*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Afghanistan dipanggil �Crossroads of Asia�. Kami telah
menderita kerana kedudukan negara kami yang strategik
ini. Kami telah menderita dalam abad ke-18, abad
ke-19, dan kami masih menderita dalam abad ini. Kami
tidak menyerang British. Kami tidak menyerang Russia.
Mereka yang menyerang kami. Oleh itu masalah-masalah
yang timbul di Afghanistan bukan dari perbuatan kami
sendiri. 

Pencerobohan Soviet 

Masalah yang dihadapi sekarang ini di Afghanistan
bermula pada 1979. Afghanistan adalah negara yang
sukakan keamanan. Tetapi pihak Russia dengan tentera
seramai 140,000 anggota telah menyerang Afghanistan
pada bulan Disember 1979, iaitu lebih kurang 21 tahun
dahulu, dan telah menjajah selama satu dekad, membunuh
1.5 juta rakyat Afghanistan, melumpuhkan sejuta orang,
dan 6 juta orang dari jumlah rakyat seramai 18 juta
telah melarikan diri dari kekejaman Russia dan
bermastautin di negara-negara lain. Di masa ini pun
anak-anak kami mati kerana bahana periuk api (land
mines) yang ditanam oleh pihak Russia. Dan tidak siapa
di dunia luar memperdulikan hal ini. 

Selepas Russia Dikalahkan 

Masa penjajahan Russia, pihak kerajaan US, Britain,
Peranchis dan China membantu kumpulan pembebasan yang
dipanggil Mujahidin. Hanya 7 kumpulan Mujahidin
beroperasi dari Pakistan sementara 8 kumpulan yang
lain bertindak dari Iran dalam memerangi pihak Russia.
Selepas Russia kalah, kesemua kumpulan-kumpulan
Mujahidin ini kembali ke Afghanistan dengan fahaman
yang berlainan dan senjata yang banyak. Mereka tidak
bersatu di bawah satu pemerintahan tetapi telah
bertelingkah sesama sendiri di Afghanistan. Kemusnahan
akibat dari pertempuran sesama sendiri itu lebih teruk
dari kemusnahan yang dialami semasa penjajahan Russia.
Seramai 63,000 orang telah terbunuh di Kabul. Seramai
sejuta rakyat lagi melarikan diri dari situasi
huru-hara tersebut ke negara-negara lain. 

Munculnya Taliban 

Melihat huru-hara dan kemusnahan yang berlaku itu,
sekumpulan pelajar-pelajar yang dipanggil Taliban
(Taliban maknanya pelajar-pelajar) telah menubuhkan
gerakan pelajar 

Taliban bermula di sebuah perkampungan di Kandahar
yang terletak di wilayah selatan Afghanistan. Taliban
mula wujud sebagai sebuah gerakan apabila seorang
�warlord� (ketua kumpulan bersenjata � bandit) telah
menculik dan memperkosa dua kanak-kanak perempuan. Ibu
bapa kanak-kanak perempuan tersebut telah pergi ke
sebuah �sekolah agama pondok� dan meminta guru di
sekolah tersebut menolong mereka. 

Guru tersebut bersama-sama 53 orang murid beliau,
dengan bersenjatakan hanya 16 senapang, telah pergi
menyerang pengkalan komander tersebut. Selepas
membebaskan kedua kanak-kanak perempuan yang diculik
itu, mereka telah menggantung mati komander. Ramai
orang-orang komander tersebut turut digantung. 

Kisah ini tersebar luas. BBC telah juga melaporkannya.
Mendengar kisah ini, ramai lagi pelajar-pelajar telah
menyertai gerakan (Taliban) tersebut, dan mereka mula
bertindak dengan merampas senjata-senjata dari semua
puak-puak bandit. Gerakan pelajar ini � Taliban � kini
menguasai 95% Afghanistan termasuk ibu negara di
Kabul. Hanya segelintir dari puak-puak bandit terus
bermaharajalela di secebis bahagian utara Afghanistan
(mereka ini adalah Northern Alliance). 

Kejayaan Taliban 

Kami (Taliban) baru memerintah selama 5 tahun, dan
berikut adalah kejayaan kami yang tidak diketahui oleh
dunia: 

1.) Pertamanya kami telah menyatukan negara yang
berpecah-belah. Afghanistan sebelum ini berpecah
kepada lima kawasan-kawasan. Kami menyatukannya,
sesuatu yang gagal dilakukan oleh lain-lain pihak. 

2.) Perkara Kedua yang telah kami lakukan, yang gagal
dilihat, adalah melucutkan senjata yang dimiliki
rakyat. Selepas peperangan dengan Russia, hampir
setiap orang Afghan memiliki Kalshnikov , dan juga
senjata canggih seperti stinger missiles, dan ada yang
memiliki pesawat dan helicopter pejuang. Melucutkan
senjata mereka kelihatan mustahil. Bangsa-bangsa
Bersatu (PBB) menawarkan US$3 billion untuk membeli
balik senjata-senjata itu. Dan kerana ianya tidak
praktikal maka rancangan PBB tersebut tidak
diteruskan, dan dunia pun melupakan Afghanistan.
Tetapi kami telah berjaya melucutkan senjata di 95%
kawasan negara Afghanistan. 

3.) Kejayaan kami yang ketiga adalah membawa
Afghanistan di bawah satu pentadbiran, sesuatu yang
tidak wujud selama 10 tahun sebelum kami ambil alih. 

4.) Kejayaan kami yang ke empat, yang mengkagumkan
ramai orang, adalah memusnahkan sebanyak 75% tanaman
candu dunia. Sebelum kami menghapuskannya, 75% bekalan
candu dunia dihasilkan di Afghanistan. Dan pada tahun
lepas kami mengeluarkan perintah mengharamkan
penanaman candu, dan pada tahun ini 2001, ketua
Program Kawalan Dadah PBB di bawah naungan UNDCP,
Encik Barnard F. dengan bangganya mengisytiharkan
Afghanistan bebas sepenuhnya dari tanaman candu - 0%
of opium cultivation. Zero, zilch, kosong � langsung
tak ada lagi. 

Malangnya seramai 700 pakar UNDCP yang memantau
tanaman candu telah kehilangan kerja. Pakar-pakar PBB
itu tidak menyukai bila kami mengeluarkan perintah
mengharamkan tanaman candu. Dan tahun ini mereka
kehilangan kerja. 

5.) Kejayaan kami yang kelima adalah memulihkan
hak-hak asasi manusia di Afghanistan. Memangnya ramai
yang telah menuduh kami melanggar hak-hak asasi
manusia. Realitinya adalah kami sebenarnya telah
memulihkan hak-hak asasi manusia. Antara hak-hak asasi
bagi seseorang manusia adalah hak untuk hidup dengan
selamat. Sebelum Taliban memerintah, tidak seorang pun
di Afghanistan boleh hidup dengan selamat. 

Malah perkara pertama yang kami lakukan adalah
mewujudkan keadaan yang selamat dan aman. Keutamaan
kami yang kedua adalah memulihkan sistem kehakiman
yang bebas dan adil. Rakyat Afghanistan tidak perlu
membayar untuk mendapat pengadilan seperti yang
berlaku di Amerika Syarikat. Di Afghanistan anda tidak
perlu membeli keadilan. Di Afghanistan pengadilan
adalah percuma dan mudah diperolehi. 

Hak-hak Kaum Wanita 

Kami (Taliban) telah dikritik kononnya kami melanggar
hak-hak wanita. Adakah anda (di Amerika) ketahui apa
yang berlaku sebelum kami memerintah? Saya lihat dalam
dewan ini ada beberapa orang Afghan yang bermastautin
di sini, dan mereka pasti akan bersetuju dengan saya
bahawa sebelum Taliban memerintah, kaum wanita di
kawasan luar bandar diperlakukan sebagai binatang.
Mereka dijual. Kami (Taliban) menghapuskan amalan yang
sangat keji ini. 

Kaum wanita tidak berhak bersuara dalam pemilihan
suami bagi mereka. Antara perkara yang pertama Taliban
lakukan adalah memberi wanita hak untuk memilih bakal
suami masing-masing. 

Suatu lagi yang jelek yang berlaku ke atas kaum wanita
di Afghanistan adalah mereka ditukar-tukar sebagai
hadiah. Sememangnya amalan ini bercanggah dengan
agama. Ia sebenarnya merupakan budaya. Adalah menjadi
tradisi bila dua puak yang bertempur ingin berdamai,
maka mereka akan bertukar-tukar wanita. Dan amalan
keji ini sudah dihentikan oleh Taliban. 

Berlainan sekali dengan tuduhan-tuduhan yang
dilemparkan, kaum wanita di Afghanistan sebenarnya
diizin berkerja. Kami akui sebelum1996, iaitu sebelum
kami menakluki ibu negara, Kabul, kami telah meminta
kaum wanita supaya duduk rumah. Tetapi kami tidak
sekali-kali berniat untuk menyuroh mereka duduk rumah
buat selama-lamanya. Kami menerangkan kepada kaum
wanita bahawa mereka perlu duduk rumah kerana pada
masa itu keadaan huru-hara tanpa kuat kuasa undang dan
oleh itu tidak selamat bagi wanita keluar rumah. 

Kini kami sudah melucutkan senjata-senjata milik
persendirian, kami sudah menguatkuasakan
undang-undang, maka dengan keamanan tersebut wanita
sudah dibenarkan berkerja semula. Kami akui
wanita-wanita kami tidak dibenarkan berkhidmat
Kementerian Pertahanan seperti di Amerika ini. Kami
tidak mahu wanita kami jadi pilot jet pejuang, atau
diperalatkan sebagai objek-objek menghiasi
iklan-iklan. Tetapi wanita kami memang dibenarkan
berkerja. Mereka berkerja di Kementerian Kesihatan,
Kementerian Dalam Negeri, pendidikan, kebajikan awam
dan seterusnya. 

Kami juga tidak menghalang kaum wanita untuk mendapat
pendidikan. Kami telah menyatakan kami mahu wanita
diberi pelajaran, dan kalau pun tidak ada tekanan dari
pihak luar kami tetap akan memberi pelajaran kepada
kaum wanita kami, ini adalah pegangan kami. Kami
diperintah (oleh Allah) untuk memberi pelajaran kepada
kaum wanita. Bila kami menetapkan sekolah-sekolah
berasingan untuk lelaki dan wanita, ianya tidak
bermakna kami tidak ingin wanita diberi pendidikan.
Memang benar kami menentang �co-education� (sekolah
campuran lelaki-perempuan), tetapi tidaklah benar sama
sekali untuk menuduh kami menyekat kaum wanita dari
mendapat pendidikan. 

Kami ada sekolah-sekolah, tetapi masalahnya adalah
sumber-sumber pembiayaan. Sebelum kami mengambil alih
pemerintahan terdapat bermacam sekatan pelajaran �
kurikulum yang mendidik taat setia kepada keluarga di
raja, sekatan pelajaran ala komunis, dan kurikulum
yang diperkenalkan oleh bermacam pihak. Oleh demikian,
pelajar-pelajar menjadi bingung. Kami sudah pun dapat
menyatukan semua kurikulum yang bercanggah-canggah
itu. 

Baru-baru ini kami membuka semula Fakulti Perubatan di
Kandahar dan lain-lain bandar utama di Afghanistan.
Terdapat lebih pelajar wanita dari lelaki yang
mengikuti kursus perubatan tersebut. Tetapi mereka
diasingkan. Dan pihak Sweden telah membantu mendirikan
sekolah-sekolah perempuan. Memangnya masih tidak
mencukupi, tetapi ini sahaja yang kami mampu buat masa
ini. 

Osama bin Laden 

Kami juga dituduh membiayai keganasan. Dan nampaknya
bagi orang Amerika keganasan itu hanyalah Osama bin
Ladin. Sekarang saya ingin memberitahu anda semua
bahawa Osama bin Laden sudah menetap di Afghanistan
selama 17 tahun, iaitu sebelum Taliban wujud. 

Bin Laden sudah lama berada di Afghanistan untuk
memerangi Soviet Union, dan Ronald Reagan, presiden
Amerika ketika itu, juga Dick Chenney, telah memberi
sanjungan kepada Osama bin Laden dan kumpulannya
sebagai pejuang-pejuang pembebasan (freedom fighters)
atau wira-wira yang memperjuangkan kemerdekaan (Heroes
of Independence), sebab perjuangan Bin Laden dan
kumpulannya ketika itu sejajar dengan dasar Amerika
menentang Soviet Union. Tetapi sekarang ini bila
Soviet Union sudah runtuh dan berpecah, orang-orang
seperti Bin Ladin tidak lagi diperlukan oleh Amerika,
dan Amerika melabel mereka sebagai pengganas dan
diburu. 

Dari disanjung sebagai wira-wira kepada diburu sebagai
pengganas-pengganas Islam. Kaedahnya agak sama dengan
Yasser Arafat yang dulunya pengganas tetapi sekarang
di anggap wira (boneka barat). 

Sebenarnya tidak ada beza antara keganasan yang Osama
bin Laden dituduh melakukan dengan kekejaman serangan
missiles berpandu pada 1998 ke atas Afghanistan.
Kedua-duanya tidak diisytiharkan terlebih dahulu, dan
kedua-duanya membunuh orang awam. Jika tindakan
keganasan yang Bin Laden dituduh melakukan itu sesuatu
yang sangat kejam, maka serangan missiles Amerika ke
atas Afghanistan juga sesuatu tindakan yang sangat
kejam kerana orang-orang awam telah terbunuh. 

Kerajaan United States cuba membunuh Osama bin Laden
tanpa memberi beliau terlebih dahulu pengadilan. Pada
tahun 1998 pihak US menyerang Afghanistan dengan
missiles, dan pihak US dengan selamba mengumumkan
mereka cuba hendak membunuh Osama bin Laden. Pada
ketika itu Osama bin Laden tidak dikenali oleh
orang-orang Afghanistan. Saya sendiri tidak kenal
padanya. Oleh demikian kami semua terperanjat. 

Saya antara ramai yang berada di rumah pada malam
tersebut. Saya dipanggil hadir mesyuarat tergempar dan
kami diberitahu bahawa United States telah menyerang
Afghanistan. Dengan 75 cruise missiles Amerika cuba
membunuh satu orang. Dan mereka gagal menemui sasaran,
dan yang dibunuh adalah 19 orang kanak-kanak sekolah,
dan Amerika tidak pernah meminta maaf atas pembunuhan
tersebut. 

Syor-Syor Taliban Berhubung Osama Bin Laden 

Kami bersikap terbuka dalam isu Osama bin Laden. Kami
telah menyatakan jika Osama bin laden benar-benar
terlibat dalam serangan ke atas kepentingan US di
Kenya/Tanzania, jika boleh diberi kami buktinya bahawa
Osama bin Laden memang terlibat, kami pasti akan
menghukum beliau. Tidak sesiapa dapat memberi kami
bukti tersebut. Kami membawa beliau ke pengadilan
selama 45 hari dan tidak sesiapa pun memberi kami
sebarang apa bukti. 

United States memberitahu kami bahawa mereka tidak
percayakan sistem kehakiman kami. Kami hairan apakah
sistem kehakiman yang mereka amalkan. Bukankah mereka
baru sahaja mencuba membunuh seorang tanpa terlebih
dahulu memberi orang itu pengadilan yang saksama. Kami
di Afghanistan, jika seseorang itu dianggap
penjenayah, pihak polis kami tidak akan pergi
memusnahkan rumah orang itu, beliau akan diheret
terlebih dahulu ke mahkamah. 

Syor kami yang pertama telah ditolak. US berkata
mereka tidak percaya dengan sistem kehakiman kami,
oleh itu kami kena serahkan Osama bin Laden. Kami
mencadangkan pula dihantar ke Afghanistan satu pasukan
pemantau antarabangsa untuk mengesan aktiviti Osama
bin Laden, supaya beliau tidak boleh lakukan apa-apa.
Kami telah pun merampas segala alat komunikasi
kepunyaannya. Syor kami ini juga ditolak. 

Syor kami yang ketiga pada 6 bulan yang lepas adalah
kami bersedia menerima jika Osama bin Laden dibawa ke
pengadilan di negara Islam ketiga. Ini juga telah
turut ditolak oleh US. 

(snipped) 

Afghanistan bukan negara terrorist. Kami tidak pun
berupaya membuat jarum oleh itu bagaimanakah kami
boleh menjadi ancaman kepada dunia ini? Sebenarnya
negara yang membuat senjata nuklear yang boleh
membunuh berjuta manusia yang patut dipanggil negara
terrorist. Dan bukannya kami. 

Sekatan Ekonomi 

Kini kami dikenakan sekatan ekonomi yang menimbulkan
banyak masalah. Kami telah menderita begitu lama - 23
tahun berperang, infrastruktur kami habis musnah,
masalah orang pelarian, dan masalah periuk api yang
sengaja ditanam oleh Russia di ladang-ladang kami ---
tetapi tiba-tiba Bangsa-bangsa Bersatu dengan hasutan
Russia mengenakan sekatan ekonomi ke atas Afghanistan.
Dan sekatan ekonomi itu dikuatkuasakan. Beratus
kanak-kanak mati setiap bulan kerana kekurangan
makanan dalam keadaan iklim yang sejuk. Dunia buat
tidak peduli. Tetapi dunia mengambil berat tentang
patung-patung yang dimusnahkan. 

Pemulihan Patung Tetapi Manusia Dibiarkan Mati 

Kerana dunia memusnahkan masa depan kami dengan
sekatan ekonomi, maka dunia tiada hak merasa bimbang
terhadap warisan kami. Kami memusnahkan patung-patung
Buddha tersebut ekoran dari langkah UNESCO dan sebuah
NGO dari Scandinavia yang datang dengan projek untuk
memulihkan muka-muka patung-patung tersebut yang sudah
dihakis oleh hujan. Majlis Rakyat Afghanistan memohon
agar duit untuk memulihkan patung-patung tersebut
digunakan untuk menyelamatkan nyawa kanak-kanak
Afghanistan yang kebuluran akibat sekatan ekonomi PBB.
Tetapi UNESCO dan NGO tersebut menjawab," Tidak boleh,
duit ini hanya untuk patung-patung.� 

Rakyat Afghanistan berasa terlalu marah kerana pihak
UNESCO dan NGO yang berkenaan menganggap orang
Afghanistan sebagai sampah. Dan orang Afghanistan pun
berkata, kalau kamu tidak langsung pedulikan anak-anak
kami yang kebuluran itu, kami akan musnahkan
patung-patung tersebut. 

Kalau kamu berada dalam keadaan sedemikian apakah yang
akan kamu lakukan? Anak-anak kamu hendak mati di depan
mata kamu, kamu di bawah sekatan ekonomi, dan
orang-orang yang mengenakan sekatan ekonomi ke atas
kamu itu telah datang untuk membaik pulih
patung-patung. 

__________________________________________________
Do You Yahoo!?
Make a great connection at Yahoo! Personals.
http://personals.yahoo.com

 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: Harun Aminurrashid <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke