*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
{ Sila lawat Laman Hizbi-Net - http://www.hizbi.net }
{ Hantarkan mesej anda ke: [EMAIL PROTECTED] }
{ Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] }
*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
> Saya pun begitu juga ... Akhbar akhbar kufar termasuk
> Media Masssa di Malaysia ini, banyak mempropagandakan
> kekuatan pihak yang kufar juga. Mudah-mudahan apa yang
> saudara nyatakan itu benar, Insya Allah.
Saya nak tambah sikit. Ketika puak Rashid Dustum masuk Kabul,
maka mereka memusnahkan peralatan siaran Al-Jazirah. Memang
selama ini Al-Jazirah telah membuat siaran terus-menerus tentang
apa sedang berlaku di Kabul. Jadi, Puak Pakatan Utara tidak
mahu dunia mengetahui apa yang mereka sedang lakukan. Puak
Rashid Dustum terkenal sifat keganasan mereka. Setakat ini
dilaporkan mereka merompak orang awam, membunuh tawanan, dan
mahu menuntut hak memerintah Afghanistan. Perbuatan mereka itu
mendatangkan kebimbangan kepada Amerika kerana kawan mereka
yang bernama Rashid Dustum ada rekod jenayah yang sangat teruk.
Sebenarnya Amerika mahu menghalang puak Rashid Dustum dari
memasuki Kabul kerana Amerika mahu menghapuskan Rashid Dustum
sekiranya regim Taliban dapat dikalahkan. Kemaraan Pakatan Utara
itu sudah merumitkan keadaan. Rancangan Amerika untuk mengebom
Afghanistan pada bulan puasa sudah tergendala sebab Pakatan Utara
memasuki Kabul adalah TERLALU AWAL. Ini kerana mungkin
Amerika akan menghadapi peperangan yang lebih lama. Lebih-
lebih lagi tidak lama lagi akan tiba bulan Ramadhan. Sekarang
kemenangan Pakatan Utara itu menimbulkan pelbagai spekulasi.
Pertama, kenapa dengan mudah Taliban menyerahkan Kabul kepada
Pakatan Utara? Ini adalah untuk mengumpan Pakatan Utara yang
bilangan tenteranya adalah kecil supaya keluar daripada kubu-kubu
pertahanan mereka di utara. Yang selama ini mereka asyik bersem-
bunyi. Jadi, adalah lebih merbahaya sekarang ini Pakatan Utara
sudah terdedah kepada serangan Taliban dalam bulan Ramadan secara
mengejut.
Kedua, kemaraan Puak Uzbek Rasyid Dustum itu menimbulkan rasa
curiga orang-orang Pashtun, seolah-olah mereka datang membalas
dendam, bukannya menyelamatkan penduduk Kabul yang majoriti
terdiri daripada puak Pashtun. Memang dilaporkan perkara ini
sedang berlaku. Iaitu puak Uzbek mengambil kesempatan untuk
membunuh puak Pashtun SEBAB ITULAH mereka masuk Kabul lebih
awal padahal mereka sudah diarah jangan berbuat begitu. Dalam
lain perkataan, tindakan puak Uzbek itu umpama satu kerja
penghapusan etnik Pashtun.
Ketiga, sekarang ini puak Taliban berhimpun disekitar Kandahar,
kawasan yang majoriti puak Pashtun. Jika Amerika pergi mengebom
orang-orang Pashtun, maka semangat orang Afghan akan naik
berkobar-kobar seolah-olah Amerika dengan bantuan puak Uzbek
sedang menjalankan tindakan menghapuskan etnik Pashtun.
Keempat, dengan masuknya bulan Ramadan, maka Afghanistan menjadi
perhatian ummat Islam seluruh dunia. Amerika yang ada rancangan
untuk mengebom Osama dan Taliban tidak dapat diteruskan. Ini
kerana Pakatan Utara telah isytiharkan mereka telah menang dalam
peperangan dan regim Taliban sudah tumbang. Maka dengan sendiri-
nya Amerika terpaksa BERHENTI mengebom tentera Taliban kerana
matlamatnya sudah tercapai. Yakni, kerajaan Taliban sudah tidak
ada, maka Amerika tidak ada hak mengebom lagi. Sebab itulah
Amerika sangat kecewa tentera Pakatan Utara menawan Kabul TERLALU
AWAL. Dan sekarang Taliban yang lari bersembunyi di bukit dan
pendalaman sebenarnya masih kuat. Jadi Taliban masih berupaya
menlancarkan perang gerila yang lama. INILAH yang Amerika kecewa.
Puak Rashid Dustum telah merusakkan rancangan Amerika.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body : SUBSCRIBE HIZB)
( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body: UNSUBSCRIBE HIZB)
( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan )
( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net )
( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED] )
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Pengirim: TigerChan <[EMAIL PROTECTED]>