkan seorang Islam
untuk diadili oleh tentera kafir Amerika. Barang siapa menghalalkan
perbuatan menyerah seorang Islam kepada tentera kafir maka dia
akan menjadi murtad (mengikut fatwa yang dipegangi oleh Taliban)
Sebab itu mereka sanggup mati mempertahankan ajaran Islam. Ini pula
nisbah kepada maruah negara ummat Islam Afghanistan, adalah HARAM
bagi kafir Amerika memasukkan tenteranya ke bumi ummat Islam.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body : SUBSCRIBE HIZB)
( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body: UNSUBSCRIBE HIZB)
( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan )
( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net )
( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED] )
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Pengirim: MrChan <[EMAIL PROTECTED]>