|
i) Perbuatan yang hanya mewajibkan qadha.
ii) Yang mewajibkan qadha dan kifarah. Perbuatan yang mewajibkan qadha a) Makan dan minum secara sengaja Daripada Abu Hurairah r.a di mana ia berkata : Rasulullah s.a.w telah bersabda : " Barangsiapa yang lupa ketika berpuasa, lalu makan atau minum, maka hendaklah puasanya itu diteruskan sampai selesai. Kerana Allah sesungguhnya telah memberinya makan dan minum." Dengan lafaz yang lain " Barang siapa berbuka puasa kerana lupa, maka dia tidak wajib qadha, mahupun kifarah." At Tirmidzi berkata : Menurut kebanyakan ulama hadith ini patut di amalkan dan demikian pula kata Asy Syafi'I, Sufyan Ats Tsauri, Ahmad dan Ishaq. Di dalam hadith yang lain, Rasulullah s.a.w telah bersabda : " Sesungguhnya Allah telah memaafkan dari umatku kekeliruan, lupa dan hal-hal yang mereka terpaksa melakukannya." ( HR Ibnu Majah dan Tabrani ) Jadi orang yang memakan makanan kerana lupa atau tidak sengaja, maka tidak wajib mengqadha puasanya dan tidak wajib membayar kifarah. Tetapi jikalau sengaja berbuka dengan makan atau minum, maka wajiblah ia mengqadha puasanya. b) Haid dan Nifas Haid dan nifas tetap membatalkan puasa dan mewajibkan qadha, sekalipun terjadi beberapa saat saja menjelang terbenam matahari. c) Memakan selain makanan biasa Umpamanya menelan batu kecil, potongan kulit atau garam yang cukup banyak, itu semua membatalkan puasa dan mewajibkan qadha'. d) Makan, minum atau bersetubuh tanpa sedar bahawa siang belum lagi habis, atau malam telah berlalu. Maksudnya, bila seseorang menyangka matahari telah terbenam atau fajar belum terbit, kemudian makan, minum, atau bersetubuh. Maka menurut Jumhur Ulama, puasanya batal dan wajib qadha. e) Muntah dengan sengaja. Jikalau tidak sengaja, tidak membatalkan puasa. f) Sengaja mengeluarkan mani, baik disebabkan berciuman, berpelukan atau lainnya. g) Memasukkan sesuatu dengan sengaja ke dalam rongga walaupun sedikit. Termasuk di dalam hal ini, menelan kahak yang telah sampai kepada had lahir iaitu hujung rongga tekak, tahi yang telah keluar dan termasuk kembali walaupun sedikit ke dalam dubur, termasuk air ke dalam rongga di sebabkan mandi yang tiada di tuntut iaitu mandi kerana rimas. h) Pitam sepanjang hari . i) Gila walaupun sesaat. j) Murtad. Yang mewajibkan qadha dan kifarah Batalnya puasa yang mewajibkan qadha dan kifarat, hanyalah yang disebabkan bersetubuh sahaja, demikian menurut jumhur ulama. Berkata Imam An Nawawi : Pada kesimpulannya yang lebih tepat kifarah itu diwajibkan atas pihak lelaki sahaja, satu kali dan untuk dirinya sendirinya. Tidak ada kewajipan apa-apa ke atas wanita. Wanita tidak diwajibkan membayar kifarah kerana kifarah itu hak yang khusus untuk persetubuhan, yang tentunyan menjadi kewajipan lelaki sama seperti halnya mahar ( maskahwin ), yang bukan kewajipan wanita. Dipetik Dari Fekah Shukur.com **************************************************************************************************
CP section Planning Dept Email Add : [EMAIL PROTECTED] *************************************************************************************************
|
